| |

PROGRAM PENGAJIAN HADIS BERSAMA SYEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR

PROGRAM PENGAJIAN HADIS BERSAMA SYEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR

Syeikh Abdul Razzaq al-Badr – hafidhahullah – ulama besar Madinah akan mengadakan Program Pengajian Hadis secara atas talian dalam bahasa Arab, percuma tanpa bayaran.

Program pengajian 135 jam ini akan berlangsung selama setahun bermula hari Sabtu, 30 Januari 2021.

Tiga rakaman pengajian akan dimuat naik setiap minggu (Sabtu, Ahad dan Isnin) dan peserta dikehendaki mendengarnya bila-bila masa sepanjang minggu berkenaan.

Ujian akan berlangsung dari semasa ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Disyaratkan mendengar kelas pengajian sepenuhnya dan menjawab soalan-soalan ujian.

Program terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Peserta dikehendaki mendengar syarahan dan memahaminya. Tidak disyaratkan menghafal hadis atau matan kitab.

Cara mendaftar:

1. Mengisi nama, negara dan nombor telefon melalui pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeflSb7_govvaP5Bp-1y1oC_tXW0AJ8CwBmt8DeyGbZVmbWnw/viewform?usp=sf_link

2. Menyertai grup Telegram melalui pautan:
http://t.me/ahadeethahkam2

Kelebihan Program:
i. Belajar hadis secara berperingkat;
ii. Mendapat sijil penyertaan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan memalui pautan:
https://t.me/mtoon_altawheed11

Jangan lepaskan peluang berharga ini.

Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Jumadil Akhir 1442H /
29 Januari 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    PERSENDA AGAMA

    Mempersendakan agama serta memperolok-olokkan Muslim yang mengamalkan ajaran agama ialah antara pembatal agama. Ia merupakan sikap orang kafir dan munafik. Mereka yang mempersendakan agama dihukum murtad terkeluar daripada Islam. Ini kerana hal agama tidak boleh dijadikan sebagai gurauan dalam apa jua keadaan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡكُمۡ فِي…

  • |

    KULIAH SYEIKH ABDUL RAZZAQ AL-BADR

    Semalam sebelum pulang ke tanah air, saya sempat hadir ke kuliah Syeikh Abdul Razzaq al-Badr di Masjid Nabawi, Madinah. Beliau mensyarahkan kitab Riyadhus Salihin karangan Imam al-Nawawi rahimahullah. Ramai para penuntut ilmu dari pelbagai latar belakang dan negara yang hadir. Rata-rata mereka tekun mendengar dan mencatat apa yang beliau sampaikan….

  • |

    LEKA BERMAIN PUBG PS5

    LEKA BERMAIN PUBG PS5 Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain, khususnya buat ibubapa dan golongan muda. Firman Allah: فَذَرۡهُمۡ یَخُوضُوا۟ وَیَلۡعَبُوا۟ حَتَّىٰ یُلَـٰقُوا۟ یَوۡمَهُمُ ٱلَّذِی یُوعَدُونَ. “Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka.” Surah al-Ma’arij,…

  • |

    محنة الإمام أحمد بن حَنْبَل رحمه الله

    محنة الإمام أحمد بن حَنْبَل رحمه الله . DUGAAN YANG DIHADAPI OLEH IMAM AHMAD rahimahullah . . . ﻋﺎﺻﺮ ﺍﻹﻣﺎﻡُ ﺛﻤﺎﻧﻴﺔ ﻣﻦ ﺍﻟﺨﻠﻔﺎﺀ ﺍﻟﻌﺒﺎﺳﻴﻦ: . Imam Ahmad telah hidup sezaman dengan lapan orang Khalifah Abbasiah iaitu: . ١ – ﺍﻟﻤﻬﺪﻱ ٢ – ﺍﻟﻬﺎﺩﻱ ٣ – ﺍﻟﺮﺷﻴﺪ ٤ – ﺍﻷﻣﻴﻦ ….