|

TUHAN ADA DUA?

TUHAN ADA DUA?

MENTUHANKAN HAWA NAFSU: JENIS & HUKUMNYA

Allah berfirman:

أَفَرَءَیۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمࣲ.

Maksudnya:

“Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA sebagai tuhan (sembahan) yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah dalam keadaan dia tahu.”

Surah Al-Jathiyah, ayat 23.

Ayat di atas celaan terhadap perbuatan mengikut HAWA NAFSU.

Terdapat ayat-ayat lain yang turut membawa maksud yang sama seperti dalam Surah al-Furqan ayat 43, dan al-Qasas ayat 50.

Di sini persoalan, adakah perbuatan mengikut HAWA NAFSU merupakan satu bentuk penyembahan kepada selain ALLAH yang membawa kepada SYIRIK BESAR?

Hakikatnya ada perincian.

BUKAN semua perbuatan mengikut HAWA NAFSU sama hukumnya.

Ada yang bersifat KUFUR BESAR / SYIRIK BESAR (terkeluar daripada ISLAM), ada yang bersifat DOSA BESAR (tidak terkeluar daripada ISLAM) dan ada yang bersifat DOSA KECIL.

Sekiranya seseorang itu mengikut HAWA NAFSU sehingga mendustakan Nabi, memperlekehkan Agama atau berpaling daripadanya sebagaimana dalam konteks ayat surah al-Furqan di atas, maka ia perbuatan SYIRIK BESAR.

Demikianlah halnya dengan semua perbuatan mengikut HAWA NAFSU yang membuatkan orangnya terjebak dalam SYIRIK BESAR atau KUFUR BESAR seperti meminta daripada orang mati, menafikan mana-mana ajaran Agama yang sedia diketahui oleh rata-rata orang Islam, meninggalkan solat dan menghalalkan zina atau arak.

Adapun sekiranya dia mengikut HAWA NAFSU dengan bersumpah dengan selain nama ALLAH, riak dalam amal ibadahnya, maka dia terjebak dalam SYIRIK KECIL.

Jika dia mengikut HAWA NAFSU sehingga terjebak dalam hal bidaah yang BUKAN KUFUR maka dia MUBTADI (ahli bidaah).

Jika dia mengikut HAWA NAFSU sehingga terjebak dalam DOSA BESAR seperti zina, minum arak, tanpa menghalalkannya maka dia FASIK.

Jika dia mengikut HAWA NAFSU sehingga terjebak dalam DOSA KECIL, maka dia telah berbuat maksiat (bukan FASIK).

Ini menunjukkan bahawa, perbuatan mengikut HAWA NAFSU mempunyai tingkatan-tingkatan yang berbeza.

Justeru, SALAH untuk mengatakan bahawa perbuatan mengikut HAWA NAFSU adalah KUFUR BESAR TERKELUAR DARIPADA AGAMA secara MUTLAK dan PUKUL RATA.

Adapun ayat “Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA sebagai Tuhan (sembahan) yang dipatuhinya…”

Zahir ayat di atas bersifat umum merangkumi kedua-dua perbuatan mendatangi SYIRIK BESAR (terkeluar daripada ISLAM) dan juga SYIRIK KECIL (TIDAK terkeluar daripada ISLAM).

Sesiapa mengikut selain ALLAH, realitinya terdapat dalam perbuatannya suatu bentuk ubudiyyah penyembahan kepada apa yang selain ALLAH itu, dan hal ini boleh jadi KUFUR BESAR dan boleh jadi KUFUR KECIL.

Kerana itu sebahagian ulama melihat bahawa segala bentuk maksiat adalah termasuk dalam erti SYIRIK dalam erti kata amnya memandangkan bahawa semua mereka yang bermaksiat terhadap ALLAH telah mengikuti HAWA NAFSUNYA atau dengan kata lain – telah menyembah HAWA NAFSUNYA.

Hal ini seperti mana dalam sabda Rasulullah:

تعس عبد الدينار و عبد الدرهم إن أعطي رضي و إن لم يعط سخط

Maksudnya:

“Telah rugi PENYEMBAH dinar dan PENYEMBAH dirham. Jika diberi dia reda, dan jika tidak diberi dia mencela.”

Riwayat Bukhari.

Maka kembali kepada persoalan adakah perbuatan mengikut HAWA NAFSU menyebabkan orangnya jatuh KUFUR BESAR atau KUFUR KECIL?

Jawapannya, ia bergantung kepada jenis perbuatan. Boleh jadi orangnya terkeluar daripada ISLAM dan boleh jadi TIDAK sebagaimana dalam contoh-contoh yang telah diberikan di atas.

Kepada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Sepang
29.06.1441H / 23.02.2021
Abu Omar Idris Sulaiman

Similar Posts

  • |

    ‘MAZHAB TIDAK BERMAZHAB’?

    – Allamazhabiyyah – Mazhab Salaf al-Soleh Khatib dalam khutbah Jumaat semalam membuat analogi menyamakan antara golongan liberal sesat dengan golongan yang dinamakan sebagai golongan ‘mazhab tidak bermazhab’ atau Allamazhabiyyah kerana menurutnya kedua-dua modusnya dikatakan menjatuhkan kredibiliti dan autoriti ulama-ulama silam. Tidak dinyatakan siapa golongan Allamazhabiyyah ini secara spesifik. Apa yang…

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…

  • |

    AJAR PELAJAR SEKOLAH PAKAI KONDOM?

    Kononnya bagi menangi kes-kes cabul dan rogol yang kesudahannya membuatkan mangsanya hamil dan melahirkan bayi luar nikah, sekali gus meningkatkan lagi kes pembuangan bayi. https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/07/21/pelajar-lelaki-malu-malu-disuruh-sarung-kondom-depan-rakan-nampak-kekok-ramai-tak-setuju-latihan-amali-pendidikan-seks-di-sekolah Maka subjek pendidikan seks di sekolah dilihat penting bagi membendung isu sosial dalam kalangan remaja, ini termasuklah dengan mengajar para pelajar cara memakai kondom. Falasi…

  • |

    ANTARA TAKAFUL SYARIE & TAKAFUL KONVENSIONAL

    Yang pertama bertujuan untuk tolong-menolong, manakala yang kedua ialah untuk menjana keuntungan. Apa yang diasaskan untuk ‘tolong-menolong’ = Badan Kebajikan. Apa yang diasaskan untuk menjana ‘keuntungan’ = Syarikat Perniagaan. Syarikat Perniagaan = untuk jana keuntungan; BUKAN untuk kerja-kerja kebajikan. Badan Kebajikan = untuk kerja-kerja bantuan secara sukarela, mengumpul dana bagi…

  • | | |

    TAHLILAN VERSI BAHARU?

    TAHLILAN VERSI BAHARU? Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi ﷺ. Sekiranya amalan sebegini baik dan bagus nescaya telah diajarkan oleh Nabi ﷺ atau diamalkan oleh para Sahabat yang merupakan sebaik-baik umat ini sebagaimana dalam hadis. Ternyata bahawa amalan sebegini tiada sama sekali dicontohkan oleh Nabi ﷺ, para Sahabat dan seluruh generasi…