|

TUTUP AURAT PAHAMU!

Peha lelaki termasuk dalam aurat yang wajib ditutup bukan sahaja dalam solat malah apabila keluar dari rumah.

Ini berdasarkan keterangan jelas dalam hadis-hadis Nabi ﷺ mengenai hal ini.

Antaranya ialah sabda Nabi ﷺ:

مَا ‌بَيْنَ ‌السُّرَّةِ ‌وَالرُّكْبَةِ ‌عَوْرَةٌ.

“Antara pusat dan lutut ialah aurat.”

[Hasan. Riwayat al-Daraqutni]

Dalam hadis lain, Nabi ﷺ melihat seorang Sahabat mendedahkan pahanya lalu baginda ﷺ bersabda:

‌غَطِّ ‌فَخِذَكَ، فَإِنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ.

“Tutuplah pahamu. Sesungguhnya paha ialah aurat.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

CATATAN

Mendedahkan paha bagi seorang lelaki di hadapan khalayak sama sekali bukan tanda ‘macho’ atau hebat tetapi tanda kurang kesedaran dan rendah rasa malu.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Zulhijah 1444H
07 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    PERBAHASAN ILMU

    Tiada mana-mana pendirian manusia yang maksum sama ada dalam penetapan hukum ataupun dalam penerimaan atau penolakan seseorang tokoh. Setiap seorang itu diterima dan ditolak pendapatnya kecuali Nabi ﷺ. Maka setiap pendirian perlu dilihat pada dalil dan hujahnya, bukan sekadar pada orangnya. Kerana kebenaran tidak diukur dengan orang. Sebaliknya kebenaran ialah…

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…

  • |

    KEBENARAN TETAP MENANG

    Kebenaran tetap akan menang walaupun pengikutnya sedikit manakala kebatilan pula tetap akan terbungkam walaupun pengikutnya ramai. Firman Allah ﷻ: وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَٰطِلُۚ إِنَّ ٱلۡبَٰطِلَ كَانَ زَهُوقٗا “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang batil; sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” [Al-Quran,…

  • |

    Seruan Jihad Perlu Dengan Meraikan Syarat-syaratnya

    SOALAN Ada yang berhujah untuk apa yang berlaku di Palestin dengan ayat: أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.” [Al-Quran, al-Hajj, 22:39] JAWAPAN Ayat ini sebenarnya menjadi hujah ke atas mereka. Sebab nuzul ayat ini ialah kaum Muslimin pada peringkat…

  • |

    MENGAPA EKONOMI ORANG KAFIR MAJU MAKMUR?

    Secara prinsipnya perlu ditegaskan bahawa apa jua ketetapan Allah ﷻ tidak boleh dipersoalkan oleh manusia (Al-Quran, 21:23). Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa segala nikmat yang Allah ﷻ berikan kepada orang-orang kafir dengan ditangguhkan hukuman seksa ke atas mereka maka ia adalah ISTIDRAJ buat mereka. ISTIDRAJ ialah kelebihan dan kenikmatan…