|

BUKU: PILIHAN RAYA MALAYSIA

Perkembangan politik negara kebelakangan ini membuatkan saya terus yakin dengan apa yang telah kami tulis dalam buku ini.

Saya merasa lega kerana segala apa yang hendak dikata telah pun disampaikan manakala tanggungjawab dapat ditunaikan.

Secara ringkasnya buku ini menjelaskan perihal keadaan politik negara waktu itu (sebelum PRU14) di mana jurang perpecahan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat dilihat terus melebar manakala keamanan dan pembangunan dalam negara semakin terancam.

Berdasarkan pengamatan terhadap nas-nas syariat perihal tuntutan menjaga keamanan, kesatuan dan hubungan antara rakyat dengan pemerintah, kedudukan pemerintah mengikut perlembagaan negara serta situasi keadaan dalam negara dan bagaimana untuk mempraktikkan fatwa para ulama dalam konteks negara Malaysia, kami membuat kesimpulan bahawa kerajaan waktu itu sewajarnya dipertahankan termasuklah melalui peti undi semasa pilihan raya.

Antara isi kenyataan dalam buku ini:

“Dalam konteks negara Malaysia, keperluan untuk mengundi pada hari ini sangat-sangat penting dan kritikal. Umat Islam perlu sedar bahawa mereka sama-sama bertanggungjawab menjaga kelangsungan pemerintah negara demi keamanan dan kesatuan umat.”

“Jatuhnya pemerintah sama ada melalui demonstrasi jalanan mahupun undian pilihan raya akan membawa natijah yang buruk.”

Kami turut menjelaskan ancaman yang dibawa oleh pembangkang yang terdiri daripada kalangan mereka yang membawa aliran menyimpang seperti anti hadis, ĻGBTQZ dan Syiah.

Berdasarkan asbab ini kami menyimpulkan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri waktu itu, Dato’ Sri Najib Abdul Razak sewajarnya dikekalkan.

Tidak kurang yang memandang sinis kesimpulan kami di atas, mencemuh, memerli, mengkritik malah turut ada yang menganggap bukunya tiada nilai ilmiah dan layak dibakulkan dalam tong sampah.

Walau bagaimanapun, jatuhnya kerajaan selepas itu disusuli pelbagai peristiwa yang mengancam agama dan umat serta kestabilan dan pembangunan negara menjadi sejarah yang semua tahu.

Saya yakin ramai yang menyesali apa yang berlaku dan seperti mahu keadaan asal dikembalikan semula.

Tinggal lagi terdetik dalam hati saya bertanya sejauh mana pengajaran telah diambil?

Bagaimana pula dengan ilmuwan yang telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan waktu itu sama ada secara langsung menghasut atau dengan pendirian tertentu mereka?

Adakah mereka masih kekal dengan pendirian mereka atau sudah berubah? Barangkali elok mereka berterus terang dan bersikap telus. Akauntabiliti itu penting.

Ini kerana saya merasakan seperti masih ada lagi yang mahu menegakkan benang basah mempertahankan pendirian bahawa demokrasi membenarkan, pilih calon mana yang ‘aslah’ mengikut penilaian individu masing-masing, pilih calon Islamis bulan, tidak mahu terlibat mengundi kerana fatwa ulama tertentu dan sebagainya.

Walau apa pun, saya bersyukur kerana pada pandangan saya isi buku ini masih relevan. Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama, kami memang mengalu-alukan sebarang kritikan membina, jika ada. Tentunya secara ilmiah dan beradab kerana cara mengejek dan menyindir, semua boleh melakukannya.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Rejab 1443H /
02 Mac 2022

Similar Posts

  • |

    TANDA RIYAK

    Rasa semangat untuk beramal ibadah kerana ada manusia yang melihat sedangkan jika tiada yang melihat nescaya dia tidak akan beramal. Riak disebut sebagai ‘syirik yang tersembunyi’. Sabda Nabi ﷺ: ألَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنَ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ؟ الشِّرْكُ ‌الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ فَيُصَلِّيَ فَيَزِيدَ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ…

  • |

    AGENDA NORMALISASI TRANGENDER?

    Mutakhir ini usaha menyebarkan dakyah trànsgèndèr L§BT bergiat aktif dan sangat luar biasa. Adakah ini termasuk dalam agenda tersebut yang ingin disebarkan ke dalam masyarakat secara halus? Sedangkan Nabi ﷺ melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. [Sahih. Riwayat Bukhari] Jelik dan tercela. Semoga Allah pelihara kita…

  • |

    HARI KEKASIH (VALENTINE)

    Hari kekasih bukan sambutan Islam tetapi perayaan kaum kuffar. Muslim haram menyambutnya. Syariat haramkan semua pintu zina dan menghalalkan pintu nikah. Cinta yang benar ialah cinta yang didasari perkahwinan untuk membina keluarga harmoni, kehidupan aman yang dipenuhi kasih sayang dan belas kasihan. Firman Allah ﷻ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم…

  • |

    MENGAGUNGKAN SUNAH NABI ﷺ

    Sunah Nabi ﷺ wajib diterima dan diagungkan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan…

  • | | |

    ULAMA & PERAWI SAHABAT

    ULAMA & PERAWI SAHABAT # Ulama papan kekunci Jumlah para Sahabat Rasulullah ﷺ adalah ribuan. Jumlah mereka yang meriwayatkan hadis (yang tercatat nama mereka dalam kitab-kitab hadis) ialah sekitar 750 orang Sahabat. Jumlah mereka yang berijtihad dan memberi fatwa tidak lebih daripada 150 orang Sahabat. 7 daripada mereka banyak berijtihad…

One Comment

Comments are closed.