Dark pink and purple galaxy patterned background illustration
| | |

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

  • Pegang as-Sunah
  • Jauhi rekaan tokok tambah

Sambutan malam Israk Mikraj pada malam 27 Rejab termasuk dalam perbuatan tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama.

Sambutan ini sama sekali tiada petunjuknya dalam Al-Quran, hadis ataupun amalan para Sahabat Nabi ﷺ.

Ia bukan suatu tokok tambah ataupun rekaan amalan yang baik. Bahkan ia menyalahi sekian banyak nas.

Sabda Nabi ﷺ:

وإيَّاكم ومحدَثات الأمور، فإن ‌كلَّ ‌بدعة ‌ضلالةٌ.

“Hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap bidaah (pembaharuan dalam agama) ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Sabdanya ﷺ:

مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ lagi:

مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Nas-nas di atas jelas dan muhkam. Justeru tinggalkanlah apa yang mutasyabihat dan kembalikanlah semuanya kepada apa yang muhkam.


MEREKA MENDAKWA NABI ﷺ KHIANAT:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10223797516117697/


Muhkam: Ayat-ayat dan hadis-hadis yang nyata dan jelas erti dan maksudnya.

Mutasyabihat: Ayat-ayat dan hadis-hadis yang mengandungi makna yang tidak jelas, kiasan dan seumpamanya.

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Rejab 1443H /
26 Februari 2022

Similar Posts

  • |

    JIWA YANG KOSONG

    – Ketenangan hakiki Dalam hati manusia ada kekosongan yang tidak akan dapat diisi kecuali dengan rasa cinta kepada Allah ﷻ, berserah dan berzikir mengingatiNya di samping jujur ikhlas beribadah kepadaNya. Jika manusia diberikan habuan dunia dengan segala isinya nescaya kelompongan ini tetap tidak akan dapat diisi. Firman Allah ﷻ: وَمَن…

  • | | |

    MALAM LAILATULQADAR: HADIS PALSU

    Berlegar di media sosial riwayat hadis bahawa terdapat 4 golongan yang Allah tidak akan ampunkan pada Malam Lailatulqadar ialah peminum arak, derhaka kepada ibu bapa, pemutus silaturahim dan orang yang bermusuhan. Riwayat ini ditarafkan sebagai palsu, mauduk. Demikian ditegaskan oleh Syeikh al-Albani dalam Daif al-Tarhib, no. 594. Justeru riwayat-riwayat sebegini…

  • | | |

    BULAN REJAB

    Tidak sabit mana-mana hadis tentang kelebihan bulan Rejab secara amnya atau fadilat mana-mana ibadah secara khusus pada bulan ini. Maka tidak disyariatkan mengucapkan tahniah sempena kedatangannya, berpuasa atau pun membaca doa-doa tertentu. Adapun doa: اللَّهُمَّ باَرِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان. “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan…

  • |

    BUKIT AMAN

    BUKIT AMAN Seperti baru hendak menarik nafas lega selesai peperiksaan lisan (viva) ijazah kedoktoran apabila sepasukan polis Bukit Aman datang ke rumah tengah hari semalam untuk bertemu berkaitan isu cuci kuil yang tular baru-baru ini. Esok Jumaat perlu ke sana untuk diambil keterangan. Semoga Allah permudahkan. Daripada Allah ﷻ jua…

  • | | | |

    CARA-CARA SAMBUT TAHUN BAHARU HIJRAH?

    – Ustaz Don Danial Jelasnya Ustaz Don Danial telah membuat rekaan baharu dalam agama dengan mencadangkan cara-cara tertentu menyambut tahun baharu Hijrah. Sambutan tahun baharu Hijrah itu sendiri tiada asasnya dalam agama. Inikan pula cara-cara tertentu untuk menyambutnya. https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/pfbid0a4HF1r6K5KYXvzuV3NxtBWmN78XnNeVo2FqT4UHsxHWfmYFcQxokLgjiXt8RAkHnl Batil. Malah berdosa besar diancam oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya:…