|

JAUHI PERKARA SYUBHAH

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَات لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاس،ِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرأَ لِدِيْنِهِ وعِرْضِه، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ.

“Apa yang halal itu jelas dan apa yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Barang siapa memelihara dirinya daripada perkara-perkara syubhah maka dia telah memelihara agama dan kehormatannya. Dan barang siapa terjerumus dalam perkara-perkara syubhah maka dia terjerumus dalam apa yang haram.”

[Sahih, riwayat Bukhari, no. 52 dan Muslim, no. 1599]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Jamadilawal 1447H
19 November 2025
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    SYEIKH AL-ALBANI GEMAR MENONTON BOLA?

    Terkejut membaca dakwaan seorang pensyarah Arab Saudi bahawa ulama besar Syeikh al-Albani rahimahullah gemar menonton bola sepak dan ada menyokong pasukan bola liga Eropah tertentu. Tiada sumber rujukan yang diberikan selain daripada mengatakan bahawa beliau mendengarnya daripada murid Syeikh al-Albani melalui orang-orang tertentu yang tidak dinamakannya. Jelasnya pensyarah ini tidak…

  • |

    HUKUM PERKATAAN DAN PANDANGAN MANUSIA

    HUKUM PERKATAAN DAN PANDANGAN MANUSIA #Kaedah-Kaedah Ilmiah (6) Segala perkataan dan pandangan manusia dalam apa yang berkait dengan Syariat perlu dikembalikan kepada al-Quran dan as-Sunah. Sekiranya perkataan dan pandangan seseorang itu menepati al-Quran dan as-Sunah maka ia kebenaran dan diterima. Sekiranya perkataan dan pandangan seseorang itu menyalahi al-Quran dan as-Sunah…

  • |

    MALAIKAT

    Malaikat merupakan makhluk Allah ﷻ yang sangat taat. Saiz rupa para malaikat pula tersangatlah besar dan menakjubkan. Sabda Nabi ﷺ: أُذِنَ لي أنْ أُحَدِّثَ عن مَلَك مِن ملائكة الله مِن حَمَلَةِ العَرْش، إنَّ ما بين شَحْمةِ أُذُنِه إلى عاتِقِه مَسِيرةُ سبعِمائة عام. “Aku diizinkan berbicara tentang salah satu daripada para…

  • |

    MENGATA DULANG

    Ada pihak berkata: “Wahabi mudah menyesatkan orang lain!!” Pihak itu juga kemudian berdoa: “Lindungilah kami dari ajaran sesat Wahabi!!” Seperti ada sesuatu tidak kena, bukan?? Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. CATATAN Berbahaslah dengan ilmu. Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin SulaimanKajang25 Jamadilakhir 1446H27…

  • |

    KULIAH SYEIKH ABDUL RAZZAQ AL-BADR

    Semalam sebelum pulang ke tanah air, saya sempat hadir ke kuliah Syeikh Abdul Razzaq al-Badr di Masjid Nabawi, Madinah. Beliau mensyarahkan kitab Riyadhus Salihin karangan Imam al-Nawawi rahimahullah. Ramai para penuntut ilmu dari pelbagai latar belakang dan negara yang hadir. Rata-rata mereka tekun mendengar dan mencatat apa yang beliau sampaikan….

  • |

    USTAZ IQBAL ZAIN (UIZ): ADA MANUSIA MENYOAL MALAIKAT DALAM KUBUR

    Saya melihat UIZ membawa banyak pemikiran yang celaru. Dalam sebuah komen di media sosial baru-baru ini, UIZ berkata: “Imam al-Qurtubi dalam al-Tadhkirah bi Ahwal Mawta wa al-Akhirah meriwayatkan bahawa bukan semua manusia disoal oleh malaikat kerana ada manusia yang menyoal malaikat.” Ada manusia yang menyoal malaikat? Kenyataan ringkas sebegini tentunya…