| |

MENYESAL TAK IKUT SUNAH

Mereka yang meninggalkan Sunah Nabi ﷺ akan menyesal di akhirat nanti.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَيَوۡمَ يَعَضُّ ٱلظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيۡهِ يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي ٱتَّخَذۡتُ مَعَ ٱلرَّسُولِ سَبِيلٗا

“Pada hari orang-orang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama Rasul.”

[Al-Quran, al-Furqan, 25:27]

Menyesal sampai menggigit bukan hanya jari tapi kedua-dua tangan!

Gara-gara tidak beramal dengan al-Sunah serta mengetepikan jalan agama yang ditunjukkan oleh baginda ﷺ.

Sedangkan penyesalan pada Hari Akhirat tiada gunanya.

Pentingnya menjaga al-Sunah dan beramal sesuai dengannya bagi memastikan amalan yang dilaksanakan sah dan diterima.

Sabda Nabi ﷺ:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ.

“Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya; Al-Quran dan Sunah NabiNya.”

[Hasan. Riwayat Imam Malik]

Justeru segala amalan tidak kira solat, zikir, doa dan yang lain, semuanya haruslah selari dengan al-Sunah agar diri selamat di dunia dan akhirat.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Zulkaedah 1444H
12 Jun 2023

Similar Posts

  • |

    CINTA YANG BENAR

    Beza antara orang yang berkata dengan lisannya ‘Aku mencintaimu’ tetapi tiada pentujuk sedemikian pada perbuatannya dengan orang yang lisannya diam tetapi perbuatan-perbuatannya semua menunjukkan sedemikian. [Ibnu al-Qayyim, Tariq al-Hijratain, hlm. 314] Begitulah cinta Nabi ﷺ yang benar dengan menghayati sunnahnya dalam ibadah-ibadah yang dilakukan. Bukan sekadar berslogan. Dr. Idris bin…

  • TESIS KEDOKTORAN (PhD)

    Apabila diuji bersabar, apabila diberi bersyukur. Itulah khalikah Muslim. Liku-liku mencabar sepanjang lapan tahun bukanlah masa yang singkat tetapi itulah perjalanan yang terpaksa diharungi bagi menyiapkan tesis kedoktoran yang akhirnya pada hari Jumaat yang berkat ini dapat diserahkan kepada institut pengajian selepas dibuat pembetulan seperti yang diminta. Segala puji hanya…

  • |

    (2) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBAWA PEMIKIRAN EKSTREM

    (2) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBAWA PEMIKIRAN EKSTREM Kata UMK ““Di situ (Arab Saudi) tempat akan berlaku jahiliah!” Tambah beliau lagi “Engkau akan dengar lagi tentang (bagaimana) Islam dan para pendakwah diperangi di negara Arab Saudi!” Ini susulan kritikan beliau terhadap Arab Saudi yang baru-baru ini mengeluarkan arahan menghadkan penggunaan pembesar…

  • |

    NAMA URD DIBERSIHKAN DARIPADA TOHMAHAN FAHAMAN RADIKAL

    Ucapan takziah YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tempoh hari atas pemergian Allahyarham Ustaz Rasul Dahri secara tidak langsungnya membersihkan nama Allahyarham daripada segala tohmahan yang dilemparkan ke atas Allahyarham kononnya beliau membawa fahaman radikal dan keganasan. Sudah bertahun-tahun tohmahan ini dijaja oleh sesetengah pihak sedangkan Allahyarham hanya bersabar…

  • |

    MAJLIS ILMU

    MAJLIS ILMU Majlis ilmu ialah majlis para malaikat manakala majlis kelalaian ialah majlis syaitan. Manusia akan duduk bersama dengan orang yang sepertinya. Dan setiap manusia itu akan cenderung kepada apa yang sesuai dengan jiwanya. ——————- Sabda Nabi ﷺ: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama temannya. Maka lihatlah dengan siapa kamu…

  • |

    RASIONAL

    RASIONAL Lihat di sekeliling anda, betapa sayupnya suara-suara yang mengajak kepada penyatuan dan perpaduan, suara-suara yang menyeru supaya jangan disemarakkan api kebencian dan perpecahan dalam kalangan masyarakat, kerana ia hanya akan menyebabkan kita menjadi lemah, tidak bermaya untuk terus mengharungi cabaran membangunkan negara dan memperkasakan umat. Sebaliknya, dukacitanya hatta dalam…