|

SETIAP MUSIBAH ADALAH KAFARAH

Lumrah manusia tidak suka bala bencana dan malapetaka menimpa atasnya.

Tetapi sedar atau tidak terdapat hikmah dan rahsia yang cukup besar di sebalik takdir-takdir yang sedemikian.

Allah ﷻ ingin menutup dosa-dosa para hambaNya yang beriman melalui musibah-musibah itu.

Di kala si hamba bersabar menghadapi dugaan.

Sabda Nabi ﷺ:

مَا ‌مِنْ ‌مُصِيبَةٍ ‌تُصِيبُ الْمُسْلِمَ إِلَّا كَفَّرَ اللهُ بِهَا عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا.

“Tiadalah mana-mana musibah yang menimpa atas Muslim melainkan Allah menjadikannya kafarah penutup kesalahannya termasuklah duri yang menusuknya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Sabdanya ﷺ:

فِي ‌كُلِّ ‌مَا ‌يُصَابُ ‌بِهِ ‌الْمُسْلِمُ ‌كَفَّارَةٌ.

“Dalam setiap apa yang menimpa atas Muslim ialah kafarah.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Justeru usah terlalu merasa berat dan susah hati apabila musibah datang menguji diri.

Terus tenang dan tabah menghadapinya.

Barangkali sesuatu itu kita tidak suka sedangkan ia adalah baik untuk kita.

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:216]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Safar 1445H
10 September 2023

Similar Posts

  • |

    KAMBING WALAUPUN BOLEH TERBANG!!

    KAMBING WALAUPUN BOLEH TERBANG!! # Kejahilan dan taasub yang membutakan Tersebutlah kisah dua orang sahabat yang berselisih tentang bayang-bayang hitam yang mereka lihat bertenggek pada dahan sebuah pokok yang terletak agak jauh dari mereka. Sahabat A yang mempunyai penglihatan yang lebih kuat daripada rakannya mengatakan “Ia adalah burung gagak”. Sahabat…

  • |

    BANK ISLAM

    BANK ISLAM Lampiran gambar mesej yang diterima melalui telefon bimbit hari ini tentang tawaran pembiayaan (baca PINJAMAN) peribadi sehingga RM300K dengan kadar terapung (floating rate) bermula daripada 4.42%. Berbeza dengan kadar tetap (fixed rate), kadar terapung merujuk kepada kadar faedah (baca RIBA) yang boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut…

  • |

    AL JAZEERA – QATAR

    AL JAZEERA – QATAR Saluran berita AL JAZEERA yang berpangkalan di QATAR baru-baru ini membuat laporan memburuk-burukkan Malaysia kononnya tidak berperi kemanusiaan terhadap pendatang asing. https://www.facebook.com/115795798453909/posts/3333853379981452/?vh=e&d=n Tuduhan ini berat dan boleh mencemarkan nama baik negara. Mengapa saluran berita ini bertindak sedemikian? Jika dilihat QATAR, negara ini memang banyak melakukan onar…

  • | |

    SAHABAT NABI ﷺ

    SAHABAT NABI ﷺ Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk. Mereka adalah sebaik-baik umat ini. Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ. Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah…

  • |

    PEPERANGAN YANG MUDARATNYA LEBIH BESAR TIDAK DISYARIATKAN

    Pensyarah Universiti Islam di Madinah dan pengajar di Masjid Nabawi, Syeikh Sulaiman al-Ruhaily dalam sebuah program baru-baru ini menjelaskan bahawa semua peperangan yang mudaratnya lebih besar berbanding maslahatnya ialah peperangan fitnah. Oleh itu, sekiranya isyarat awal dalam sesebuah peperangan itu menunjukkan bahawa kesan mudaratnya lebih besar berbanding maslahatnya maka dalam…