|

ZUHUD

– Pengertian zuhud
– Rusuhan bola sepak

Muslim dianjurkan supaya berzuhud dengan dunia.

Sabda Nabi ﷺ:

ازهَدْ في الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وازهَدْ فِيمَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ.

“Berzuhudlah di dunia nescaya engkau akan dicintai Allah dan berzuhudlah daripada apa yang dimiliki oleh manusia nescaya mereka akan mencintaimu.”

[Hasan. Riwayat Ibnu Majah]

Ada perbezaan pendapat ulama tentang erti berzuhud dengan dunia.

Ada yang mengatakan maksudnya mengurangkan pergaulan dengan manusia.

Ada lain yang mengatakan maksudnya meninggalkan hal-hal syahwat.

Dan ada yang mengatakan maksudnya mengelakkan rasa kenyang.

Ada juga yang mengatakan berzuhud dengan dunia ialah meninggalkan segala apa yang melalaikan daripada beribadah kepada Allah ﷻ.

Pendapat terakhir ini yang terbaik.

Kerana seperti mana menurut al-Hafiz Ibnu Rajab “Ia menghimpunkan semua maksud zuhud yang lain.”

Maka dengan berzuhud serta meninggalkan segala apa yang melalaikan seseorang itu akan dapat merealisasikan tujuan utama penciptaannya di atas muka bumi iaitu beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah ﷻ.

Ini bertepatan dengan firman Allah ﷻ:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.”

[Al-Quran, al-Dhaziyat, 51: 56]

CATATAN

Betapa banyaknya hal-hal yang melalaikan di akhir zaman.

Lebih mendukacitakan apabila mendapat berita rusuhan bola sepak di negara jiran yang sampai meragut lebih 120 nyawa, wallahul mustaan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Rabiulawal 1444H
04 Oktober 2022

Similar Posts

  • |

    KAEDAH BERUMAH TANGGA

    Cara interaksi suami dengan isteri. Ketika di hadapan mentua: Hendaklah suami memuji dan berterima kasih kepada isteri. Ketika di hadapan ibu bapa suami: Hendaklah suami menghargai dan menghormati isteri. Ketika di hadapan anak-anak: Hendaklah suami meninggikan kedudukan isteri dan memuliakannya. Ketika berseorangan dengan isteri: Hendaklah suami menasihati isteri dan menegurnya….

  • ‘YAKIN BOLEH’ PERLU DIUBAH

    # Membetulkan perkataan yang mengelirukan Kajian psikologi Barat sering menekankan kepentingan untuk yakin dengan keupayaan diri sendiri. Manusia menurutnya adalah pusat segala penentuan dan perubahan. Ini kerana kepercayaan kepada tuhan hampir tidak ada dalam kajian-kajian psikologi Barat yang didominasi oleh golongan ateis. Hasilnya mereka mengetengahkan perkataan-perkataan seperti ‘believe in yourself’,…

  • |

    TAHUN BAHARU MASIHI

    Muslim tidak menyambut tahun baharu Masihi. Tahun baharu Masihi berkait rapat dengan agama Kristian dan berasal usul daripada kepercayaan pagan. Masihi merujuk kepada kelahiran Nabi Isa alaihissalam. Dalam bahasa Inggeris kalendar Masihi dikenali sebagai ‘Gregorian calender’ nisbah kepada Paus Gregory ke XIII yang memperkenalkannya pada tahun 1582. Bulan Januari pula…

  • |

    ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN

    ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN Kebenaran ialah seperti emas tulen, semakin diuji semakin terserlah ketulenannya. Sedangkan kebatilan pula ialah seperti barang palsu, semakin diuji semakin terserlah kepalsuannya. – Ibnu Taimiyah, al-Jawab as-Sahih. Idris bin Sulaiman Kajang Antara kaca & permata 13 Jumadil Akhir 1442H/ 26 Januari 2021 #http://www.facebook.com/idrissulaiman

  • |

    TAKUT NERAKA

    TAKUT NERAKA Siapa yang tidak rasa takut dari api neraka maka dia seorang yang terpedaya kerana rasa selamat daripada azab seksa ALLAH. – Imam az-Zahabi, Siyar A’laam an-Nubala.