| |

STATUS HADIS: DOA SAPU MUKA SELEPAS SOLAT

Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik r.a. berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌قَضَى ‌صَلَاتَهُ ‌مَسَحَ ‌جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ.

“Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai solatnya baginda menyapu dahinya dengan tangan kanannya kemudian berkata: Aku bersaksi bahawa tiada sembahan kecuali Allah al-Rahman al-Rahim. Ya Allah, hilangkan daripada diriku rasa keluh kesah dan dukacita.”

Hadis di atas dinilai sangat lemah.

Ia diriwayatkan oleh Ibnu al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (no. 110) dan Ibnu Sam’un dalam al-Amali (ق 2/176) daripada Sallam al-Mada’ini, daripada Zaid al-Ammi, daripada Muawiyah, daripada Qurrah, daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Beliau kemudian meriwayatkannya secara marfu’.

Sanad di atas dinilai mauduk (palsu) dengan adanya Sallam al-Madaini al-Tawil yang merupakan seorang pembohong (kazzab).

Manakala Zaid al-Ammi merupakan seorang perawi lemah yang turut meriwayatkannya dari jalan lain, daripada Jubarah, katanya: Telah berkata kepada kami Anas secara marfu’ yang dikeluarkan oleh Ibnu Adi dalam al-Kamil (ق 1/275) dari jalan Kathir bin Salim yang juga merupakan seorang perawi yang lemah.

Demikian halnya dengan Jubarah bin al-Mughallas yang barangkali lebih lemah kerana telah dituduh berdusta.

Justeru hadisnya sangat lemah.

[Silsilah al-Daifah, no. 1058]

KESIMPULAN

Tiada hadis sahih yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ menyampu mukanya selepas solat atau doa. Oleh itu afdalnya jangan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Safar 1445H
01 September 2023

Similar Posts

  • |

    ACARA MAKSIAT DI WAKTU PANDEMIK COVID-19

    ACARA MAKSIAT DI WAKTU PANDEMIK COVID-19 Negara kita sekian lamanya sepanjang bulan-bulan ini berhadapan dengan situasi yang sangat menduga kerana penularan wabak penyakit Covid-19. Ramai yang tidak dapat pergi ke masjid. Tidak dapat solat Jumaat. Tidak dapat solat fardu berjemaah. Tidak dapat hadir ke kuliah majlis-majlis ilmu di masjid. Dan…

  • | |

    KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH

    KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH Ada yang mencadangkan jika suami susah kejutkan isteri bangun untuk solat Subuh maka boleh cuba memanggil isteri dengan nama perempuan lain. Tetapi perlu berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga. ———————— Hakikatnya cara sebegini tidak menepati as-Sunah. Sebaliknya suami boleh merenjis sedikit air ke muka isteri dengan lemah…

  • |

    BACAAN ISTIAZAH SEBELUM MEMBACA AL-QURAN MENURUT AL-SUNAH

    Sebelum membaca Al-Quran hendaklah terlebih dahulu membaca istiazah berdasarkan firman Allah ﷻ: فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) beristiazah (memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam).” [Al-Quran, al-Nahl, 16: 98] Demikian dalam solat sebelum membaca…

  • |

    MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA?

    MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA? Sambutan Maulid Nabi tidak pernah diajar oleh Nabi ﷺ ataupun disambut oleh para Sahabat dan para Tabi’in. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223114724528334&id=1588241794 Justeru bagi mereka yang menyambutnya, kita mendapati bahawa mereka tidak sepakat dalam caranya. Maka sambutnya dilakukan dengan pelbagai cara dan rupa antaranya dengan berarak, berselawat beramai-ramai,…

  • |

    KANAK-KANAK SOLAT DI MASJID

    – Hadis-hadis mengharuskan kanak-kanak masuk masjid – Mengkhususkan saf untuk kanak-kanak Disyariatkan membawa kanak-kanak ke masjid sekiranya mereka sudah berumur tujuh tahun ke atas bagi membolehkan mereka solat agar apabila baligh mereka sudah biasa dengan solat berjemaah di masjid. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: ‌مُرُوا ‌أوْلادَكُم بِالصَّلاةِ وَهُمْ أبْنَاء سَبْعِ…