|

ARAB SAUDI & TERRORISM

ARAB SAUDI & TERRORISM
.
.
Semenjak peristiwa Masjidil Haram ditawan oleh sebuah kumpulan radikal pimpinan Juhaiman bin Muhammad, seorang warga Arab Saudi pada tahun 1979 yang mengorbankan 234 orang dan mencederakan 451 yang lain, Arab Saudi telah menyaksikan siri insiden-insiden keganasan yang menggemparkan tanah airnya.
.
Pada musim Haji tahun 1987, anggota-anggota Pengawal Revolusi Iran bersama-sama jemaah negaranya yang mencecah 150 ribu orang telah mengadakan demonstrasi di jalan raya utama menuju ke Masjidil Haram, Mekah.
.
Dengan membawa sepanduk gambar Khomeini, mereka telah bertempur dengan anggota keselamatan Arab Saudi yang berkesudahan dengan 402 orang mati dan 649 cedera.
.
Setahun sebelumnya, pada tahun 1986, Kastam Arab Saudi telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup 51 kilogram bahan letupan C4 yang dibawa oleh jemaah Haji Iran dalam beg-beg bagasi mereka.
.
Satu kilogram bahan ledakan tersebut sudah mampu mengakibatkan kematian dan kecederaan yang dahsyat jika digunakan di tempat laluan ribuan jemaah Haji seperti terowong-terowong di Mina, di kawasan-kawasan penginapan di sekitar Mekah atau di dalam Masjidil Haram itu sendiri.
.
Pada tahun 1989, sebuah letupan benar-benar telah berlaku di kawasan luar Masjidil Haram menyebabkan seorang mati manakala 16 yang lain cedera.
.
Pengeboman Menara Khobar yang terletak di bandar Khobar, timur Arab Saudi, dengan menggunakan sebuah trak yang dimuatkan dengan bahan-bahan letupan telah mengakibatkan bahagian depan Menara tersebut ranap dan mengorbankan 20 nyawa serta mencederakan 372 orang.
.
Detik tengah malam 12 Mei 2003 menyaksikan bandar Riyadh bergegar dengan tiga serangan yang dilancarkan serentak oleh 9 lelaki bersenjata di tiga buah kawasan perumahan.
.
Serangan dilakukan dengan menggunakan empat buah kereta yang sarat dengan bahan letupan sehingga mengakibatkan 26 orang mati dan 200 lebih yang cedera. Turut terkorban ialah 9 penyerang tersebut yang bertindak meletupkan diri mereka dalam serangan itu.
.
Tentera ‘Abrahah’ Syiah Houthi di Yaman telah melancarkan serangan peluru berpandu balistik mereka ke arah kota Mekah pada 27 Oktober 2016 dari sebuah masjid di bandar Saada, Yaman.
.
Peluru berpandu itu berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh Pakatan Tentera negara-negara Islam yang diketuai Arab Saudi kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan.
.
Yang terbaru ialah kejadian letupan bunuh diri yang berlaku di Bukit Ajyaad Mekah pada 23 Jun 2017 beberapa ratus meter daripada Masjidil Haram yang menyebabkan sebuah bangunan runtuh sama sekali akibat letupan tersebut. Tiada kehilangan nyawa dilaporkan selain daripada pengganas yang meletupkan dirinya itu.
.
Demikian sebahagian daripada serangan-serangan keganasan yang berlaku di Arab Saudi mutakhir ini dan tidak berapa lama dahulu.
.
Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, dapat disimpulkan bahawa serangan-serangan ini dilancarkan oleh dua kelompok:
.
1. Mereka yang terpengaruh dengan ideologi KHAWARIJ (seperti anggota Al-Qaedah, Daesh dan ISIS); yang mengkafirkan pemerintah dan para ulama, serta menghalalkan darah anggota keselamatan atas alasan bahawa mereka bersekongkol dengan kerajaan taghut yang tidak menjalankan hukum Syarak menurut pandangan mereka.
.
2. Golongan SYIAH (sama ada dari Iran, Houthi di Yaman atau Hizbullat di Lubnan); yang sememangnya memusuhi orang-orang Sunni lebih-lebih lagi Arab Saudi yang lantang membantahnya.
.
Maka ternyata Arab Saudi menjadi mangsa keganasan serta aktiviti-aktiviti terrorism oleh mereka yang mendukung kedua-dua ideologi ganas ini.
.
Telahan bahawa ajaran Wahabi yang sering dikaitkan dengan pegangan rasmi Kerajaan Arab Saudi sebagai ajaran yang mendukung keganasan atau membawa kepada keganasan jelas tidak tepat sama sekali mengenangkan bahawa mereka turut menjadi mangsa dalam keganasan ini.
.
Barangkali kerana merasakan bahawa tuduhan-tuduhan jahat yang mengaitkannya sebagai pengeksport keganasan telah berlarutan sekian lama dan ‘enough is enough’, dan kini sudah tiba masanya untuk ‘set the record straight’, susulan pelancaran Pusat Anti Keganasan di Riyadh pada 21 Mei 2017, Arab Saudi bersama beberapa negara serantau telah bertindak berani dengan berterus terang mengaitkan negara Qatar sebagai dalang keganasan serantau.
.
Walaupun menafikan tuduhan tersebut, yang pastinya Qatar secara terang dan jelas mempunyai hubungan rapat dengan negara SYIAH IRAN serta tokoh-tokoh IKHWAN MUSLIMIN yang mempunyai kecenderungan kepada ideologi KHAWARIJ. Hal ini diakui sendiri oleh Qatar.
.
Barangkali kerana masih kabur tentang sumber sebenar keganasan dalam masyarakat Islam, dan bahawasanya ia adalah SYIAH dan fahaman KHAWARIJ, terdapat kelompok yang masih terus-menerus berzikir Wahabi, Salafi Jihadi, Madkhali dan Arab Saudi serta mengaitkannya dengan keganasan. Walhal tuduhan tersebut sama sekali tiada buktinya, malah bukti-bukti menunjukkan sebaliknya.
.
Lebih parah apabila didapati bahawa kelompok yang mengungkapkan zikir-zikir songsang ini mereka sendiri yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan dua sumber keganasan tadi dengan seorang mereka gurunya mempunyai kecenderungan kepada SYIAH di Jordan, manakala yang lainnya adalah pengikut fahaman IKHWAN MUSLIMIN yang mengidolakan tokoh kanan mereka Dr Yusuf Al-Qardawi yang namanya turut tersenarai dalam mereka yang terlibat dengan menyokong keganasan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain baru-baru ini.
.
Ibarat si pencuri yang berteriak PENCURI! Bagi mengalihkan tumpuan orang ramai kepada orang lain supaya kebejatan dirinya tak terbongkar. Ini yang sedang kita saksikan.
.
Akhirnya yang bejat dilihat hero dan pahlawan manakala yang tak bersalah dilihat buruk dan jahat. Itu yang dicanangkan.
.
Katakan tidak kepada SYIAH dan jemaah terroris IKHWAN MUSLIMIN!
.
– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
.
.
Klik SHARE
.
[ ADMIN ]

Similar Posts

  • |

    ISLAM MEMERANGI KEGANASAN

    Keamanan merupakan nikmat besar kurniaan Allah ﷻ. Maslahat negara dan masyarakat tidak akan dapat direalisasikan tanpa ada keamanan. Justeru sebarang tindakan menggugat keamanan dan keharmonian awam menyalahi syariat Islam, hukumnya haram dan termasuk dalam dosa besar. Termasuklah perbuatan menumpahkan darah dan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Firman Allah ﷻ: مَن…

  • |

    MENCELA ULAMA

    Orang-orang munafik pada zaman Rasulullah ﷺ mencela para Sahabat dengan berkata: مَا رَأَيْنَا مِثْلَ قُرَّائِنَا هَؤُلاَءِ، أَرْغَبُ بُطُوْناً، وَلاَ أَكْذَبُ أَلْسُناً، وَلاَ أَجْبَنُ عِنْدَ اللِّقَاءِ. “Kami tidak pernah melihat orang-orang yang seperti para pembaca Al-Quran ini (para Sahabat) yang mana perut mereka besar, banyak berbohong dan paling pengecut apabila berdepan…

  • | |

    WALI ALLAH?

    Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia. Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai. Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat…

  • |

    TIGA MAKAM IBADAH

    – Takut, berharap, cinta Pelaksanaan ibadah mempunyai tiga makam yang harus dihimpunkan supaya ibadah itu sah diterima Allah ﷻ. Tiga makam tersebut ialah takut (al-khauf’), berharap (al-rajaa’) dan cinta (al-mahabbah) kepada Allah ﷻ. Takut akan membuatkan orangnya menjauhi perkara-perkara yang dimurkai Allah ﷻ. Berharap pula akan membuatkan orangnya mendambakan rahmat…

  • |

    ‘WAHN’ vs WUHAN

    ‘WAHN’ vs WUHAN Antara dua saranan: 1. SARANAN MENGELAK JANGKITAN KORONAVIRUS Elakkan berjabat tangan. 2. SARANAN MENGELAK AZAB API NERAKA Elakkan berjabat tangan dengan wanita bukan mahram. RENUNGAN: Antara dua saranan ini yang manakah yang lebih penting dan lebih bahaya? Jangan terkejut sekiranya KEBANYAKAN ORANG memilih SARANAN PERTAMA. Sedangkan Nabi…

  • BERPEGANG KEPADA NAS; CARA BERINTERAKSI DENGAN MAZHAB

    – Nas Al-Quran & hadis – Keempat-empat mazhab fiqah Setiap Muslim diwajibkan berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan hadis serta mengikuti petunjuk kedua-duanya dalam segala urusan kehidupannya. Ini berdasarkan dalil-dalil nas yang begitu banyak sekali. Bagaimanakah pula dengan pendapat keempat-empat mazhab fiqah? Pendapat-pendapat mazhab boleh dibahagikan kepada tiga kategori: i. Apa…