|

SABAR HADAPI DUGAAN DUNIA

Mukmin perlu sabar dalam menghadapi dugaan di dunia sebesar mana pun ia datang menguji kerana apa yang pasti di sebalik setiap ujian akan datang kesenangan dan di sebalik setiap kepayahan akan datang kemudahan, sedangkan azab dunia jauh lebih ringan dan tidak terbanding dengan azab akhirat.

Firman Allah ﷻ:

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا

“Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan.”

[Al-Quran, al-Sharh, 94:5]

Firman Allah ﷻ:

كَذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡعَذَابُۖ وَلَعَذَابُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ أَكۡبَرُۚ لَوۡ كَانُوا۟ یَعۡلَمُونَ

“Demikianlah azab seksaan, dan sesungguhnya azab Hari Akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.”

[Al-Quran, al-Qalam, 68:33]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
03 Zulkaedah 1444H
23 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    Tenang, sabar, reda

    ‌الْحَمْدُ ‌لِلَّهِ ‌عَلَى ‌كُلِّ ‌حَالٍ. Segala puji bagi Allah dan semua keadaan. حَسْبُنَا ‌اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. Cukup bagi kita Allah. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Tenang, sabar, reda. Dengar dan taat dalam hal makruf. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Rabiulakhir 1444H 20 November 2022

  • |

    KRITIKAN KE ATAS BÍLL PAGAR TIDAK DIBENARKAN

    KRITIKAN KE ATAS BÍLL PAGAR TIDAK DIBENARKAN Baru mendapat amaran daripada Mukabuku kerana tulisan pagi tadi berkenaan ramalan Bĩll Pagar tentang pandemik cacar. Tulisan tersebut dipadamkan oleh Mukabuka kerana ia menyalahi standard komuniti tentang maklumat salah (Community Standards on misinformation). Sekadar mempersoalkan ramalan beliau dan mengkritiknya sudah dikira menyebarkan maklumat…

  • |

    ‘KEADILAN’ BARAT

    Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’. Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara. Itu hukumannya. Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup. Disediakan…

  • |

    TEGAHAN IKHTILAT

    Ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang oleh agama berdasarkan banyak dalil daripada Al-Quran dan hadis. Antaranya ialah apa yang dapat dilihat dalam kedudukan saf solat di mana Nabi ﷺ menempatkan kaum lelaki di hadapan manakala kaum perempuan di belakang. Secara prinsipnya dalam solat berjemaah seseorang…

  • |

    KARUT MARUT KAUM HABIB

    KARUT MARUT KAUM HABIB Mahu hidup sampai umur 300 tahun? Dengarkan ini cerita. Tiada firman Allah, tiada sabda Rasulullah ataupun amalan Sahabat. Hanya rekayasa kaum Habib berdasarkan rekaan, mimpi dan cerita waktu tidur yang tak masuk akal. Perhatikan. Amalan Sunnah Nabi yang sahih disisihkan manakala rekaan mimpi itulah yang menjadi…