|

IKUT NABI ATAU MAJORITI?

  • Ramai pilih ikut majoriti
  • Kisah pakcik Rasulullah

Semua Muslim mengakui bahawa jalan Nabi ﷺ harus didahulukan atas jalan masyarakat dan bahawasanya jalan baginda ﷺ adalah satu-satunya jalan yang membawa ke syurga.

Tetapi apakan daya realitinya ramai memilih untuk mendahulukan pegangan dan amalan majoriti berbanding sunah Nabi ﷺ atas pelbagai alasan dan sebab.

Dan ini juga adalah pilihan bapa saudara Rasulullah ﷺ, Abu Talib sebelum beliau meninggal dunia ketika mana beliau memilih untuk terus berpegang kepada ajaran datuk moyangnya dan enggan mengucap Kalimah Syahadah sekalipun didesak oleh Rasulullah ﷺ.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab Sahihnya bahawa tatkala Abu Talib hampir wafat, Nabi ﷺ bertemu dengannya manakala di sampingnya ada Abu Jahal. Nabi ﷺ berkata:

أَيْ عَمِّ قُلْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أُحَاجُّ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ

“Wahai pakcik, ucaplah ‘Laa ilaha illallah’ supaya aku dapat berhujah untuk membantumu dengannya di sisi Allah (kelak).”

Mendengar ucapan Nabi ﷺ itu Abu Jahal berkata:

يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ المُطَّلِبِ

“Wahai Abu Talib, adakah engkau hendak berpaling daripada agama Abdul Muttalib?!!”

Ternyata Abu Talib tetap berkeras dan enggan mengucap Kalimah Syahadah dan beliau akhirnya mati dalam keadaan syirik, nauzubillah.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Safar 1446H
20 Ogos 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    PENDEK AKAL PENDEMONSTARASI JALANAN

    PENDEK AKAL PENDEMONSTARASI JALANAN Mereka mengadakan demonstrasi jalanan kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Persoalan di sini, adakah cara demonstrasi jalanan yang diambil dapat menyelesaikan masalah-masalah itu? Percayalah, jauh sekali. Bahkan demonstrasi jalanan seperti ini akan menambahkan lagi masalah masyarakat dan negara. Ibarat marahkan nyamuk bakar kelambu . Jangan biarkan…

  • |

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA Jawapan Lajnah Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi: “Tiada halangan, bahkan ia termasuk dalam adat-adat yang baik, untuk menggembirakan sesama saudara Muslim; tua dan muda. Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh Syariat yang murni.” Syeikh Abdul Aziz Bin Baz…

  • |

    ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN

    ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN Kebenaran ialah seperti emas tulen, semakin diuji semakin terserlah ketulenannya. Sedangkan kebatilan pula ialah seperti barang palsu, semakin diuji semakin terserlah kepalsuannya. – Ibnu Taimiyah, al-Jawab as-Sahih. Idris bin Sulaiman Kajang Antara kaca & permata 13 Jumadil Akhir 1442H/ 26 Januari 2021 #http://www.facebook.com/idrissulaiman

  • |

    HAKIKAT ERTI SYUKUR

    Mensyukuri nikmat ialah dengan mengakui nikmat dan Pemberi nikmat dengan tunduk, merendah diri dan cinta kepadaNya. Orang yang tidak mengakui nikmat tidak akan mensyukurinya. Demikian orang yang mengakui nikmat tetapi tidak tahu pemberinya tidak akan bersyukur kepadaNya. Adapun orang yang tahu nikmat dan tahu Pemberi nikmat tetapi tidak mengakuinya maka…

  • |

    AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR

    AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR Amalan merenjis tepung air tawar atau apa jua jenis air tidak pernah dicontohkan oleh Nabi ﷺ ataupun diamalkan oleh para Sahabat yang mulia. Sedangkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ. “Barang siapa mengada-adakan SESUATU YANG BAHARU dalam urusan…