| |

VIDEO TULAR: “BANYAK PERSAMAAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN”??

Tular semalam video sekumpulan orang Islam melawat sebuah rumah ibadat di ibu negara.

Rentetan lawatan itu salah seorang pesertanya dengan teruja membuat kenyataan berkata:

“Banyak persamaan antara agama Islam dengan agama lain.”

Perlu ditegaskan bahawa lawatan seperti ini batil dan sangat tidak wajar.

Masakan sama antara intan dengan kaca.

Masakan sama antara tauhid dengan syirik.

Masakan sama antara agama Islam dengan agama lain.

Asas utama Islam ialah tauhid mengesakan Allah ﷻ dalam segala amal ibadah sedangkan agama lain ialah syirik menyekutukan Allah ﷻ.

Tauhid dan syirik tidak mungkin sama apatah lagi mahu dikelirukan dan dicampuradukkan.

Hanya Islam agama benar di sisi Allah ﷻ sebagaimana firmanNya ﷻ:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُ

“Sesungguhnya (satu-satunya) agama (benar) di sisi Allah ialah Islam.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:19]

Selain agama Islam tidak diterima Allah ﷻ sebagaimana firmanNya ﷻ:

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ

“Dan barang siapa mencari agama selain agama Islam maka tidak akan diterima daripadanya dan pada Hari Akhirat kelak dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:85]

Dosa syirik menyembah berhala dan lain adalah dosa paling besar yang tidak diampunkan oleh Allah ﷻ jika orangnya mati dalam keadaan itu.

Firman Allah ﷻ

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَٰلَۢا بَعِيدًا

“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampunkan dosa selainnya bagi sesiapa yang dikendakiNya. Dan barang siapa menyekutukan Allah maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh.”

[Al-Quran, al-Nisa, 4:116]

Muslim bukan sahaja wajib beriman dengan agama Islam malah perlu tahu pembatal-pembatal agamanya.

Antara pembatal agama ialah meragui Islam sebagai satu-satunya agama benar di sisi Allah ﷻ.

Demikian meragui kesyirikan penganut-penganut agama lain merupakan antara pembatal agama.

Pentingnya memahami tauhid dan menghayatinya serta mengenal pasti syirik dan menjauhi segala pembatal-pembatal agama.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Muharam 1446H
02 Ogos 2024

Similar Posts

  • | |

    BERANI LAWAN ‘HANTU’

    BERANI LAWAN ‘HANTU’ # Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu (2) # Syirik kufur Muslim diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan ALLAH daripada segala kejahatan termasuklah gangguan syaitan. Malah tipu daya syaitan itu lemah tidak sekuat mana. Firman ALLAH: فَقَـٰتِلُوۤا۟ أَوۡلِیَاۤءَ ٱلشَّیۡطَـٰنِۖ إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا. “Maka perangilah kamu akan pengikut-pengikut…

  • | |

    SALMAN AL-AUDAH

    SALMAN AL-AUDAH . . Kata Imam Ibnu Uthaimin rahimahullah: . “Golongan pentakfir adalah pewaris kaum Khawarij… Dengarlah kaset-kaset Syeikh Bin Baz dan Al-Albani, dan jangan pula kamu mendengar kaset-kaset Salman Al-Audah dan Safar Hawali.” . . Semoga Allah merahmati para Ulama Salaf dan membalas kebaikan mereka dengan ganjaran pahala atas…

  • | | | | |

    SYIAH RASA TIDAK SENANG DENGAN MALAYSIA

    SYIAH RASA TIDAK SENANG DENGAN MALAYSIA Seorang pemuka SYIAH menzahirkan rasa tidak senang dengan pemulihan hubungan baik antara MALAYSIA – ARAB SAUDI dengan melemparkan fitnah terhadap SPB Raja Permaisuri. Matilah kamu dengan kebencian kamu terhadap kaum Muslimin Ahli Sunah. Semoga ALLAH memelihara tanah air dan semua negara Islam daripada kebejatan…

  • | |

    ILMU TAREKAT MAKRIFAT

    Matlamat ilmu sesat Tarekat Makrifat kenal Allah ialah supaya tidak kenal Allah! Sebelum ini mereka kata “Manusia tidak tahu di mana Allah!” Sekarang mereka kata “Tidak tahu tentang Allah itulah tahu!” Firman Allah: “Tiadalah sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan.” [Yunus, 10:32] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin…

  • |

    MENYEMBAH KUBUR

    MENYEMBAH KUBUR Meminta pertolongan daripada orang mati. Jika ini bukan SYIRIK, apa lagi? ALLAH menceritakan kenyataan orang-orang MUSYRIKIN MEKAH yang MENYEMBAH BERHALA dengan berkata: مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِیُقَرِّبُونَاۤ إِلَى ٱللَّهِ زُلۡفَىٰۤ “Kami tidak MENYEMBAHNYA (dengan meminta pertolongan daripadanya) melainkan supaya mereka (berhala-berhala itu) dapat MENDEKATKAN kami kepada ALLAH sehampir-hampirnya.” Surah…

  • |

    “BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN BAGIKU AGAMAKU.”

    Sebahagian menyangka bahawa ayat surah al-Kafirun ini menunjukkan kebebasan manusia untuk memilih mana-mana agama, Islam atau kufur termasuklah untuk murtad daripada agama Islam, nauzubillah. Mereka turut berdalilkan ayat “Tidak ada paksaan dalam agama.” [al-Baqarah, 2: 256] Tafsiran ini salah. Imam Ibnu Kathir dalam kitab Tafsirnya menegaskan bahawa ayat “Bagi kamu…