|

MENYAMBUNG SILATURAHIM: KELEBIHAN LUAR BIASA

Muslim dituntut supaya menyambung hubungan silaturahim dengan saudara mara.

Hukumnya wajib tanpa khilaf.

Mereka yang menyambung silaturahim diberi ganjaran yang sangat lumayan.

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ ‌أَعْجَلَ ‌الطَّاعَةِ ‌ثَوَابًا صِلَةُ الرَّحِمِ، وَإِنَّ أَهْلَ الْبَيْتِ لَيَكُونُونَ فَجَرَةً فَتَنْمُوا أَمْوَالُهُمْ وَيَكْثُرُ عَدَدُهُمْ إِذَا تَوَاصَلُوا.

“Sesungguhnya ketaatan yang paling cepat pahalanya ialah menyambung silaturahim, dan penghuni sesebuah rumah itu barangkali terdiri daripada kalangan ahli maksiat namun harta kekayaan mereka terus berkembang manakala jumlahnya terus bertambah jika mereka menyambung silaturahim.”

[Sahih. Riwayat Tirmidhi]

Hadis di atas menjelaskan kelebihan menyambung silaturahim, dan bahawasanya rezeki kekayaan seseorang itu – walaupun ahli maksiat – akan bertambah jika dia menjaga silaturahim.

Menyambung silaturahim dilakukan dengan berbuat ihsan kepada saudara mara dengan kata-kata dan perbuatan, termasuklah dengan menziarahi mereka, bertanya khabar, membantu dalam urusan mereka di samping menolong saudara mara yang memerlukan.

Jangan keliru, menyambung silaturahim tidak terbatas dengan mereka yang mahu menjalin hubungan itu semata-mata tetapi ia umum merangkumi hubungan dengan semua saudara mara lebih-lebih lagi dengan mereka yang memutuskannya.

Sabda Nabi ﷺ:

لَيْسَ الوَاصِلُ بِالمُكَافِئ، وَلكِنَّ الوَاصِلَ الَّذِي إِذَا قَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا.

“Bukanlah orang yang menyambung silaturahim itu adalah orang yang membalas kebaikan orang lain setimpal dengan apa yang dilakukan kepadanya, akan tetapi orang yang menyambung silaturahim itu ialah orang yang jika ada pihak memutuskan hubungan dengannya maka dia akan bertindak untuk menyambungkannya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Wallahulmuwaffiq.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Syawal 1444H
05 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING

    BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING Situasi pertama: A menawarkan pinjaman RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000 secara ansuran = BANK RIBA = HARAM. Situasi kedua: A menawarkan untuk membeli kereta dengan harga RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000…

  • |

    AHLI PEMIKIR?

    AHLI PEMIKIR? Antara gelaran-gelaran yang mungkin kita pernah dengar tetapi maksudnya kurang jelas dan menimbulkan tanda tanya serta kemusykilan mengapa ia digunakan sedemikian ialah gelaran tokoh pemikir, ahli pemikir Islam dan seumpamanya. Mungkin ada yang berkata mengapa seseorang individu itu boleh dikatakan sedemikian sedangkan orang lain pun boleh berfikir. Dan…

  • |

    NAMA URD DIBERSIHKAN DARIPADA TOHMAHAN FAHAMAN RADIKAL

    Ucapan takziah YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tempoh hari atas pemergian Allahyarham Ustaz Rasul Dahri secara tidak langsungnya membersihkan nama Allahyarham daripada segala tohmahan yang dilemparkan ke atas Allahyarham kononnya beliau membawa fahaman radikal dan keganasan. Sudah bertahun-tahun tohmahan ini dijaja oleh sesetengah pihak sedangkan Allahyarham hanya bersabar…

  • |

    IJAB KABUL NIKAH

    Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi. Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan. Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu. Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah…

  • |

    ‘WAHN’ vs WUHAN

    ‘WAHN’ vs WUHAN Antara dua saranan: 1. SARANAN MENGELAK JANGKITAN KORONAVIRUS Elakkan berjabat tangan. 2. SARANAN MENGELAK AZAB API NERAKA Elakkan berjabat tangan dengan wanita bukan mahram. RENUNGAN: Antara dua saranan ini yang manakah yang lebih penting dan lebih bahaya? Jangan terkejut sekiranya KEBANYAKAN ORANG memilih SARANAN PERTAMA. Sedangkan Nabi…