| |

DOA QUNUT WITIR

DOA QUNUT WITIR

• Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERSENDIRIAN:

اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا إلَيَكَ.

“Ya Allah, tunjukkan kepadaku sebagaimana engkau berikan petunjuk (kepada selainku), berilah kesejahteraan sebagaimana Engkau berikan kesejahteraan (kepada selainku), jadikanlah aku waliMu sebagaimana Engkau jadikan (selainku) sebagai wali, berilah keberkatan kepadaku pada semua pemberianMu, lindungilah aku daripada kejelikan takdirMu. Sesungguhnya Engkau mentakdirkan dan tidak ditakdirkan. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau tolong dan tidak akan jadi mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci dan Maha Tinggi Engkau. Tidak ada keselamatan daripada (azab) Engkau melainkan dengan kembali kepadaMu.”

Sahih. Riwayat Imam Ahmad dan yang lain.

• Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERJEMAAH:

اللَّهُمَّ أهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لَنا فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِنَا شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا إلَيَكَ.

“Ya Allah, tunjukkan kepada kami sebagaimana engkau berikan petunjuk (kepada selain kami), berilah kesejahteraan sebagaimana Engkau berikan kesejahteraan (kepada selain kami), jadikanlah kami waliMu sebagaimana Engkau jadikan (selain kami) sebagai wali, berilah keberkatan kepada kami pada semua pemberianMu, lindungilah kami daripada kejelikan takdirMu. Sesungguhnya Engkau mentakdirkan dan tidak ditakdirkan. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau tolong dan tidak akan jadi mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci dan Maha Tinggi Engkau. Tidak ada keselamatan daripada (azab) Engkau melainkan dengan kembali kepadaMu.”

Sahih. Riwayat Imam Ahmad dan yang lain.

• Hukum-hakam DOA QUNUT WITIR:

1. Hukumnya sunat; bukan wajib. Jika tidak membacanya solat tetap sah. Dan tidak perlu sujud sahwi;

2. Dilakukan pada rakaat terakhir SOLAT WITIR sebelum rukuk atau selepasnya;

3. Dianjurkan bagi imam dan makmum mengangkat kedua-dua tangan dengan menghalakan telapak tangan ke langit;

4. Membaca secara kuat (jahr);

5. Makmum mengaminkan bacaan doa imam dengan lafaz ‘amin’;

6. Kadang-kala setelah membaca DOA QUNUT WITIR di atas boleh ditambah dengan bacaan selawat ke atas Nabi ﷺ.

Sabda Nabi ﷺ:

“Sesungguhnya ALLAH Maha Hidup lagi Maha Mulia malu jika seseorang itu mengangkat kedua-dua tangannya kepadaNya serta memulangkannya dalam keadaan kosong yang tidak membawa hasil.”

Sahih. Riwayat Tirmidzi.

Catatan:

DOA QUNUT WITIR dibaca dalam bahasa Arabnya dan bukan terjemahannya.

Sekian.

Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Ramadan 1441H / 9 Mei 2020
www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • | |

    STATUS HADIS: DOA SAPU MUKA SELEPAS SOLAT

    Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik r.a. berkata: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌قَضَى ‌صَلَاتَهُ ‌مَسَحَ ‌جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ. “Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai solatnya baginda menyapu dahinya dengan tangan kanannya kemudian berkata:…

  • | | | |

    TARAWIH 8 RAKAAT BIDAAH?

    Sungguh menghairankan apabila ada yang mendakwa bahawa pelaksanaan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat (11 rakaat termasuk 3 rakaat Witir) merupakan suatu perkara baharu dalam agama, iaitu bidaah. Sedangkan amalan ini jelas sabit dalam hadis Nabi ﷺ sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, beliau…

  • | |

    SAF PERTAMA MASJID: SIAPA DULU DIA DAPAT

    Muslim disuruh bersegera ke masjid bagi mendapatkan saf pertama di hadapan apabila mendengar azan berkumandang bagi meraih fadilat kebaikannya. Sabda Nabi ﷺ: ‌لَوْ ‌يَعْلَمُ ‌النَّاسُ ‌مَا ‌فِي ‌النِّدَاءِ ‌وَالصَّفِّ ‌الْأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ. “Seandainya manusia tahu (kebaikan) apa…

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…