|

KENDURI ARWAH & MERATAP

KENDURI ARWAH & MERATAP

Jika ada kematian SYARIAT menyarankan supaya masyarakat sekeliling menyediakan makanan buat keluarga si mati.

Tujuannya jelas bagi MERINGANKAN beban yang dihadapi oleh keluarga si mati.

Adapun budaya keluarga si mati perlu mengadakan jamuan kenduri arwah untuk tetamu yang datang, ini jelas MEMBEBANKAN.

Bukan sahaja sekali pada hari kematian, malah diadakan kenduri arwah pada hari kedua, ketiga, ketujuh, ke-40 dan hari ke-100.

Ini semua jelas MEMBEBANKAN keluarga si mati dan mengakibatkan mereka menanggung perbelanjaan yang bukan sedikit.

Dan lebih parah jika kenduri diadakan dengan menggunakan duit arwah si mati yang belum difaraidkan sedangkan si mati meninggalkan ANAK YATIM.

Kesudahannya tetamu bersekongkol memakan harta ANAK YATIM.

Memakan harta ANAK YATIM tanpa hak diancam dengan AZAB PEDIH.

Apa yang pasti kenduri arwah MENYALAHI SUNNAH NABI dan Agama berlepas diri daripadanya.

Sebahagian ulama Salaf melihat bahawa BERKUMPUL di rumah si mati selepas kematian termasuk dalam erti MERATAP yang dilarang Agama.

Tiada keperluan untuk berkumpul di rumah si mati.

Cukup sahaja DISEGERAKAN urusan jenazah dan dikebumikan SECEPAT MUNGKIN.

Setelah itu semua bersurai.

Catatan:

Ikut Sunnah nescaya ibadah jadi mudah.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Malam ke-16 Ramadan sudah boleh mula doa qunut Witir…
15 Ramadan 1441H / 8 Mei 2020
www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    FIKIRAN SIMPLISTIK

    FIKIRAN SIMPLISTIK Orang yang berfikiran simplistik akan melihat sekelilingnya dengan cara yang terlalu mudah. Mengubah sesuatu dengan cara kompleks boleh mengganggu cara fikirnya. Ya Allah, kurniakan buat kami ilmu yang bermanfaat serta amalan yang soleh. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Safar 1441H / 16 Oktober 2019 Pagi yang cerah

  • | |

    MENYESAL TAK IKUT SUNAH

    Mereka yang meninggalkan Sunah Nabi ﷺ akan menyesal di akhirat nanti. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَيَوۡمَ يَعَضُّ ٱلظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيۡهِ يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي ٱتَّخَذۡتُ مَعَ ٱلرَّسُولِ سَبِيلٗا “Pada hari orang-orang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama…

  • |

    UCAPAN TAKZIAH SYEIKH SULAIMAN AL-RUHAILI

    Syeikh Sulaiman al-Ruhaili, pensyarah di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan pengajar di Masjid Nabawi membuat hantaran di X (Twitter) mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas. Dalam hantaran itu beliau menyatakan dengan menyebut nama Allahyarham dengan gelaran ‘al-Ustaz al-Syeikh’ terdiri dalam kalangan ilmuwan terawal di Indonesia…

  • LŎCKDŎWN DUNIA KALI KE-2?

    – Reset Ekonomi – New World Order Perkembangan semasa di China sepatutnya merisaukan kerana di sanalah segala bala musibah bermula dua tahun lalu di awal 2020. Kini kita menyaksikan hal serupa berulang kembali apabila baru-baru ini kerajaan China melaksanakan perintah lŏckdŏwn kali ke-2 ke atas rakyatnya tetapi dengan lebih dahsyat…

  • |

    PERAGA KEMEWAHAN DI MEDIA SOSIAL

    Kejahatan ada pintunya manakala sifat ujub takbur ialah kunci yang membuka pintu itu. Individu yang mempunyai sifat buruk ini akan terjebak dalam banyak perbuatan hodoh di mana dia berbangga dengan dirinya dan berperasaan lebih tinggi dan mulia berbanding orang lain. Sejarah umat dahulu menunjukkan bahawa orang-orang yang ujub takbur merupakan…