|

KAITAN NOMBOR KES KORONAVIRUS DENGAN AL-QURAN?

KAITAN NOMBOR KES KORONAVIRUS DENGAN AL-QURAN?

Sebahagian mahu menggemparkan masyarakat Islam dengan mengaitkan antara nombor jumlah kes koronovirus pada tarikh tertentu dengan nombor ayat tertentu dalam AL-QURAN.

Kita tegaskan:

INI MENGARUT!

AL-QURAN sama sekali BUKAN permainan TILIK NOMBOR.

Hampir sahaja perbuatan ini mirip permainan tukang tilik ahli nujum yang bermain dengan angka-angka tertentu dan mengaitkannya dengan kejadian-kejadian tertentu di bumi.

Kita bertanya, kesudahan matlamatnya apa?

Mahu membuktikan keajaiban AL-QURAN?

Kita tegaskan bahawa KEAJAIBAN AL-QURAN sememang sudah TERBUKTI dengan pelbagai kisah-kisah luar biasa tentang umat-umat terdahulu, hal-hal syurga neraka, malaikat dan jin, gaya bahasa keindahan balaghah AL-QURAN…

Sememang keajaibannya sudah terbukti.

Jutaan manusia telah dan masih menghafal setiap JUZUK AL-QURAN, setiap SURAH, setiap AYAT dan setiap HURUFNYA semenjak zaman berzaman…

Ini semua tidak cukup luar biasa??

Adakah kita masih sangsi dengan AL-QURAN?

Saya khuatir perbuatan mereka yang menilik nombor-nombor ini hanya menampakkan KEJAHILAN serta KURANG IMAN mereka terhadap AGAMA dan AL-QURAN sehingga menjebakkan diri mereka dalam hal-hal mistik seperti ini.

Yang pastinya, ISLAM BERLEPAS DIRI daripada hal-hal seperti ini.

Ketahuilah bahawa ISLAM tertumpu kepada IMAN & AMAL.

Mana kesan nombor-nombor mistik ini terhadap IMAN & AMAL kita?

Jawapannya TIADA sama sekali.

Hanya menambahkan KECELARUAN dan KEBINGUNGAN kita!

Semoga ALLAH menghilangkan wabak penyakit yang tular dengan secepatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Catatan:

Semenjak bila pula peristiwa dalam KALENDAR MASIHI (juga dikenali sebagai Kalendar Gregory – merujuk kepada KETUA GEREJA KATOLIK POPE GREGORY XIII) dijadikan sebagai sandaran dalam AL-QURAN?? Pelik sungguh nombor & tarikh anda.

Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Shaaban 1441H / 4 April 2020
www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan hafizahullah: “Hari datang silih berganti manakala umur hayat terus berkurang. Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu sedangkan apa yang akan datang tidak diketahui. Sebaliknya apa yang ada ialah waktu yang engkau berada padanya.” Justeru jangan dilepaskan peluang yang ada di tangan. Dr. Idris bin SulaimanKajang05…

  • |

    HIDUPKAN SUNAH MATIKAN BIDAAH

    Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ: فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ. “Sesungguhnya barang siapa daripada…

  • |

    CINTA PALSU: SURAH AL-MASAD

    Firman Allah ﷻ: تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ سَيَصۡلَىٰ نَارٗا ذَاتَ لَهَبٖ وَٱمۡرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ فِي جِيدِهَا حَبۡلٞ مِّن مَّسَدِۢ . “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka…

  • |

    HADIS SEMUA BIDAAH SESAT

    – Faedah & pengajaran – Bidaah hasanah Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, katanya: Rasulullah ﷺ apabila berkhutbah, kedua-dua matanya memerah, suaranya meninggi, tampak sekali kemarahan baginda sehingga seakan-akan baginda sedang memberi peringatan kepada sebuah pasukan tentera dengan berkata ‘Musuh akan datang menyerang kalian pada waktu pagi…

  • |

    ERTI KEMAJUAN SEBENAR: NEGARA MAJU & NEGARA MUNDUR

    Antara istilah yang biasa digunakan pada hari ini ialah istilah ‘negara maju’ bagi banyak negara-negara Barat manakala majoriti negara-negara Islam disebut ‘negara membangun’ atau ‘dunia ketiga’ – istilah lain bagi menyatakan tentang negara-negara yang mundur. Hakikatnya penilaian kemajuan ini hanya dari sudut pembangunan material semata-mata dan mengabaikan sama sekali pembangunan…