|

MENGUTUK SERANGAN KE ATAS ARAB SAUDI

MENGUTUK SERANGAN KE ATAS ARAB SAUDI

Sewajarnya dunia umat Islam mengutuk serangan ke atas ARAB SAUDI yang berlaku baru-baru ini sebagai tanda solidariti ikatan ukhuwah sesama negara MUSLIM.

Siapa lagi yang patut tampil ke hadapan memberi sokongan dan bantuan kepada negara MUSLIM seperti ARAB SAUDI jika bukan negara-negara MUSLIM lain seperti MALAYSIA?

Apakah wajar kita berpeluk tubuh sahaja melihat satu demi satu negara MUSLIM jatuh dalam kancah pergolakan tanpa kita berbuat apa-apa?

Peliknya jika AMERIKA SYARIKAT tampil membantu dan ARAB SAUDI menerima bantuan negara KAFIR sebahagian kita membantah dan mempertikaikannya serta menuduh ARAB SAUDI sebagai negara tali barut AMERIKA SYARIKAT.

Persoalannya, di mana kita dan di mana negara-negara ISLAM lain apabila negara seperti ARAB SAUDI diserang? Paling tidak sewajarnya kita mengutuk serangan tersebut dan membantahnya.

Adakah kita sedang menunggu sehingga KAABAH dibom dan dihancurkan baru kita mahu bertindak?? NAUZUBILLAH.

Barangkali waktu itu akan ada suara sumbang yang tetap menyalahkan ARAB SAUDI dan secara sinis berkata:

“PADAN MUKA WAHABI!!!”

Sebetulnya ‘PADAN MUKA KITA SEMUA’ kerana lalai leka termakan syubhah musuh KAFIR, SYIAH dan golongan anti Islam daripada kalangan MUNAFIK dan ZINDIQ.

Kepada Allah jua kita meminta pertolongan dan bantuan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Muharram 1441H / 21 September 2019
Waktu tengah hari berjerebu

https://www.sinarharian.com.my/article/48128/GLOBAL/AS-cuba-campur-tangan-balas-serangan-loji-minyak-Arab-Saudi

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/09/608436/arab-saudi-pamer-bangkai-dron-peluru-berpandu-serangan-loji

http://www.astroawani.com/berita-dunia/jika-pelantar-minyak-arab-saudi-diserang-lagi-amerika-sudah-bersedia-trump-217636

Similar Posts

  • |

    RINDU ZAMAN DIJAJAH?

    – Kemangkatan ratu – ‘Rest in peace’ (RIP) Tersebutlah kisah si Abu semasa kecil di sekolah dia dibuli dan dipukul oleh seorang pelajar senior yang terkenal dengan sifat bulinya. Beberapa orang pelajar lain turut senasib dengannya. Kini Abu sudah pun dewasa dan telah lama meninggalkan zaman persekolahannya. Sekalipun Abu sangat…

  • |

    SYEIKH NASIRUDDIN AL-ALBANI

    – Kebenaran ialah apa yang diakui lawan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah (1914 – 1999) merupakan antara tokoh yang tidak asing, berasal dari Albania dan berhijrah ke Syria sebelum menetap di Jordan. Beliau mendapat pujian dan pengiktirafan daripada banyak pihak; kawan dan lawan. Antaranya ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa…

  • PENDAPAT JUMHUR ULAMA ADALAH BENAR?

    # Pendapat majoriti tidak semestinya benar Sekiranya pendirian jumhur ulama adalah ukuran kebenaran maka ini bererti bahawa setiap pendapat minoriti adalah salah. Lalu setiap pandangan ulama yang menyalahi jumhur dalam apa jua permasalahan perlu disaring dan dianggap batil semata-mata kerana ia menyalahi pendirian jumhur ulama. Tiada mana-mana ulama yang berkata…

  • |

    MENGHABISKAN MASA DENGAN BERITA TERKINI

    MENGHABISKAN MASA DENGAN BERITA TERKINI Saya fikir jika seseorang itu tidak banyak menghabiskan masanya melihat akhbar dan mengikuti setiap satu perkembangan yang dihidangkan kepadanya sama ada melalui media rasmi ataupun media sosial, sebaliknya dia memanfaatkan sisa waktunya untuk apa yang dapat menjana kebaikan buatnya di akhirat dengan membaca Al-Quran, menuntut…

  • |

    KARUT MARUT KAUM HABIB

    KARUT MARUT KAUM HABIB Mahu hidup sampai umur 300 tahun? Dengarkan ini cerita. Tiada firman Allah, tiada sabda Rasulullah ataupun amalan Sahabat. Hanya rekayasa kaum Habib berdasarkan rekaan, mimpi dan cerita waktu tidur yang tak masuk akal. Perhatikan. Amalan Sunnah Nabi yang sahih disisihkan manakala rekaan mimpi itulah yang menjadi…