|

SIKAP MUSLIM MENANGANI ISU KHILAFIAH

Sebahagian berpandangan bahawa Muslim tidak perlu bertegas dalam isu-isu khilafiah.

Sebaliknya Muslim boleh memilih mana-mana pendapat mengikut mazhabnya, pandangan ulama atau guru yang dikenalinya, amalan masyarakat atau pendapat yang sesuai dengan situasi yang dihadapinya.

Seolah-olah semua pendapat yang berbeza itu betul dan boleh diterima.

Ini salah dan tidak betul.

Muslim sentiasa disuruh supaya berpegang teguh dengan dalil Al-Quran dan al-Sunah.

Khilaf ulama tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk meninggalkan dalil Al-Quran dan al-Sunah.

Oleh itu, isunya bukan sama ada wujud khilaf atau tidak, tetapi pendapat mana yang disokong dalil Al-Quran dan al-Sunah.

Demikian perintah Allah ﷻ dalam firmanNya:

فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ

“Jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika benar kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.”

[Al-Quran, al-Nisaa, 4:59]

Ini yang ditegaskan oleh Imam al-Syafie sendiri dengan berkata:

وَأَنَّهُ لَا يَلْزَمُ قَوْلٌ بِكُلِّ حَالٍ إلَّا بِكِتَابِ اللهِ أوْ سُنَّةَ رَسُولِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّ مَا سِوَاهُمَا تَبَعٌ لَهُمَا.

“Dan sesungguhnya tiada kata-kata yang wajib dalam apa jua keadaan melainkan Kitab Allah atau Sunah RasulNya ﷺ, dan bahawasanya apa yang selain daripada kedua-duanya kembali kepada kedua-duanya.”

[Jima’ al-Ilm, hlm. 3]

Yakni apa jua pendapat atau ijtihad ulama dan mazhab perlu disaring dan dinilai mengikut panduan Al-Quran dan al-Sunah.

Beliau turut menegaskan:

أَجْمَعَ ‌النَّاسُ عَلَى أَنَّ مَنْ اسْتَبَانَتْ لَهُ سُنَّةٌ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – لَمْ يَكُنْ لَهُ أَنْ يَدَعَهَا لِقَوْلِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ.

“Umat Islam telah sepakat bahawa barang siapa sudah terjelas kepadanya Sunah Rasulullah ﷺ maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya kerana mengambil pendapat orang lain.”

[I’lam al-Muwaqqi’in oleh Ibnu al-Qayyim, 2/201]

Justeru andaian bahawa Muslim boleh memilih mana-mana pendapat yang lemah, yang salah atau yang bertentangan dengan dalil Al-Quran dan al-Sunah adalah batil sama sekali.

Muslim tidak bebas memilih pendapat-pendapat yang semacam ini.

Sebaliknya Muslim perlu sentiasa kembali kepada nas, menjauhi taasub dan menyaring pendapat-pendapat dengan melihat pendapat mana yang lebih kuat, mengikut keupayaannya sama ada dengan bertanya atau mengkaji, jika mampu.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Zulhijah 1444H
18 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    ISTERI PENGHUNI SYURGA

    Semua manusia mahu rumah tangga bahagia. Tinggal lagi bagaimana mengacapinya, apakah cara-cara dan rahsianya? Hakikatnya sikap toleransi, empati dan merendahkan ego memainkan peranan yang cukup besar dan penting. Dalam sebuah hadis, Nabi ﷺ menceritakan tentang isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga serta sifat-sifat yang melayakkan mereka mendapat tempat bahagia itu. Sabda…

  • |

    HADIS SEMUA BIDAAH SESAT

    – Faedah & pengajaran – Bidaah hasanah Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, katanya: Rasulullah ﷺ apabila berkhutbah, kedua-dua matanya memerah, suaranya meninggi, tampak sekali kemarahan baginda sehingga seakan-akan baginda sedang memberi peringatan kepada sebuah pasukan tentera dengan berkata ‘Musuh akan datang menyerang kalian pada waktu pagi…

  • | |

    HARAM SENTUH PEREMPUAN BUKAN MAHRAM

    Sabda Nabi ﷺ: لأَنْ ‌يُطعنَ ‌في ‌رأسِ ‌أحدِكُم ‌بِمخْيطٍ ‌مِنْ ‌حديدٍ؛ خيرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرأةً لا تَحِلُّ لَهُ. “Sesungguhnya ditusuk kepala seseorang daripada kamu dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” [Sahih, riwayat al-Tabarani, no. 486] Dr. Idris bin SulaimanKajang12 Jamadilawal…

  • |

    JIKA ORANG PUJI KITA

    JIKA ORANG PUJI KITA Hendaklah engkau berhati-hati dengan orang yang memujimu secara berlebih-lebihan lebih daripada sikap berwaspada engkau terhadap orang yang memusuhimu secara terang-terangan. Rasa dukacita jika orang yang pertama menjauhimu lebih perit berbanding dengan orang yang kedua. Usahlah diterima pujian yang engkau tidak layak menerimanya kerana barangkali engkau akan…

  • |

    MENGHABISKAN MASA DENGAN BERITA TERKINI

    MENGHABISKAN MASA DENGAN BERITA TERKINI Saya fikir jika seseorang itu tidak banyak menghabiskan masanya melihat akhbar dan mengikuti setiap satu perkembangan yang dihidangkan kepadanya sama ada melalui media rasmi ataupun media sosial, sebaliknya dia memanfaatkan sisa waktunya untuk apa yang dapat menjana kebaikan buatnya di akhirat dengan membaca Al-Quran, menuntut…