| |

MEREKA YANG SIBUK DENGAN MIMPI

Sumber agama Islam ialah Al-Quran dan hadis.

Ini yang disepakati oleh sekalian ulama Ahli Sunah Wal Jemaah sejak dahulu.

Adapun mimpi maka ia sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai dalil untuk beramal. Mimpi bukanlah hujah ataupun bukti.

Mimpi hanyalah mimpi. Tidak lebih daripada itu.

Dalam masa yang sama, mimpi terbahagi kepada tiga:

1. Mimpi baik. Ia adalah khabar gembira daripada Allah ﷻ;
2. Mimpi buruk. Ia merupakan gangguan daripada syaitan; dan
3. Mimpi biasa. Ia datang daripada bisikan hati.

Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

“Mimpi itu tiga; khabar gembira daripada Allah, bicara hati dan ketakutan daripada syaitan. Barang siapa melihat sesuatu yang disukainya (mimpi baik) maka dia boleh menceritakannya (kepada orang lain) jika dia mahu dan barang siapa melihat sesuatu yang tidak disukainya (mimpi buruk) maka janganlah dia menceritakannya kepada sesiapa. Sebaliknya hendaklah dia bangkit dan solat.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Justeru ulama besar zaman tabiin, Muhammad bin Sirin (wafat 110H) berkata:

اتَّقِ اللهَ فِي اليَقَظَةِ وَلَا تُبَالِ بِمَا رَأيْتَ فِي المنَامِ.

“Bertakwalah kepada Allah ketika engkau dalam keadaan jaga dan usah engkau peduli dengan apa yang engkau lihat semasa tidur.”

[az-Zuhd oleh Ahmad bin Hanbal]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
05 Rajab 1443H /
07 Februari 2022

Similar Posts

  • |

    KESENANGAN BUKAN DENGAN BERSENANG

    Kesenangan tidak dikecapi dengan bersenang-senang. Sebaliknya ia datang sesudah orangnya gigih berusaha, bersusah payah dan memerah keringat. Barang siapa mendahulukan bersenang, bersantai dan berehat maka dia akan terlepas kesenangan yang sebenarnya. Sejauh mana seseorang itu gigih berusaha dan bersusah-payah maka sejauh itulah kesenangan yang akan dikecapinya di hari kemudian. Tidak…

  • |

    SIKAP MUSLIM MENANGANI ISU KHILAFIAH

    Sebahagian berpandangan bahawa Muslim tidak perlu bertegas dalam isu-isu khilafiah. Sebaliknya Muslim boleh memilih mana-mana pendapat mengikut mazhabnya, pandangan ulama atau guru yang dikenalinya, amalan masyarakat atau pendapat yang sesuai dengan situasi yang dihadapinya. Seolah-olah semua pendapat yang berbeza itu betul dan boleh diterima. Ini salah dan tidak betul. Muslim…

  • |

    MUSLIM MUNAFIK

    MUSLIM MUNAFIK Seorang lelaki berkata kepada Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Aku takut diriku seorang munafik!” Kata Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Jika engkau seorang munafik nescaya engkau tidak akan rasa takut daripadanya”. – Hilyat al-Awliya’. Maksudnya, tidaklah yang rasa takut daripada sifat munafik melainkan orang beriman. Adapun orang munafik, mereka merasa…

  • |

    ZIARAH KUBUR PADA PAGI HARI RAYA

    ZIARAH KUBUR PADA PAGI HARI RAYA Ia adalah sesuatu yang menyalahi Syarak. Kerana hal tersebut dianggap mengadakan ibadah baru dalam Agama (ziarah kubur adalah ibadah yang dianjurkan tanpa mengira waktu) apabila satu ibadah yang tidak ditetapkan waktunya oleh Syarak dikhususkan waktunya dengan dilakukan pada Hari Raya. Tambah lagi ia menyalahi…

  • |

    BERMUKA MASAM

    BERMUKA MASAM # Nampak ‘maco’ atau bodoh? Tidaklah orang yang bersikap angkuh dengan manusia yang di bawahnya melainkan Allah ﷻ akan mengujinya dengan kehinaan daripada manusia yang di atasnya. Oleh itu usahlah merasa diri besar dan bermasam muka dengan orang lain kerana ia adalah tanda kebodohan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:…

  • |

    MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH

    MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH TENTANG HUBUNGAN ANTARA RAKYAT & PEMERINTAH . Oleh Ustaz Idris bin Sulaiman . . 1. Retorik ‘Taat Kepada Pemerintah’ . Terdapat sebahagian kelompok yang mendakwa berpegang kepada prinsip taat kepada pemerintah, tetapi jika diperhalusi, ternyata bahawa apa yang mereka maksudkan dengan pemerintah ialah Yang di-Pertuan Agong sahaja; tidak…