|

“KALAU RASULULLAH KE KANAN, TOK GURU KE KIRI NESCAYA SAYA AKAN IKUT TOK GURU BERBANDING RASULULLAH.”

Jika kenyataan seperti di atas bukan kesesatan maka saya tidak tahu apa itu kesesatan.

Sedangkan perintah mentaati Allah ﷻ dan mentaati Rasulnya ﷺ jelas terkandung dalam begitu banyak nas.

Firman Allah ﷻ:

“Dan sesiapa yang menyalahi Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk dan dia pula mengikut jalan selain dari jalan orang-orang beriman maka Kami akan palingkan dia ke arah jalan yang dipilihnya, dan Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

[Al-Quran, an-Nisaa’, 4:115]

Bandingkan antara saranan ikut ajaran tok guru dengan nas Al-Quran di atas yang menyebut “Dan dia pula mengikut jalan selain dari jalan orang-orang beriman” iaitu jalan yang menyalahi jalan Rasulullah ﷺ dan para Sahabat sebagaimana yang diperincikan dalam hadis Perpecahan Umat.

Sabda Nabi ﷺ:

“Sesungguhnya Bani Israel telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan. Semua mereka dalam neraka kecuali satu golongan sahaja. Baginda ditanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang berada di atas jalanku dan jalan para Sahabatku.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Justeru umat Islam diperintahkan supaya berpegang teguh kepada Sunah Nabi ﷺ serta fahaman para Sahabat di samping menjauhi segala fahaman dan amalan baharu, tokok tambah dan rekaan-rekaan yang diada-adakan dalam agama oleh mereka yang datang hidup kemudian.

Ini sebagaimana dalam sabda Nabi ﷺ:

“Aku berwasiat supaya kamu bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat sekalipun dia seorang hamba Habsyi. Kerana sesungguhnya barang siapa yang umurnya panjang daripada kalangan kamu maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada Sunahku dan Sunah para Khulafa’ ar-Rasyidin sesudahku. Gigitlah ia dengan gigi geraham kamu dan jangan sekali-kali kamu melakukan perkara yang baharu kerana sesungguhnya setiap bidaah ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Sedar atau tidak perbuatan mendahulukan ajaran tok guru berbanding apa yang disampaikan oleh Rasulullah ﷺ adalah termasuk dalam erti mengada-adakan sembahan-sembahan selain daripada Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

“Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah sembahan Yang Maha Esa; tiada sembahan melainkan Dia. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan.”

[Al-Quran, at-Taubah, 9: 31]

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Rejab 1443H /
08 Februari 2022

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • |

    Seruan Jihad Perlu Dengan Meraikan Syarat-syaratnya

    SOALAN Ada yang berhujah untuk apa yang berlaku di Palestin dengan ayat: أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.” [Al-Quran, al-Hajj, 22:39] JAWAPAN Ayat ini sebenarnya menjadi hujah ke atas mereka. Sebab nuzul ayat ini ialah kaum Muslimin pada peringkat…

  • |

    ARAB SAUDI MEMANSUHKAN PENJARAKAN SOSIAL

    ARAB SAUDI MEMANSUHKAN PENJARAKAN SOSIAL Alhmadulillah, kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Luarnya baru-baru ini memansuhkan arahan penjarakan sosial di tempat-tempat awam termasuklah masjid, restoran, pengangkutan awam dan sebagainya. Seorang pekerja sedang menanggalkan stiker penjarakan saf di Masjidil Haram: Imam Masjidil Haram (sebentar tadi selepas setahun setengah): Lurus, rapat dan penuhkan…

  • |

    MENURUT ARAB SAUDI

    MENURUT ARAB SAUDI Apabila dikatakan kepada mereka: Firman ALLAH dan RasulNYA serta fatwa Ulama Rabbaniyyin.. Mereka berdalih seraya memberi alasan mengatakan: “Tetapi ARAB SAUDI kata BOLEH?!?” Untuk kesekelian kalinya, dikatakan kepada mereka: Arab Saudi BUKAN sumber hukum pensyariatan! Wallahul musta’an – Ustaz Idris Sulaiman (hafizahullah) – ========== . SHARE ….

  • |

    FIKAH JIHAD

    Puncak tertinggi agama ialah jihad, bertujuan untuk menyeru manusia kepada Islam, menegakkan agama kebenaran dan menghalang kejahatan musuh. Tinggal lagi ramai mungkin beranggapan bahawa jihad disyariatkan cukup dengan ada semangat juang dan kemahuan tinggi semata-mata tanpa sebarang syarat atau persiapan. Memadai jihad dengan apa sahaja kelengkapan dan kekuatan yang ada…