|

LIBERAL / FEMINISME

Fahaman sesat yang memperdebatkan isu-isu kaum wanita sehingga menimbulkan perbalahan dan kekeliruan dalam masyarakat.

Matlamatnya ialah untuk merosakkan kaum wanita melalui jalan melepaskannya daripada norma-norma agama, adat dan budaya.

Ini kerana kaum wanita yang rosak akan mengakibatkan institusi keluarga runtuh manakala masyarakat jadi lemah dan lumpuh sehingga mudah dijajah dan ditawan.

Antara slogan mereka ialah ‘membebaskan kaum wanita’ serta ‘persamaan hak antara lelaki dan perempuan’ secara total termasuklah dalam jawatan pemerintahan, kesaksian, warisan harta pusaka, penceraian dan semua hukum termasuklah yang berkaitan dengan soal pekerjaan dan urusan kehidupan.

Realitinya seruan ‘persamaan gender’ ini tidak adil sama sekali termasuklah atas wanita itu sendiri kerana mereka yang waras sedar akan hakikat bahawa ‘menyamakan antara dua yang berbeza’ tidak mungkin adil.

Sedangkan Allah ﷻ:

وَلَيۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰ

“Dan memanglah tidak sama antara lelaki dengan perempuan.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:36]

Mana mungkin lelaki sama dengan perempuan.

Realitinya mereka yang mendukung slogan ‘membebaskan kaum wanita’ bukan mahu benar-benar membebaskan wanita sebaliknya mereka mahu ‘kebebasan untuk mempergunakan wanita’ sebagai objek dan perkakas sebagaimana jelas yang berlaku dalam iklan-iklan jualan dan sebagainya.

Pakaian hijab menutup aurat yang menjaga maruah wanita dan kemuliaannya dipaparkan sebagai simbol kemunduran dan kolot.

Adapun wanita yang memakai separuh telanjang maka itulah tanda aras kemajuan dan kehebatan.

Peliknya, pakaian separuh-separuh inilah yang sinonim dengan pakaian ‘manusia purba’ zaman silam yang mereka tonjolkan.

Apakan daya itulah cara taakul songsang golongan liberal dan feminisme yang dukacitanya sebahagian orang Islam terpengaruh dan terpedaya.

Bahana mereka yang meninggalkan petunjuk wahyu kerana terikut dengan diayah-diayah kaum musyrikin dan fasikin.

Daripada Allah jua kita memohon keselamatan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Zulhijah 1444H
12 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    MENGALIHKAN GANGGUAN ATAS JALAN

    – Tanda-tanda orang beriman Mengalihkan gangguan dari atas jalan ialah sebahagian daripada iman. Ia merupakan tanda bahawa orangnya beriman; beriman dengan Allah ﷻ dan Hari Akhirat. Ini sebagaimana sabda Nabi ﷺ: الْإِيمَانُ بضع وَسَبْعُونَ شُعْبَة فَأفْضَلُهَا: قَولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا: إِمَاطَةُ ‌الْأَذَى ‌عَنِ ‌الطَّرِيقِ وَالحَياَءُ شُعْبَة مِنَ الإيمَانِ….

  • |

    BANYAK BERCAKAP

    Kata Imam al-Auzaie (wafat 157H): إِنَّ ‌المُؤْمِنَ ‌يَقُوْلُ ‌قَلِيْلاً، وَيَعمَلُ كَثِيْراً، وَإِنَّ المُنَافِقَ يَتَكَلَّمُ كَثِيْراً، وَيَعْمَلُ قَلِيْلاً. “Orang Mukmin bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak dan beramal sedikit.” [Siyar A’lam al-Nubala’, 7/125] CATATAN Barangkali dalam konteks zaman sekarang ‘bercakap’ lebih banyak dalam bentuk menulis di media…

  • |

    BERPENAT-PENAT DAHULU

    Sejauh mana seseorang itu bersungguh-sungguh dan bersusah-payah mengharungi kesulitan sebanyak itu jugalah dia mengecapi kegembiraan dan rasa senang. Ini kerana tidak ada kesenangan bagi sesiapa yang tidak mengharungi kesusahan, dan tidak ada kenikmatan bagi sesiapa yang tidak sabar menanggung susah payah. Demikian tidak ada kerehatan bagi mereka yang tidak menempuhi…

  • |

    KEDUDUKAN HADIS SEBAGAI HUJAH

    Hadis menjadi hujah dengan sendirinya. Hadis sahih tidak perlu kepada sokongan daripada pendapat mana-mana ulama atau mazhab untuk diamalkan. Malah pendapat ulama dan mazhab itulah yang perlu kepada sokongan dalil daripada Al-Quran dan hadis. Kata Imam al-Syafie: وَيَجِبُ أنْ يُقْبَلَ الخَبَرُ فِي الوَقْتِ الَّذِي ثَبَتَ فِيهِ وَإنْ لمَ يَمْضَ عَمَلٌ…

  • |

    CARA ANDA BERFIKIR

    CARA ANDA BERFIKIR Kehidupan anda sesuai dengan cara anda berfikir. Sekiranya cara anda berfikir membawa manfaat kepada agama dan dunia maka kehidupan anda akan menjadi baik dan bagus. Jika tidak maka keadaan akan menjadi sebaliknya. – Syeikh Abdul Rahman as-Saadi Idris bin Sulaiman Kajang 26 Zulkaedah 1442H / 07 Julai…

  • |

    HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’

    HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’ Rata-rata mungkin sudah tahu tentang kempen ‘jangan guna straw & plastik’ kerana ia menyumbang ke arah pencemaran alam dan sebagainya. Sedikit sebanyak ia menimbulkan kesulitan dan kepayahan kepada pengguna. Tetapi dalam masa yang sama, di sesetengah tempat pelanggan masih boleh meminta ‘straw’ jika mereka mahu. Dengan…