|

KEMALANGAN KERETA TETAPI TETAP JAGA SOLAT

Tular video dua orang pemandu kereta yang baru kemalangan sedang menunaikan solat Maghrib berjemaah sementara menunggu pihak berwajib tiba.

Indahnya Islam.

Muslim itu luar biasa.

Keutamaan menjaga solat, hubungan persaudaraan Islam, toleransi dan sifat memaafkan antara satu sama lain.

Allah ﷻ berfirman:

رِجَالٞ لَّا تُلۡهِيهِمۡ تِجَٰرَةٞ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِ

“(Ibadah itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah di samping mendirikan solat serta menunaikan zakat.”

[Al-Quran, al-Zumar, 24:37]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Jamadilakhir 1446H
17 Disember 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    MUZIK DISEMAT AL-QURAN DIPINGGIRKAN

    Ternyata sebahagian umat Muhammad ﷺ memilih untuk meminggirkan Al-Quran. Firman Allah ﷻ: وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا “Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan, tidak dipakai.” [Al-Quran, al-Furqan, 25:30] Menurut Ibnu Kathir, termasuk dalam erti meminggirkan Al-Quran ialah tidak…

  • |

    JANGAN MUDAH ‘KOYAK’

    Jika anda menyibukkan diri memikirkan tentang orang yang telah menyakitimu maka anda juga bersekongkol dengannya dalam menyakiti dirimu. Abaikan sahaja. Jangan dilayan cercaan orang-orang yang jahil. Firman Allah ﷻ: وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا “Dan para hamba Allah ialah mereka yang berjalan di…

  • MANUSIA PENDOSA

    – Dan syaitan bertipu-muslihat Jangan engkau ditipu syaitan yang ada kalanya akan mencantikkan dosa itu buat engkau manakala di masa yang lain dia memperkecilkan amalan-amalan ketaatan yang engkau lakukan atas alasan dosa-dosa yang engkau terjebak melakukannya. Sebaliknya hendaklah engkau terus beramal taat dan gigih mengerjakannya. Kerana sabda Nabi ﷺ: مَا…

  • |

    JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN?

    JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN? # Beri galakan, jangan ditakut-takutkan; # Islam memudahkan, jangan dipersulitkan. Umat Islam dituntut membaca al-Quran, Kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad ﷺ sebagai petunjuk wahyu, pedoman dan asbab kejayaan Muslim di dunia dan akhirat. Terdapat banyak nas menjelaskan keutamaan membaca Al-Quran, antaranya sabda Nabi…