Isu nyanyian dan muzik merupakan antara isu yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat Islam. Sebahagian menganggapnya sebagai sekadar hiburan yang harus, manakala sebahagian yang lain menegaskan bahawa syariat telah menetapkan hukum yang jelas mengenainya.

Justeru, persoalan ini hendaklah dinilai berdasarkan dalil Al-Quran, hadis sahih dan kefahaman para Salaf, bukan semata-mata menurut adat, budaya atau kecenderungan peribadi.

Buku ini menghimpunkan dalil-dalil daripada Al-Quran, hadis, athar para Sahabat serta penjelasan para imam mazhab dan ulama muktabar berhubung hukum nyanyian dan muzik. Turut dibincangkan hujah-hujah golongan yang mengharuskannya berserta jawapan ilmiah terhadap syubhah-syubhah yang diketengahkan. Selain itu, buku ini menjelaskan sisi bahaya nyanyian dan muzik terhadap agama dan akhlak, di samping menerangkan bentuk-bentuk nyanyian dan muzik yang diharuskan oleh syariat.

Disusun dengan bahasa yang mudah, ringkas dan padat, buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi sesiapa yang ingin memahami hukum nyanyian dan muzik berdasarkan nas-nas syarak serta pendirian para ulama Salaf. Semoga ia menjadi panduan ke arah beramal dengan ilmu dan memelihara diri daripada perkara yang dimurkai Allah.

JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR

Posted on
Reading Time: 1 minute
JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR Tiada dalam Syarak hadis atau athar yang mengharuskan jamak antara solat Jumaat dan Asar. Apa yang ada hanya jamak antara solat Zohor dan Asar; bukan…

HUKUM MAIN KUTU

Posted on
Reading Time: 1 minute
HUKUM MAIN KUTU Iaitu perbuatan mengumpul wang pada setiap bulan (minggu dan lain-lain) daripada para peserta lalu ditentukan giliran orang yang menerimanya secara undian dan seumpamanya. Syeikh Al-Albani rahimahullah menegaskan…

SAY NO TO VALENTINE’S DAY

Posted on
Reading Time: 1 minute
SAY NO TO VALENTINE’S DAY Orang Islam adalah Umat yang istimewa lagi mulia. Mereka adalah kaum yang Allah beri kepada mereka hidayah petunjuk untuk menerima satu-satunya Agama yang benar di…

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI MASJID?

Posted on
Reading Time: 2 minutes
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI MASJID? Barangkali ini antara tanda-tanda akhir zaman. Apabila perayaan-perayaan orang kafir di adakan di masjid rumah ibadat Umat Islam. Sedangkan MENJAGA KESUCIAN MASJID daripada perkara-perkara…

KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA)

Posted on
Reading Time: 1 minute
KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA) . . . Memberi pinjaman ikhlas tanpa mengenakan riba, dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia menjanjikan pahala ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah…

BIDAAH DALAM AGAMA

Posted on
Reading Time: 1 minute
BIDAAH DALAM AGAMA Firman Allah ﷻ, mafhumnya: “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi PENAWAR serta rahmat buat sekelian alam.” [Surah al-Israa, ayat 82] Ayat di atas bersifat umum…

KEMAJUAN MATERIAL?

Posted on
Reading Time: 1 minute
KEMAJUAN MATERIAL? . . Hakikatnya ia kembali kepada cara kita menimbang ‘baik’ dan ‘buruk’. . Cara timbang orang kafir adalah berdasarkan ‘kemajuan’ material di dunia semata-mata. . Adapun soal spiritual,…

PENGARUH SYIAH IRAN SUDAH MULA MENYUSUP?

Posted on
Reading Time: 1 minute
PENGARUH SYIAH IRAN SUDAH MULA MENYUSUP? . Semenjak bila pula kita merujuk kepada TOKOH- TOKOH SYIAH untuk mendapatkan nasihat dan pandangan mereka tentang KEAMANAN dan KESELAMATAN? . Sedangkan SEJARAH telah…

[ EDISI KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ]

Posted on
Reading Time: 11 minutes
[ EDISI KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ] HUKUM MENGUCAPKAN ‘MERRY CHRISTMAS’ SELAMAT HARI KRISMAS KEPADA ORANG KRISTIAN Tidak boleh bagi seorang Muslim TURUT SERTA bersama orang-orang Kristian merayakan Hari…

I Follow Jesus???

Posted on
Reading Time: 3 minutes
“I Follow Jesus”??? . . . Adakah seorang Muslim boleh mengucapkan perkataan-perkataan seperti ini? . . . Sekiranya diamati, kita tidak akan dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa perkataan ini…

ADAKAH MALAIKAT MELAKUKAN KESILAPAN?

Posted on
Reading Time: 2 minutes
ADAKAH MALAIKAT MELAKUKAN KESILAPAN? . . . Jika dilihat nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah dapat disimpulkan bahawa para MALAIKAT MAKSUM dan TERPELIHARA DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN. . . . Bahkan…