TERJEMAHAN ‘TIADA TUHAN KECUALI ALLAH’ – TIDAK TEPAT

Pembetulan TERJEMAHAN kalimah syahadah.

Sering kita mendengar orang menterjemahkan kalimah syahadah:

لا إله إلا الله

‘LA ILAHA ILLA ALLAH’

dengan erti:

Tiada TUHAN kecuali Allah

atau

‘There is no GOD but Allah’.

Perlu dijelaskan bahawa kalimah إله (ILAH) bukan sekadar bererti tuhan (god).

Kalimah tuhan (god) dalam bahasa Arab membawa DUA MAKSUD yang BERBEZA iaitu:

1. RAB / رب

atau

2. ILAH / إله

Kalimah RAB ( رب ) bagi Allah menjurus kepada makna PENCIPTA ( الخالق ), PENGURUS ( المدبر ), PEMBERI REZEKI ( الرازق) dan PEMILIK ( المالك).

Berbeza dengan kalimah ILAH ( إله ) ia membawa makna MA’ LUH ( مألوه ) yakni MA’BUUD ( معبود ) iaitu SEMBAHAN.

Jelas di sini bahawa kalimah ILAH ( إله ) bukan sekadar bermaksud ‘TUHAN’, kerana kalimah ‘TUHAN’ dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud yang BERBEZA iaitu ILAH ( إله ) atau RAB ( رب ).

Sepertimana seseorang yang mengatakan TIADA RAB KECUALI ALLAH (لا رب إلا الله ) adalah TIDAK TEPAT, maka demikian juga ungkapan ‘Tiada PENCIPTA kecuali Allah’ juga TIDAK TEPAT. Begitu dengan ungkapan ‘Tiada PENGURUS / PEMBERI REZEKI / PEMILIK kecuali Allah’ juga adalah TIDAK TEPAT.

Ini memandangkan bahawa keempat-empat ungkapan ini lebih menjurus kepada makna RAB ( رب ); BUKAN ILAH ( إله ).

Adapun ungkapan ILAH ( إله ) dalam kalimah syahadah ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’ (لا إله إلا الله ) TERJEMAHAN yang setepatnya adalah ‘Tiada SEMBAHAN kecuali Allah’.

Sembahan yakni ‘yang disembah’ sepertimana dalam Kamus Dewan.

‘LA’ (لا) – tiada, ‘ILAHA’ (إله) – sembahan, ‘ILLA’ (إلا) – kecuali, ‘ALLAH’ (الله) – Allah.

Mungkin ada yang menganggap bahawa perkara ini remeh dan tidak penting.

Kita tegaskan bahawa ia adalah PENTING memandangkan bahawa ia adalah terjemahan yang LEBIH TEPAT, dan yang keduanya ialah bahawa ternyata itulah FOKUS DAKWAH di sebalik ungkapan kalimah syahadah yang disampaikan oleh Rasulullah sallalahu alaihi wasallam.

Oleh itu, Rasulullah sallalahu alahi wasallam TIDAK DIUTUS untuk menyeru manusia supaya mengucapkan bahawa ‘Tiada Pencipta / Pengurus / Pemberi Rezeki / Pemilik kecuali Allah’ semata-mata. Kerana sama ada kita sedar atau tidak, perkara ini SUDAH PUN DIAKUI oleh MASYARAKAT ARAB JAHILIAH.

Sebagaimana dalam firman Allah:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka siapakah yang telah MENCIPTAKAN LANGIT-LANGIT DAN BUMI nescaya mereka akan menjawab ALLAH.”

Surah Luqman, ayat 25.

Firman Allah lagi:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka siapakah yang telah MENCIPTAKAN MEREKA nescaya mereka akan menjawab ALLAH.”

Surah Adz-Dzukhruf, ayat 87.

Sekiranya orang-orang Arab Jahiliah mengakui KEWUJUDAN ALLAH sebagai TUHAN PENCIPTA, mengapakah mereka dikatakan orang-orang musyrikin?

Jawapannya, kerana mereka telah mengada-adakan PATUNG-PATUNG BERHALA dan selainnya untuk mereka SEMBAH, sebagai PERANTARA antara mereka dengan ALLAH, agar mereka dapat MENDEKATKAN DIRI kepada ALLAH.

Sebagaimana dalam firman-Nya:

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى

“Dan orang-orang musyrikin yang menjadikan SELAIN DARIPADA ALLAH pelindung dan penolong (mereka berkata): Kami tidak MENYEMBAHNYA melainkan supaya ia dapat MENDEKATKAN KITA kepada ALLAH sehampir-hampirnya.”

Surah Az-Zumar, ayat 3.

Justeru, ini menjelaskan kepada kita mengapa dalam kalangan orang-orang musyrikin Arab Jahiliah ada yang bernama ABDULLAH, mengapa mereka mengerjakan TAWAF sekeliling Kaabah, mengerjakan IBADAH HAJI dan ibadah-ibadah yang lain.

Jawapannya, kerana mereka PERCAYA KEWUJUDAN ALLAH. Hanya sahaja mereka beranggapan bahawa perlu diadakan PERANTARA antara mereka dengan Allah dalam bentuk PATUNG-PATUNG BERHALA dan seumpamanya yang akan dapat MENDEKATKAN mereka kepada ALLAH.

Walau bagaimanapun, perbuatan mereka ini TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH dan DIPERANGI oleh RASULULLAH sallalahu alahi wasallam kerana ia perbuatan SYIRIK dan KUFUR.

KESIMPULAN

Kalimah syahadah bukan sekadar bermaksud ‘Tiada TUHAN Kecuali Allah’ (There is no GOD but Allah), sebaliknya ia lebih tepat diterjemahkan sebagai ‘TIADA SEMBAHAN KECUALI ALLAH’.

PEMBETULAN ini PENTING supaya PEMAHAMAN kita terhadap kalimah Syahadah yang agung ini TEPAT dan BETUL.

Wallahu a’lam.

Idris bin Sulaiman
Kajang
30.06.1440 / 07.03.2019

Similar Posts

  • | |

    MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…

  • | |

    ZIKIR KANAN ATAU KIRI?

    Ada yang mendakwa “Kita kena ikut faham guru kita” bahkan “sesat jika langsung ikut Nabi!” Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; kitab Allah dan Sunah NabiNya.” [Sahih. Riwayat Imam Malik] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa…

  • | | | |

    SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH

    SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH Jika tidak habislah MAJLIS ILMU kita diganti dengan majlis tari-menari dengan atas nama MAJLIS ZIKIR. Catatan: Sebahagian umat Islam terus dicandukan dengan majlis-majlis seperti ini sehingga menyebabkan mereka miskin ilmu al-Quran dan as-Sunah di samping jahil tentang pegangan dan amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Idris bin…

  • |

    BERZIKIR MENGHADAP BERHALA

    Sangat tidak wajar. Tempat-tempat sebegini sewajarnya dihindari oleh umat Islam kerana ia dimurkai Allah ﷻ. Apatah lagi mendatanginya untuk bermajlis zikir. Teramat tidak wajar. Adakah mereka melihat bahawa tempat-tempat sebegini sama seperti masjid untuk beribadah dan berzikir? Jika demikian maka itulah fahaman sesat pluralisme yang menganggap bahawa semua agama sama…

  • | | |

    BERTENANG JANGAN RESAH

    BERTENANG JANGAN RESAH Banyakkan ZIKIR, sentiasa ingat ALLAH. Ucapkan: حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلِ (Hasbunallah Wa Ni’ma al-Wakil) “Cukup bagi kita ALLAH dan DIA lah sebaik-baik tempat bergantung.” Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH jiwa akan merasa TENANG. Idris bin Sulaiman Kajang 27 Rejab 1441H / 22 Mac 2020 https://www.facebook.com/idrissulaiman