bed in the hotel
|

HAMPIR 40 ZIKIR SEBELUM TIDUR

– Berpegang kepada as-Sunah
– Jangan buat tokok tambah

Menurut Ibnu al-Qayyim rahimahullah dalam kibanya Tariq al-Hijratain terdapat hampir 40 bacaan zikir dan doa sebelum tidur yang sabit dalam as-Sunah.

Masya-Allah.

Betapa banyaknya amalan-amalan as-Sunah yang diajarkan oleh Nabi ﷺ.

Jika sebelum tidur sahaja sudah ada hampir 40 bacaan zikir dan doa maka bagaimana pula dengan bacaan-bacaan zikir dan doa lain yang Nabi ﷺ telah ajarkan? Tentu lagi banyak.

Berapa banyak yang sudah diamalkan? Sama-sama bermuhasabah.

Ini peringatan tentang betapa banyaknya amalan-amalan as-Sunah yang barangkali masih belum diamalkan. Atau paling tidak yang belum dilakukan secara konsisten.

——————-

Orang yang membuat tokok tambah mempertikaikan kesempurnaan Islam:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10223797516117697/

——————-

Amalan-amalan yang Nabi ﷺ ajarkan sudah cukup banyak. Tidak ada keperluan untuk menokok tambah.

Malangnya mereka yang membuat tokok-tambah dan mengada-adakan zikir-zikir baharu dalam agama tidak pula mahu menghayati amalan-amalan yang telah diajarkan oleh Nabi ﷺ.

Dikhuatiri mereka akan termasuk dalam kalangan manusia yang Nabi ﷺ akan berlepas diri dan menghalau mereka dari telaga haudhnya di akhirat nanti sebagaimana dalam sabdanya ﷺ:

سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي.

“Menjauh, menjauh buat mereka yang melakukan perubahan selepas pemergianku.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Semoga Allah ﷻ menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang istiqamah di atas as-Sunah dan diizinkan minum dari telaga haudh Nabi ﷺ di akhirat nanti.

Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Syaaban 1443H /
05 Mac 2022

Similar Posts

  • | | |

    BULAN REJAB

    Tidak sabit mana-mana hadis tentang kelebihan bulan Rejab secara amnya atau fadilat mana-mana ibadah secara khusus pada bulan ini. Maka tidak disyariatkan mengucapkan tahniah sempena kedatangannya, berpuasa atau pun membaca doa-doa tertentu. Adapun doa: اللَّهُمَّ باَرِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان. “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan…

  • | | |

    PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

    PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN . . Di sini saya ingin berkongsi pengumuman berkenaan pembahagian daging korban oleh sebuah surau yang mengadakan acara korban pada tahun ini. . . Semoga ia menjadi inspirasi yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat, terutamanya pihak-pihak yang mengurus acara penyembelihan haiwan korban sempena Hari Raya Aidiladha. ….

  • | | |

    MENJERNIHKAN FIKIRAN

    MENJERNIHKAN FIKIRAN Bagaimana cara untuk menjernihkan fikiran dan menghilangkan keserabutan? PERTAMA: Berzikir mengingati Allah ﷻ. Afdalnya dengan ucapan ‘Lailahaillallah’ dan ‘Astaghfirullah’. KEDUA: Solat. “Rasulullah ﷺ apabila berhadapan dengan sesuatu perkara maka baginda akan segera melakukan solat.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] KETIGA: Berdoa. Mengadap Allah dan merintih kepadaNya. Sebaik-baiknya semasa sujud….

  • | |

    CARA MEMAHAMI NAS

    CARA MEMAHAMI NAS #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 2 Hujah yang menepati nas dari sudut lafaz dan makna lebih utama berbanding hujah yang menepati nas dari sudut makna sahaja, tanpa lafaz. # Kaedah-Kaedah Pendalilan di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah # al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah # Kaedah 1: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221735747254764&id=1588241794 Idris bin Sulaiman…

  • |

    SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…