| |

JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR

JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR

Tiada dalam Syarak hadis atau athar yang mengharuskan jamak antara solat Jumaat dan Asar.

Apa yang ada hanya jamak antara solat Zohor dan Asar; bukan Jumaat.

Asal hukum Syarak adalah tauqif.

Tetapi mereka yang mengharuskan jamak Jumaat dan Asar berhujah dengan alasan bahawa Jumaat mengambil tempat Zohor.

Dengan kata lain mereka QIAS kan solat Jumaat dengan Zohor dan menganggap bahawa seperti mana boleh jamak Zohor dengan Asar maka dibolehkan jamak Jumaat dan Asar.

Walhal solat Jumaat BUKAN solat Zohor.

Keduanya berbeza dari banyak sudut; bilangan rakaatnya, dengan khutbahnya, dengan imam menjaharkan suaranya, dan sudut-sudut lain.

Maka seorang musafir yang mahu solat Jumaat TIDAK BOLEH menjamakkannya dengan solat Asar, sebaliknya hendaklah dia solat Asar pada waktunya.

Demikian yang ditegaskan oleh Syeikh Bin Baz, Uthaimin dan Al-Albani rahimahumullah.

Barakallahu fikum.

✍ Ustaz Idris Sulaiman
9 Rabiul awal 1438H bersamaan 9 Disember 2016

Tidak mahu terlepas artikel-artikel UIS? Klik saja di sini t.me/penaustazidrissulaiman

#penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    MEMBONGKAR KEBEJATAN KAUM PEROSAK DI BULAN RAMADAN

    “Tapi bulan Ramadan kan elok kita fokus pada ibadah. Tak payah gaduh-gaduh.” Demikian barangkali reaksi sebahagian apabila melihat kebejatan kaum-kaum perosak dibongkar satu persatu dengan bukti dan hujah yang terang lagi nyata. Bukan fitnah, bukan andaian-andaian kosong dan bukan umpatan, tetapi bukti dan dalil daripada perkataan dan perbuatan mereka sendiri….

  • |

    DOA ALIH HUJAN

    Apabila turun hujan dianjurkan berdoa: اللَّهُمَّ ‌صَيِّبًا ‌نَافِعًا “Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang membawa manfaat.” [Sahih. Riwayat Bukhari] Tetapi andainya hujan terlalu lebat sehingga dikhuatiri berlaku mudarat banjir, tanah runtuh dan sebagainya maka dianjurkan berdoa: اللَّهُمَّ ‌حَوَالَيْنَا ‌وَلَا ‌عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ “Ya Allah,…

  • |

    HUKUM ‘SOLAT HAJAT’

    Hadis Tentang ‘Solat Hajat’ Telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 479) dan Ibnu Majah (no. 1384) daripada Abdullah bin Abi Awfa, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ، أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ، فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ، وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى…

  • | | |

    R.I.P. (REST IN PEACE)

    R.I.P. (REST IN PEACE) . Mendoakan buat orang kafir yang mati dalam keadaan syirik dan kufur adalah dilarang. . Sekiranya sabit bahawa seseorang musyrik, Yahudi, Nasrani atau selain mereka daripada kalangan penganut agama kafir mati dalam keadaan kafir tanpa dia bertaubat, maka dalam keadaan sedemikian kita DILARANG mendoakan pengampunan dan…

  • SANGGAHAN KENYATAAN PEGUAM: BUKU HADIS 40 AJAR MURID SEKOLAH BERPERANG

    Tular di media sosial tulisan seorang peguam perempuan Muslim yang meluahkan rasa tidak senangnya dengan pendirian kerajaan untuk mengetengahkan buku Hadis 40 Imam Nawawi kepada pelajar-pelajar sekolah. Menurutnya, ini kerana terdapat sebuah hadis di dalamnya yang menyuruh supaya memerangi manusia sehingga mereka memeluk Islam di samping memerangi mereka yang tidak…

  • | |

    PENUNTUT ILMU

    PENUNTUT ILMU Terdapat tiga tahap penuntut ilmu iaitu mereka yang: 1. Hafal dan faham; 2. Faham tanpa hafal; dan 3. Hafal tanpa faham. Kedudukan tahap-tahap ini adalah sama mengikut turutan di atas. Firman Allah ﷻ: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman serta orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama daripada kalangan…