Crowd of people looking at a red wooden checkmark for voting on elections on a blue background

MENERIMA SUNAH NABI ﷺ SEPENUHNYA

– Kedudukan akal
– Tegar Ikut Ajaran Guru

Firman Allah ﷻ:

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ.

“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).”

[Al-Quran, al-Hasyr, 59:7]

Dalam ayat di atas, Allah ﷻ memerintahkan manusia supaya menerima dan beramal dengan segala apa yang disampaikan oleh Nabi ﷺ secara terus dan konsisten tanpa berlengah.

Akal bukan syarat penentu dalam hal ini.

Asalkan hadisnya sahih maka ia wajib diterima dan diamalkan tanpa berlengah dan tanpa banyak soal.

Sejauh mana akal menerimanya tidak diambil kira.

Malah akal itu dikira sihat apabila ia tunduk sepenuhnya kepada wahyu.

——————-

Ilmu Falsafah & Ilmu Kalam:

ILMU FALSAFAH

Didik Masyakat Berfikir Secara Logik?

DIDIK MASYARAKAT BERFIKIR SECARA LOGIK?

——————-

CATATAN:

Sebahagian kelompok dalam masyarakat Islam bersikap sebaliknya. Mereka sangat tegar beramal dengan ajaran tuan guru secara membuta tuli tetapi bersikap acuh tak acuh dengan hadis-hadis Nabi ﷺ. Malah mereka sering dilihat mudah menolak hadis sahih yang tidak menepati selera mereka dan banyak beramal dengan hadis-hadis daif dan palsu. Mereka ini lebih mengikut hawa nafsu berbanding wahyu.

Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Syawal 1443H /
14 Mei 2022

Similar Posts

  • | | |

    DI MANA ALLAH?

    Salaf al-Soleh berpendirian bahawa Allah ﷻ di atas, terpisah daripada makhluknya, meninggi di atas Arasy. Sebagaimana antara nama Allah ﷻ ialah al-‘Ali (العلي), al-A’la (الأعلى) dan al-Muta’aal (المتعال), semuanya bermaksud Yang Maha Tinggi. Dalil-dalil Al-Quran: وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ “Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:255]…

  • | |

    MANHAJ TAKWIL ASYAIRAH

    Asyairah merupakan salah satu daripada empat kumpulan Ahli Kalam di samping Jahmiyyah, Muktazilah dan Maturidiah yang mengambil pendekatan takwil akal dalam perbahasan akidah; permasalahan al-Asma’ Wa al-Sifat dan lain. Manhaj takwil ialah pendekatan memalingkan makna zahir nas Al-Quran dan al-Sunah kepada makna lain berdasarkan penilaian akal. Ternyata bahawa tiada takwilan…

  • BEZA SUNNAH TA’ABBUDI / SUNNAH ADAT

    Sunnah dari sudut bahasa bererti jalan. Ada pun jika dikatakan Sunnah Nabi, ia bermaksud jalan yang ditempuh oleh Nabi ﷺ sepanjang hidup baginda dari segala sudutnya. Penting untuk difahami bahawa Sunnah Nabi terbahagi kepada dua: 1. Sunnah Ta’abbudi; 2. Sunnah Adat. Sunnah Ta’abbudi merujuk kepada perbuatan-perbuatan baginda ﷺ yang bersifat…

  • | |

    MENYESAL TAK IKUT SUNAH

    Mereka yang meninggalkan Sunah Nabi ﷺ akan menyesal di akhirat nanti. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَيَوۡمَ يَعَضُّ ٱلظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيۡهِ يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي ٱتَّخَذۡتُ مَعَ ٱلرَّسُولِ سَبِيلٗا “Pada hari orang-orang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama…

  • GELARAN YANG DIBERI LAWAN KEPADA DAKWAH SALAF

    – Gelaran yang diberi lawan – Taimiyyah, Wahhabiyyah – Jamiyyah, Madkhaliyyah Dakwah Salaf ialah dakwah yang mengajak masyarakat Islam kembali menghayati ajaran Islam sebenar seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan al-Sunah serta mengikut apa yang dipraktikkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ. Salaf yang dari sudut bahasanya bererti ‘pendahulu’ adalah…

  • DAKWAH SALAFI MEMECAHBELAHKAN

    Benar, memecahbelahkan antara kebenaran dan kebatilan. Dakwah Salafi mengajak kepada Al-Quran dan al-Sunah mengikut pemahaman Salaf al-Soleh. Dakwah yang benar. Dakwah yang mengajak kepada fahaman generasi pendahulu umat Islam; para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin, golongan yang direstui dan puji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Dakwah Salafi menyeru agar…