JALAN DAKWAH

Dakwah menyeru manusia kepada agama Allah perlulah berdasarkan kepada keterangan dan bukti jelas nyata. Bukan atas kejahilan dan kesesatan. Kerana asas agama Islam ialah Al-Quran dan al-Sunah. Demikian hendaklah Al-Quran dan al-Sunah itu difahami mengikut fahaman generasi pendahulu Islam yang mulia, golongan Salaf al-Soleh, para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin.

Firman Allah ﷻ:

قُلۡ هَٰذِهِۦ سَبِيلِيٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِيۖ وَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku (ittiba’) menyeru manusia kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan Maha suci Allah, aku bukan daripada golongan yang menyekutukan Allah.”

[Al-Quran, Yusuf, 12:108]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
05 Jamadilakhir 1445H
18 Disember 2023
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    FIKIRAN SIMPLISTIK

    FIKIRAN SIMPLISTIK Orang yang berfikiran simplistik akan melihat sekelilingnya dengan cara yang terlalu mudah. Mengubah sesuatu dengan cara kompleks boleh mengganggu cara fikirnya. Ya Allah, kurniakan buat kami ilmu yang bermanfaat serta amalan yang soleh. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Safar 1441H / 16 Oktober 2019 Pagi yang cerah

  • | |

    INDAHNYA ISLAM

    INDAHNYA ISLAM # Keutamaan Tauhid # Bahaya syirik # Wajibnya birrul walidain Kedua-dua mereka mendesak secara bersungguh-sungguh supaya dinafikan hak ALLAH ﷻ sedangkan ALLAH ﷻ memerintahkan supaya mereka tetap dilayan dengan sebaik-baiknya. Firman ALLAH ﷻ: وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي…

  • |

    AHLI PEMIKIR?

    AHLI PEMIKIR? Antara gelaran-gelaran yang mungkin kita pernah dengar tetapi maksudnya kurang jelas dan menimbulkan tanda tanya serta kemusykilan mengapa ia digunakan sedemikian ialah gelaran tokoh pemikir, ahli pemikir Islam dan seumpamanya. Mungkin ada yang berkata mengapa seseorang individu itu boleh dikatakan sedemikian sedangkan orang lain pun boleh berfikir. Dan…

  • | | |

    DAGING KORBAN 2 KG

    Itulah jumlah daging yang diperoleh oleh rata-rata yang menyertai program qurban di masjid (atau tempat lain) setelah membayar harga bahagian masing-masing sepenuhnya. Kebiasaannya kita boleh mendapat daripada seekor lembu kira-kira 70 kg daging. Bahkan lebih. Ini bererti setiap peserta setelah membayar jumlah bahagian masing-masing kira-kira RM650 (harga lembu kira-kira RM4500)…

  • |

    PROMOSI BUKU: TERIMA KASIH USTAZ REZA

    Terkejut apabila ada yang memaklumkan bahawa buku 80 Hadis Puasa Ramadan telah dipromosikan dalam rancangan siaran langsung televisyen Bernama pagi tadi. Dalam program bertajuk ‘Langkah Baru di Bulan Ramadan’ al-Fadhil Ustaz Reza Kamarudin berbicara mengenai persiapan untuk menyambut ketibaan bulan puasa. Kita perlu persiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu, tegas…

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…