Traditional Malay Food and cookies during Ramadan and Eid Mubarak. Hari Raya Aidilfitri.
| | |

TATACARA PUASA 6 SYAWAL

Umat Islam dianjurkan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامَ الدَّهْرِ.

“Barang siapa berpuasa Ramadan lalu berpuasa enam (hari) pada bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Puasa 6 Syawal ini afdalnya disegerakan dengan berpuasa enam hari secara berturutan.

Jika tidak dapat disegerakan maka paling tidaknya dilakukan secara berturutan dengan dirangkumkan hari Isnin dan Khamis bagi meraih pahala berpuasa sunat pada kedua-dua hari tersebut.

Bagi mereka yang hendak melaksanakannya secara berasingan (bukan berturutan) maka seeloknya dipilih hari Isnin dan Khamis agar dapat dihimpunkan kedua-dua pahala; pahala puasa 6 Syawal dengan pahala puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Jika tidak maka boleh sahaja dilakukan puasa enam hari ini pada bila-bila masa sepanjang bulan Syawal.

Tetapi perlu diingatkan bahawa bagi mereka yang mempunyai puasa qada Ramadan maka hendaklah ia didahulukan.

Ini kerana puasa qada adalah wajib dan ia perlu diutamakan berbanding puasa 6 Syawal yang hukumnya sunat.

Tambah lagi, maksud hadis di atas “Barang siapa berpuasa Ramadan” ialah berpuasa Ramadan sepenuhnya.

Maka orang yang mempunyai puasa qada Ramadan perlu menyelesaikan puasa gantinya dahulu sebelum dapat menunaikan puasa 6 Syawal.

Dan memandangkan puasa qada Ramadan berbeza dengan puasa 6 Syawal maka hendaklah kedua-duanya dilakukan secara berasingan.

Jangan digabungkan puasa qada Ramadan dengan niat puasa sunat 6 Syawal.

——————-

CATATAN:

Seeloknya dielakkan berpuasa sunat pada hari Sabtu. Jika dilakukan puasa 6 Syawal secara berturutan maka hendaklah dengan melangkaui hari Sabtu kerana adanya larangan berpuasa sunat pada hari tersebut.

Larangan Puasa Sunat Hari Sabtu:

https://www.facebook.com/115287465289142/posts/1921014358049768/

Adapun berpuasa qada Ramadan pada hari Sabtu maka tiada masalah kerana ia puasa wajib.

——————-

Wabillah al-taufiq.

Idris bin Sulaiman
Kajang
11 Syawal 1443H /
12 Mei 2022

Similar Posts

  • | | |

    R.I.P. (REST IN PEACE)

    R.I.P. (REST IN PEACE) . Mendoakan buat orang kafir yang mati dalam keadaan syirik dan kufur adalah dilarang. . Sekiranya sabit bahawa seseorang musyrik, Yahudi, Nasrani atau selain mereka daripada kalangan penganut agama kafir mati dalam keadaan kafir tanpa dia bertaubat, maka dalam keadaan sedemikian kita DILARANG mendoakan pengampunan dan…

  • |

    JANGAN BACA DALIL SEKERAT-SEKERAT

    JANGAN BACA DALIL SEKERAT-SEKERAT #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 3 Jika anda menukil sebuah nas maka jangan dipotong-potong nas itu untuk anda berhujah dengan sebahagian maksud nas itu sahaja. Hendaklah sesebuah nas itu dilihat secara menyeluruh sebelum dibuat kesimpulan. Seperti mana jika hanya dilihat firman-Nya “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat” dan…

  • | | |

    SAMBUTAN NISFU SYAABAN

    Tidak ada sambutan Nisfu Syaaban dalam Islam. Kerana syariat tidak mengkhususkan sebarang amalan pada sebelah malam ataupun siang 15 Syaaban. Hadis-hadis mengenai fadilatnya semua lemah, malah sebahagiannya palsu. Demikian ditegaskan oleh Syeikh Bin Baz dalam fatwanya dan dijelaskan oleh al-Hafis Ibnu Rajab dalam kitabnya Lataif al-Maarif. https://binbaz.org.sa/articles/24/حكم-الاحتفال-بليلة-النصف-من-شعبان Kata Imam al-Syaukani:…

  • | |

    KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH

    KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH Ada yang mencadangkan jika suami susah kejutkan isteri bangun untuk solat Subuh maka boleh cuba memanggil isteri dengan nama perempuan lain. Tetapi perlu berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga. ———————— Hakikatnya cara sebegini tidak menepati as-Sunah. Sebaliknya suami boleh merenjis sedikit air ke muka isteri dengan lemah…