|

HARI RAYA JATUH PADA HARI JUMAAT

HARI RAYA JATUH PADA HARI JUMAAT

Mazhab Syafie menetapkan bahawa diberi kelonggaran buat penduduk pedalaman yang telah solat Hari Raya untuk tidak solat Jumaat pada hari tersebut.

Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa Mazhab Imam Ahmad menegaskan bahawa barang siapa telah solat Hari Raya maka gugurlah baginya kewajipan solat Jumaat, kecuali bagi imam; melainkan sekiranya jemaah tidak hadir untuk solat Jumaat.

Inilah pendapat yang benar dalam permasalahan ini bahawa barang siapa telah solat Hari Raya maka gugurlah baginya kewajipan solat Jumaat pada hari tersebut.

Hanya sahaja imam tetap perlu mendirikan solat Jumaat bagi membolehkan mereka yang hadir untuk melaksanakannya dan juga bagi mereka yang tidak solat Hari Raya.

Inilah ketetapan yang diambil daripada Rasulullah ﷺ dan para Sahabat. Tidak diketahui bahawa mereka berselisih dalam hal ini.

Sabda Nabi ﷺ:

قَدِ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ، فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ.

“Telah terhimpun bagi kamu pada hari ini dua perayaan. Barang siapa mahu maka ia (solat Hari Raya) sudah cukup baginya (dan tidak perlu solat Jumaat). (Tetapi) kami akan menghimpunkan (melakukan kedua-duanya)”.

Sahih. Riwayat Abu Daud

Kata Syeikh Bin Baz r.h.:

“Wajib atas imam dan khatib untuk mendirikan solat Jumaat dan hadir ke masjid bagi melaksanakannya untuk mereka yang hadir. Dan Nabi ﷺ mendirikannya pada Hari Raya; Baginda mengerjakan solat Hari Raya dan solat Jumaat. Tetapi bagi mereka yang telah hadir solat Hari Raya, dibolehkan untuk mereka meninggalkan solat Jumaat. Dan mereka hendaklah mengerjakan solat Zuhur di rumah secara bersendirian atau bersama orang lain sekiranya mereka pun telah hadir solat Hari Raya. Dan sekiranya dia solat Jumaat bersama orang-orang lain (di masjid) maka itu lebih afdal dan lebih sempurna. Tetapi sekiranya dia meninggalkan solat Jumaat kerana dia telah mendirikan solat Hari Raya maka itu tidak menjadi masalah. Cuma hendaklah dia menggantikannya dengan solat Zuhur lalu didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah”.

Sekian.

Idris bin Sulaiman
Kajang
9 Zulhijah 1441H / 30 Julai 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    NAIK LIF / ESKALATOR

    NAIK LIF / ESKALATOR Ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr hafizahullah berkata: “Sekiranya seseorang itu naik lif atau eskalator lalu dia membaca (doa menaiki kenderaan): سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين. (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu…

  • | | |

    PASANGAN YANG BUATKAN RAMBUT BERUBAN SEBELUM MASANYA

    Antara doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ ialah memohon perlindungan daripada lima golongan manusia iaitu: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنَهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يرْعَانِي إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى…

  • | |

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA Jawapan Lajnah Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi: “Tiada halangan, bahkan ia termasuk dalam adat-adat yang baik, untuk menggembirakan sesama saudara Muslim; tua dan muda. Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh Syariat yang murni.” Syeikh Abdul Aziz Bin Baz…

  • | | | |

    PUSAT PENGAJIAN SEMBAH KUBUR

    PUSAT PENGAJIAN SEMBAH KUBUR # Tarim, Hadhramaut, Yaman Awas jangan sampai anak-anak dihantar ke tempat-tempat seperti ini yang mengajar supaya pergi ke kubur tuan syeikh, guru dan kiyai kononnya bagi tujuan bertawassul dan meminta syafaat sedangkan realitinya merupakan perbuatan yang menjurus kepada kesyirikan kerana berdoa dan meminta daripada selain Allah…

  • |

    MARAH KERANA SOLAT

    MARAH KERANA SOLAT # Tanda hati sihat atau sakit Antara tanda kedudukan hati sihat atau sakit dapat dilihat berdasarkan reaksinya terhadap solat. Sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya ceria dan gembira manakala ketika mengerjakannya dia merasa tenang dan khusyuk maka ia tanda hati sihat. Berbeza pula sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya…