|

MENGHABISKAN MASA DENGAN BERITA TERKINI

MENGHABISKAN MASA DENGAN BERITA TERKINI

Saya fikir jika seseorang itu tidak banyak menghabiskan masanya melihat akhbar dan mengikuti setiap satu perkembangan yang dihidangkan kepadanya sama ada melalui media rasmi ataupun media sosial, sebaliknya dia memanfaatkan sisa waktunya untuk apa yang dapat menjana kebaikan buatnya di akhirat dengan membaca Al-Quran, menuntut ilmu atau membaca bahan-bahan ilmiah maka itu jauh lebih bagus.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

[Al-Quran,al-Asr; 103: 1-3]

Catatan:

Sebahagian ulama dahulu melarang jual beli televisyen kerana mudarat yang datang daripadanya, dan kini ia dianggap obsolete (usang) kerana rata-rata menggunakan telefon bimbit. Wallahul musta’an.

Idris bin Sulaiman
Kajang
8 Syawal 1442H /
20 Mei 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • | |

    SIJIL PROGRAM PENGAJIAN HADIS ULAMA MADINAH

    SIJIL PROGRAM PENGAJIAN HADIS ULAMA MADINAH Alhamdulillah, baru-baru ini telah selesai program pengajian hadis bersama Syeikh Abdul Razzaq al-Badr, ulama besar Madinah secara atas talian membahaskan beberapa buah tulisan karangan ulama seperti al-Kabair oleh az-Zahabi, Tahrim al-Qatl oleh al-Maqdisi dan al-Arba’in oleh an-Nawawi. Program ini telah berlangsung selama hampir setahun…

  • |

    TANDA BURUK SANGKA

    TANDA BURUK SANGKA Antara tanda-tanda buruk sangka seseorang terhadap orang lain ialah: Bersikap melampau; Banyak mengumpat; Banyak berbohong; Hasad dengki; Prihatin untuk ke hadapan. Barang siapa mempunyai tanda-tanda ini maka kritikannya terhadap lawannya boleh ditafsirkan bertujuan untuk menjatuhkan, membuka aib serta mencela; dan bukan nasihat. Justeru dia layak mendapat kehinaan….

  • |

    UCAPAN ‘INNALILLAH…’ SELEPAS KEMATIAN ORANG KAFIR / HAIWAN

    UCAPAN ‘INNALILLAH…’ SELEPAS KEMATIAN ORANG KAFIR / HAIWAN Syeikh Bin Baz dan Syeikh Al-Uthaimin rahimahumallah menjelaskan bahawa DIBOLEHKAN mengucapkan ISTIRJAA’ (ucapan: INNA LILLAH WA’INNA ILAIHI RAJI’UN) jika seseorang kafir itu meninggal dunia. Malah menurut Syeikh Uthaimin ia juga diharuskan buat seseorang yang kematian haiwan yang disayanginya, yang telah bermanfaat kepadanya….

  • |

    IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

    IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) Alhamdulillah setelah dipermudahkan urusan peperiksaan lisan (viva) yang berlangsung semalam pagi ini menerima pula surat perakuan lulus dan layak menerima ijazah kedoktoran dengan beberapa pembetulan. Segala puji bagi Allah ﷻ. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu dan memberi semangat sepanjang pengajian berlangsung, keluarga dan sahabat handai. Jasa…

  • |

    AGAMA HAWA NAFSU

    Hawa nafsu senantiasa mendorong manusia ke arah kejahatan. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan.” [Al-Quran, Yusuf, 12:53] Oleh itu, ada manusia yang terlalu tunduk kepada hawa nafsunya hingga dia taat memujanya dan menjadikannya sebagai sembahannya. Lalu apa yang buruk dilihat baik…