|

JANGAN JADIKAN ORANG MUNAFIK (APATAH LAGI ORANG KAFIR) SEBAGAI ORANG KEPERCAYAAN

JANGAN JADIKAN ORANG MUNAFIK (APATAH LAGI ORANG KAFIR) SEBAGAI ORANG KEPERCAYAAN

Firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَاعَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ

“Wahai ORANG-ORANG BERIMAN, janganlah kamu menjadikan teman kepercayaan kamu daripada kalangan ORANG-ORANG SELAIN KAMU (kerana) mereka tidak berhenti akan (menimbulkan) KEMUDARATAN bagi kamu. Mereka menyukai apa yang MENYUSAHKAN kamu. Telah nyata KEBENCIAN dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan dalam hati mereka adalah lebih besar.”

Surah Aali Imran, 118

Dalam ayat di atas, Allah SWT menegah ORANG-ORANG BERIMAN daripada menjadikan golongan MUNAFIK sebagai teman rapat, pendamping, rakat sekutu apatah lagi sebagai pemimpin; orang yang diberi kepercayaan dan amanah.

Ini kerana golongan MUNAFIK membenci ISLAM dan mahu menutup cahaya ISLAM. Mereka sentiasa mahu menimbulkan kemudaratan atas orang-orang ISLAM.

Dukacitanya, sebahagian ORANG-ORANG ISLAM mencintai golongan MUNAFIK ini. Mereka memuliakan golongan ini dan merasa kagum. Sedangkan realitinya, Allah berfirman:

“Kamu menyukai mereka, padahal mereka TIDAK MENYUKAI KAMU.”

(Surah Aali Imran, 119)

Malang segala malang, cinta sebahagian ORANG-ORANG ISLAM yang keliru ini tidak berbalas. Mereka mencintai golongan MUNAFIK sedangkan golongan MUNAFIK tidak mencintai mereka.

Malah golongan MUNAFIK ini membenci ORANG-ORANG ISLAM dan membenci ISLAM.

Bagi golongan MUNAFIK agama ISLAM agama kolot, mundur, tidak selari dengan zaman moden, tidak dipandang mulia dan tidak hebat. Sebaliknya orang-orang KAFIR BARAT lah orang-orang hebat lagi mulia. Merekalah penduduk NEGARA MAJU – kononnya.

Antara tanda ORANG MUNAFIK ialah tidak mempertahankan saudara MUSLIM apabila saudara MUSLIM itu DIANCAM oleh orang-orang KAFIR.

Sabda Nabi:

الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Seorang MUSLIM dengan seorang MUSLIM yang lain saling bersaudara. Dia tidak menzaliminya mahupun MENYERAHKANNYA (KEPADA MUSUH). Barang siapa memenuhi keperluan saudaranya nescaya Allah akan memenuhi keperluannya. Dan barang siapa menghilangkan penderitaan seorang MUSLIM nescaya Allah akan hilangkan buatnya satu daripada penderitaan-penderitaan pada Hari Kiamat. Dan sesiapa menutup aib saudara MUSLIM nescaya Allah akan menutup aibnya pada Hari Kiamat.”

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Adalah wajib atas setiap seorang MUSLIM membela saudara MUSLIM yang lain, dan tidak membiarkannya diapa-apakan oleh orang KAFIR.

Wajib atasnya mempertahankan saudara Muslimnya. Haram sekiranya dia MENYERAHKAN saudara Muslimnya kepada orang KAFIR, sedangkan orang-orang KAFIR lah orang-orang ZALIM (Surah Al-Baqarah, 254).

Kepada Allah jua kita meminta pertolongan dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Selepas Zohor
14 Zulhijjah 1440 / 15 Ogos 2019

Similar Posts

  • |

    PERSENDA AGAMA

    Mempersendakan agama serta memperolok-olokkan Muslim yang mengamalkan ajaran agama ialah antara pembatal agama. Ia merupakan sikap orang kafir dan munafik. Mereka yang mempersendakan agama dihukum murtad terkeluar daripada Islam. Ini kerana hal agama tidak boleh dijadikan sebagai gurauan dalam apa jua keadaan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡكُمۡ فِي…

  • |

    ISU PALESTIN & MASJIDIL AQSA

    ISU PALESTIN & MASJIDIL AQSA Tiada yang baharu tentangnya kerana Masjidil Aqsa masih dijajah oleh kafir. Sehingga kini tiada sesiapa yang mampu mengambil semula tanahnya dan memberinya kepada yang lain. Apa yang pasti Masjidil Aqsa adalah milik orang Islam dan ia telah dirampas daripada mereka. Semua kenyataan dan resoulusi mempertahankan…

  • |

    MANUSIA KELUAR DARI KUBUR SEPERTI BELALANG

    Keadaan manusia di akhirat nanti sangat dahsyat dan luar biasa. Masing-masing waktu itu merasa amat takut dan cemas dengan situasi yang dihadapinya serta kesudahan yang menantinya. Terdapat banyak nas Al-Quran dan hadis yang menjelaskan mengenainya. Antaranya, manusia digambarkan akan keluar dari kubur masing-masing seperti belalang yang bertebaran sebagaimana firman Allah…

  • |

    *SIAPA ITU MUSLIM YANG BENAR?*

    *SIAPA ITU MUSLIM YANG BENAR?* . Dalam isu pemerintahan. . Dia mengajak kepada ketaatan, bukan pemberontakan. . Dia menolak hizbiyyah perpecahan, bukan bersekongkol bersama. . Mengundi parti bukan kerana parti. . Dia mengundi parti pemerintah semata-mata untuk menjaga kesatuan dan keamanan. . Dia membenci kemungkaran pemerintah, dalam masa yang sama,…

  • |

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP?

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP? Saranan supaya merancang kehamilan sewajarnya dinilai mengikut ketetapan syariat dan bukan atas sebab material keduniaan semata-mata. Secara prinsipnya, syariat menggalakkan supaya seseorang itu memiliki ramai anak. Antaranya kerana anak akan menjadi sumber pahala jariah selepas mati di samping banyak kelebihan yang lain. Sabda Nabi: “Kahwinilah kamu…