|

SATIRA BUKAN JENAYAH?

SATIRA BUKAN JENAYAH?

# Satire Is Not A Crime?

Satira menurut kamus bermaksud mempersendakan atau menyindir orang lain.

Kedua-dua maksud ini menjurus kepada erti mengejek dan menghina.

Sejauh mana hal ini dibenarkan?

Tindak-tanduk seorang Muslim seharusnya bukan sekadar terbatas kepada apa yang dibenarkan oleh undang-undang manusia sebaliknya apa yang lebih utama dan penting ialah dia patuh kepada ketetapan syariat.

Agama Islam melarang perbuatan mengejek dan menghina sesama Muslim.

Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sebahagian kamu (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan sebahagian yang lain, (kerana) barangkali pihak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sebahagian daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan sebahagian daripada perempuan yang lain, (kerana) barangkali pihak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

[Surah al-Hujurat; 49:11]

Allah ﷻ dalam ayat di atas melarang perbuatan merendah-rendahkan orang lain serta memberi gelaran buruk kepada mereka. Perbuatan sedemikian akan menjadikan orangnya fasik di mana jika dia tidak bertaubat daripadanya maka dia akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang zalim.

Dengan kata lain, ia merupakan dosa besar.

Kerana itu Nabi ﷺ bersabda:

بِحَسْبُ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ ‌يَحْقِرَ ‌أَخَاهُ الْمُسْلِمَ.

“Cukuplah kejahatan seseorang itu sekiranya dia memperendah-rendahkan saudara Muslimnya.”

[Hadis sahih. Riwayat Muslim]

Nabi ﷺ dalam hadis di atas menjelasakan betapa beratnya perbuatan merendah-rendahkan saudara Muslim yang lain dan bahawasanya keburukannya sudah cukup besar sekalipun jika pelakunya tidak mempunyai keburukan yang lain (sedangkan realitinya manusia tidak pernah lekang daripada pelbagai perbuatan buruk).

Dalam hadis lain Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، ‌لَا ‌يُلْقِي ‌لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ.

“Sesungguhnya seseorang hamba itu barangkali mengucapkan suatu perkataan yang dimurkai Allah tanpa dia mempedulikannya lalu kesudahannya dia dihumbankan ke dalam api neraka jahanam kerananya.”

Bagaimana pula sekiranya seseorang itu menghasilkan lukisan grafik yang secara terang-terangan mengejek dan menghina Muslim yang lain lalu dia cuba menjustifikasikannya atas alasan bahawa ia bukanlah jenayah dan seumpamanya?

Jelas perbuatannya itu lebih berat kerana ia menunjukkan kedegilan dan kesombongan orangnya.

Barangkali dia terlepas daripada undang-undang manusia tetapi apa yang pasti malaikat mencatatkannya dan di akhirat nanti dia akan menerima balasannya yang setimpal.

Justeru perlu ditegaskan bahawa mengejek dan menghina Muslim yang lain adalah jenayah di sisi Allah ﷻ.

Catatan:

Amnesty International: Ada Muslim yang mahu mencari perlindungan dengan kafir.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Ramadan 1442H /
28 April 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ZUHUD

    – Pengertian zuhud – Rusuhan bola sepak Muslim dianjurkan supaya berzuhud dengan dunia. Sabda Nabi ﷺ: ازهَدْ في الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وازهَدْ فِيمَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ. “Berzuhudlah di dunia nescaya engkau akan dicintai Allah dan berzuhudlah daripada apa yang dimiliki oleh manusia nescaya mereka akan mencintaimu.” [Hasan. Riwayat Ibnu…

  • |

    ALLAHYARHAM USTAZ RASUL DAHRI

    Ramai terkejut mendapat khabar duka petang semalam. Allahyarham Ustaz Rasul bin Dahri, guru yang banyak berjasa lebih tiga dekad, tokoh pejuang al-Sunah yang gigih menyampaikan dakwah Salaf al-Soleh di Malaysia sudah pergi menghadap Ilahi. Sudah beberapa tahun beliau kurang sihat tetapi tiada sesiapa menyangka bahawa beliau akan pergi begitu cepat…

  • |

    NORMA BAHARU COVID-19:

    NORMA BAHARU COVID-19: ADA YANG MAHU MENJADI TUHAN / KITA JAGA KITA Sebahagian manusia tidak mengambil kira kuasa Tuhan lalu mereka bersangka-sangka tentang masa hadapan dan menakut-nakutkan orang ramai dengan berkata “Penyakit ini akan terus kekal dan tidak akan hilang”. Kelompok ini sama ada sedang merancang sesuatu, berbicara tentang apa…

  • |

    MALAYSĪAKĪNĪ

    MALAYSĪAKĪNĪ Ada apa dengan Malaysiakini sehingga diberi sokongan oleh kedutaan asing seperti Kedutan Amerȉka Syarȉkat? Malaysȋakȋnȋ didenda Mahkamah Persekutuan: Malaysiakini didenda RM500,000 hina mahkamah Sokongan kedutaan asing kepada Malaysȋakȋnȋ: https://www.facebook.com/72081519846/posts/10158969472469847/ Campur tangan kuasa asing dalam urusan negara perlu ditolak sekeras-kerasnya. Ini bukan sahaja melibatkan kebebasan badan-badan kehakiman malah menyentuh kehormatan…