|

ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL

ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL

Sumber-sumber menunjukkan bahawa kebelakangan ini adegan-adegan lucah homoseksual semakin agresif ditayangkan dalam filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen bersiri dari Barat.

Masyarakat perlu sedar bahawa rancangan-rancangan ini bukan untuk hiburan semata-mata, sebaliknya ia merupakan satu bentuk indoktrinasi secara halus.

Strategi indoktrinasi ini telah berjaya di Barat dan kini sedang digunakan ke atas negara-negara Islam yang dilihat menjadi benteng akhir penghalang kepada gerakan LGBT.

Strategi ini dilihat sangat berkesan di Barat kerana hanya dalam tempoh 20 tahun mereka dapat mengubah masyarakat negara-negara Kristian yang pada asalnya sangat konservatif berpegang kepada adat budaya tetapi kini menerima dengan penuh keterbukaan segala aspek ideologi LGBT.

Kini, bukan sahaja perkahwinan sejenis dibenarkan (di Amerika pada tahun 2015), malah sebarang kritikan terhadap LGBT akan mengundang tindak balas brutal bertubi-tubi.

Kesudahannya jangan terkejut melihat rata-rata individu ternama dunia, tokoh politik, personaliti terkenal daripada kalangan pelakon, penyanyi, ahli sukan atau syarikat gergasi dunia kini menjadi pro-LGBT.

Mana-mana pihak yang tidak sehaluan akan dikritik dan dipulaukan sepenuhnya sehingga terlingkup.

Berikut strategi indoktrinasi LGBT yang digariskan dalam buku ‘After The Ball: How America Will Conquer Its Fear & Hatred of Gays in the 90’s’ dengan sedikit penyesuaian untuk negara-negara Islam:

1. Bahaskan topik LGBT secara kerap dan terbuka.

Filem dan rancangan televisyen merupakan medium paling berkesan.

2. Paparkan golongan LGBT sebagai golongan tertindas.

3. Berikan kelompok yang mempertahankan LGBT justifikasi.

Contohnya atas alasan prinsip kemanusiaan, menegakkan keadilan, hak kebebasan dan kesamarataan.

4. Bersetuju bahawa LGBT mungkin haram tetapi ….

Mereka dilahirkan begitu dan tidak memilih cara hidup yang sedemikian, sebaliknya ia telah bermula sejak kecil dan seumpamanya.

5. Memburuk-burukkan golongan anti-LGBT sebagai ekstrem, tiada toleransi dan minda kolot dan tertutup.

6. Mulakan langkah-langkah pembaharuan undang-undang sedikit demi sedikit supaya menerima LGBT.

Langkah-langkah reformasi undang-undang supaya mesra LGBT:

– Hapuskan hudud;

– Tidak lagi menganggap tingkah laku homoseksual sebagai jenayah;

– Membenarkan tempat-tempat eksklusif LGBT

(kelab malam / pub gay);

– Mewujudkan status perlindungan undang-undang;

– Membenarkan perkahwinan sejenis;

– Mewujudkan undang-undang ‘Hate Speech’

(akta hasutan melindungi golongan LGBT);

– Mewajibkan pembelajaran tentang LGBT;

– Mewujudkan tandas dan kata ganti nama neutral jantina;

– Hak-hak penukaran jantina bagi ibu bapa / anak;

– Menghapuskan saki-baki sekatan undang-undang ke atas golongan LGBT.

Justeru, masyarakat terutamanya ibu bapa perlu berwaspada dengan filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen dari Barat. Usah lalai dan bersikap naif.

Ini merupakan sebahagian daripada agenda tersusun untuk merosakkan masyarakat dan anak-anak muda secara khasnya.

Kesudahannya masyarakat yang runtuh akhlaknya, lalai leka, seronok bergelumang dengan hiburan akan LEBIH MUDAH DITAWAN dan DIJAJAH sesudah mereka menggadaikan akal minda mereka untuk menerima ideologi jijik dan kotor ini.

Artikel-artikel berkenaan:

Isu LGBT:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214545565304709&id=1588241794

‘Menormalisasikan’ Budaya Kafir Barat:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211501783452065&id=1588241794

Dilahirkan Minat Sesama Jenis?:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212069083994224&id=1588241794

Daripada Allah jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
4 Zulhijah 1441H / 26 Julai 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    BERPENAT-PENAT DAHULU

    Sejauh mana seseorang itu bersungguh-sungguh dan bersusah-payah mengharungi kesulitan sebanyak itu jugalah dia mengecapi kegembiraan dan rasa senang. Ini kerana tidak ada kesenangan bagi sesiapa yang tidak mengharungi kesusahan, dan tidak ada kenikmatan bagi sesiapa yang tidak sabar menanggung susah payah. Demikian tidak ada kerehatan bagi mereka yang tidak menempuhi…

  • |

    CAKAP SEDIKIT

    Kata Imam al-Auzaie: “Orang beriman bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak tetapi beramal sedikit.” [al-Zahabi, al-Siyar, 7/125] Dr. Idris bin SulaimanGotong royong Ramadan12 Syaaban 1444H05 Mac 2023

  • |

    DUNIA IBARAT PULAU

    DUNIA IBARAT PULAU Sekumpulan manusia menaiki kapal yang berlayar di lautan sebelum singgah di sebuah pulau. Kapten kapalnya mengizinkan para penumpangnya turun untuk membuang hajat tetapi dia mengingatkan mereka supaya jangan terlalu lama kerana kapal akan belayar semula dalam sedikit masa. Mereka yang lambat akan ditinggalkan. Para penumpang kapal itu…

  • |

    GELARAN NAMA ABU

    Gelaran ‘Abu’ pada pangkal nama seseorang disebut kun’yah dalam bahasa Arab. Amalan ini sudah bermula sejak awal pada zaman Rasulullah ﷺ. Kun’yah Nabi ﷺ ialah Abu al-Qasim. Ramai mungkin tidak tahu bahawa nama Abu Bakar al-Siddiq ialah kun’yah beliau sedangkan nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Demikian sahabat bernama…

  • |

    Terang-terang ditulis untuk individu. Sudah tentunya yang belum berkahwin

    KONDOM PERCUMA: GALAKAN UNTUK BERZINA . . . Cubaan untuk merosakkan anak-anak muda. . . . Wajar bagi masyarakat Islam dalam Negara peka dengan muslihat dan tipu daya yang direncanakan oleh musuh-musuh Agama dan Umat. . . . Jangan sesekali mengira bahawa mereka akan berterus terang menyatakan hasrat dan perancangan…