|

IBNU HAZM MEMBOLEHKAN HOMOSEKSUAL??!

IBNU HAZM MEMBOLEHKAN HOMOSEKSUAL??!

Ini PEMBOHONGAN dahsyat mengatasnamakan Ulama besar semisal Ibnu Hazm Adz-Dzahiri rahimahullah (wafat 456H)

Beliau secara jelas mengatakan:

“Perbuatan KAUM LUT termasuk perbuatan DOSA BESAR, perkara keji yang HARAM seperti (makan) daging khinzir, bangkai, darah, arak, zina dan sekelian maksiat.

Barangsiapa menghalalkannya atau menghalalkan mana-mana daripada apa yang telah kami katakan maka dia KAFIR, MUSYRIK; halal darah dan harta.

Tinggal lagi ulama berbeza pendapat tentang hukuman ke atas pelakunya… ” tamat.

Lalu beliau menyebutkan perbezaan para ulama tentang hukuman atas pelaku LIWAT.

Rujukan: Al-Muhalla, 13/211

Jelas Ibnu Hazm rahimahullah MENGHARAMKAN perbuatan terkutuk LIWAT dan HOMOSEKSUAL seperti mana SEMUA PARA ULAMA.

Tiada seorang pun ulama muktabar yang mengharuskannya.

Wallahul musta’an.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman –

Klik SHARE.

[ Admin ]

Similar Posts

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…

  • |

    ALLAHYARHAM USTAZ RASUL DAHRI

    Ramai terkejut mendapat khabar duka petang semalam. Allahyarham Ustaz Rasul bin Dahri, guru yang banyak berjasa lebih tiga dekad, tokoh pejuang al-Sunah yang gigih menyampaikan dakwah Salaf al-Soleh di Malaysia sudah pergi menghadap Ilahi. Sudah beberapa tahun beliau kurang sihat tetapi tiada sesiapa menyangka bahawa beliau akan pergi begitu cepat…

  • |

    SIMBOL MENYALAHI AJARAN ISLAM

    Simbol V for Vendetta (Guy Fawkes) melambangkan penentangan terhadap pemerintah. Dalam Islam, melawan pemerintah Muslim adalah dilarang, walaupun mereka zalim, kecuali jika berlaku kufur yang nyata. Islam menolak jalan revolusi dan huru-hara kerana membawa kerosakan yang lebih besar, sebaliknya mengajar supaya bersabar, nasihat secara hikmah, serta menjaga keamanan dan kesatuan…

  • |

    FIKIRAN SIMPLISTIK

    FIKIRAN SIMPLISTIK Orang yang berfikiran simplistik akan melihat sekelilingnya dengan cara yang terlalu mudah. Mengubah sesuatu dengan cara kompleks boleh mengganggu cara fikirnya. Ya Allah, kurniakan buat kami ilmu yang bermanfaat serta amalan yang soleh. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Safar 1441H / 16 Oktober 2019 Pagi yang cerah

  • |

    ORANG PALING KUAT

    Orang yang paling kuat ialah orang yang bertawakal sepenuhnya kepada Allah ﷻ. Kata sebahagian ulama Salaf: “Barang siapa mahu jadi orang paling kuat maka hendaklah dia bertawakal kepada Allah.” [Zad al-Ma’ad, Ibnu al-Qayyim, 2/364] Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ “Kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah…

  • |

    RUMAH PELACURAN: NAS AL-QURAN & HADIS VS KENYATAAN ARTIS

    Rumah pelacuran perlu ada, elak kes rogol – artis. Firman Allah “Jangan kamu dekati zina” (17:32) Sabda Nabi “Di antara tanda Hari Kiamat: Ilmu diangkat manakala kejahilan, minuman arak dan zina berleluasa” (Bukhari). Keampunanmu, ya Allah. Dr. Idris bin SulaimanKajang29 Jamadilakhir 1445H11 Januari 2024