|

HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’

HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’

Rata-rata mungkin sudah tahu tentang kempen ‘jangan guna straw & plastik’ kerana ia menyumbang ke arah pencemaran alam dan sebagainya.

Sedikit sebanyak ia menimbulkan kesulitan dan kepayahan kepada pengguna.

Tetapi dalam masa yang sama, di sesetengah tempat pelanggan masih boleh meminta ‘straw’ jika mereka mahu. Dengan kata lain, ia tidak akan diberi kecuali jika diminta oleh pelanggan.

Di pasar raya pula, plastik tidak lagi akan diberi secara percuma seperti dahulu, tetapi jika pelanggan mahu mereka boleh membelinya dengan harga RM0.20 setiap satu.

Jika diamati, perkara ini sepatutnya mengerutkan dahi kita semua…

Mengapa ‘straw’ halus dan kecil itu yang diharamkan? Mengapa hanya ‘plastik bungkusan’??

Apakah kedua-dua produk ini yang menjadi punca utama pencemaran alam??? Bagaimana pula dengan bahan-bahan plastik lain yang lebih besar seperti ‘tupperware’, botol-botol air dalam pelbagai saiz, pinggan mangkuk, baldi dan segala bahan plastik lain, yang sebahagiannya juga termasuk dalam kategori ‘pakai dan buang’!!??

Pendekatan apakah ini yang sedang diaplikasikan? Yang kecil diharamkan, yang besar dibiarkan…

Kemudian jika ia benar-benar diharamkan, mengapakah ia masih boleh dibeli?? Haram diberi percuma, tetapi halal jika dibeli.

Muslihat apakah yang sedang dilakukan ke atas pengguna dan masyarakat?

Apakah ini sekadar satu usah untuk mengalih perhatian – ‘diversion’?

Saya khuatir masyarakat sedang diperbodohkan dengan hal-hal remeh berbanding isu-isu penting yang menyentuh kemaslahatan Umat Islam dan masyarakat sejagat.

Idris bin Sulaiman
Kajang
17.11.1440 / 20.07.2019

Similar Posts

  • |

    AMBILLAH PENGAJARAN

    AMBILLAH PENGAJARAN # Agamawan berideologi Ikhwani 1. Matlamat tidak menghalalkan cara Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam… Ini semua HARAM. KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN. Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA. 2. Apa…

  • |

    PENDAKWA ILMU MAHDI & DAJAL

    Barang siapa mendakwa tahu perkara ghaib maka dia jatuh kufur menurut ijmak kesepakatan ulama Islam. Tidak kira sama ada dia menggelar dirinya bomoh, dukun, pawang, tukang tilik, tukang ramal, ahli sihir, pempengaruh, ustaz, syeikh dan sebagainya. Kerana tiada sesiapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Firman Allah ﷻ: قُل لَّا…

  • |

    BATASAN TOLERANSI

    – Bagimu agamamu dan bagiku agamaku Sikap terbuka dan berlapang dada menerima perbezaan secara umum sememangnya baik dan dianjurkan. Sekalipun demikian ia ada batasannya seperti mana dalam banyak perkara anjuran yang lain. Muslim tidak boleh bertoleransi dan berkompromi dalam hal-hal yang haram. Kerana firman Allah ﷻ: وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ…

  • |

    MAKAN GUNA SUDU

    Makan guna sudu hukumnya harus tetapi jangan sampai rasa bangga menganggapnya lebih bagus, ‘beretika’ dan ‘bersih’ berbanding makan guna tangan. Perlu ditegaskan bahawa makan guna tangan termasuk dalam sunah Nabi ﷺ. Kata Kaab bin Malik: رَأَيْتُ رسولَ اللَّه ﷺ يَأْكُلُ بِثلاثِ أَصابِعَ فَإِذا فَرغَ لَعِقَها. “Aku melihat Rasulullah ﷺ makan…

  • |

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA Jawapan Lajnah Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi: “Tiada halangan, bahkan ia termasuk dalam adat-adat yang baik, untuk menggembirakan sesama saudara Muslim; tua dan muda. Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh Syariat yang murni.” Syeikh Abdul Aziz Bin Baz…

  • | |

    USTAZ: TAHLIL BUKAN BIDAAH BAHKAN ADA ASALNYA DALAM AGAMA!

    – Cara, cara & cara pelaksanaan – Ustaz menokok tambah lafaz hadis Demikian menurut seorang ustaz yang cuba mempertahankan amalan tahlil yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat. Ucapan ‘lailahaillallah’ dalam tahlil sememangnya bagus, disyariatkan dan adalah sebaik-baik zikir sebagaimana sabda Nabi ﷺ. Tetapi apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah…