|

YAHUDI TIDAK AKAN KEKAL DI PALESTIN

Kata Syeikh al-Albani
(meningal 1999):

“Orang-orang Yahudi tidak akan kekal di Palestin. Ini bukan optimis tetapi berdasarkan kefahaman daripada banyak hadis yang menunjukkan sedemikian.”

[Rakaman Audio
Silsilah al-Huda Wa al-Nur,
no. 633]

Sabda Nabi ﷺ:

لَا ‌تَقُومُ ‌السَّاعَةُ ‌حَتَّى ‌يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يختبئ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ وَالشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ من شجر الْيَهُود “.

“Tidak akan berlaku kiamat melainkan setelah orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi dan membunuh mereka. Sehinggakan seseorang Yahudi itu akan bersembunyi di belakang batu dan pokok lalu batu dan pokok itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakang aku ada orang Yahudi. Ayuh, ke mari dan bunuhlah dia. Kecuali pokok ghargad kerana ia merupakan pokok orang-orang Yahudi.”

[Sahih Muslim, no. 5414]

Dalam hadis lain, Nabi ﷺ bersabda:

يَتْبَعُ ‌الدَّجَّالَ مِنْ يَهُودِ ‌أَصْبَهَانَ، سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمُ الطَّيَالِسَةُ.

“Dajal akan diikuti oleh orang-orang Yahudi Isfahan. Tujuh puluh ribu orang yang memakai kain selendang.”

[Sahih Muslim, no. 2944]

Hadis pertama di atas menjelaskan tentang perang besar kaum Muslimin melawan orang-orang Yahudi di Palestin, berhampiran Baitulmuqaddis manakala hadis kedua pula menjelaskan bahawa antara pengikut-pengikut Dajal ialah orang-orang Yahudi Isfahan.

Menariknya, Isfahan ialah nama bandar di sebelah timur Iran, negara pusat Syiah hari ini.

Secara tidak langsung ia menunjukkan kaitan antara Dajal, Yahudi dan orang-orang Syiah serta kesepakatan mereka dalam memerangi kaum Muslimin.

Tambah menarik, Dajal dan pengikut-pengikutnya daripada kalangan orang-orang Yahudi akan datang dari arah timur, Isfahan, Iran menuju ke Baitulmuqaddis, Palestin untuk berdepan dengan Nabi Isa, Imam Mahdi dan kaum Muslimin yang bertahan di situ lalu akhirnya Dajal dibunuh oleh Nabi Isa di sebuah tempat bernama Ludd, Palestin.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

يَنْزِلُ عيسى ابنُ مَريَم عندَ المنار البَيْضاءِ بشرقيِّ دِمشقَ، فيُدرِكُهُ عندَ ‌بابِ ‌لُدٍّ، ‌فيَقْتُلُهُ.

“Nabi Isa akan turun berhampiran menara putih di sebelah timur kota Damsyik. Dia kemudian akan memburu Dajal dan menemukannya di Bab Lud sebelum membunuhnya.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud, no. 4321]

Dengan kata lain, perang kaum Muslimin menentang Yahudi dalam hadis-hadis di atas akan berlaku ketika mana tanah suci Baitulmuqaddis, Palestin tidak lagi dikuasai oleh orang-orang Yahudi, sebaliknya mereka akan datang bersama Dajal dari bandar Isfahan, Iran.

CATATAN:

Syiah Iran, Hizbullah Lubnan dan Houthi Yaman merancang dan berkomplot manakala Yahudi melaksanakan pembantaian mangsa-mangsanya iaitu orang-orang awam Muslim Sunni Palestin yang tidak berdosa.

Awas tipu muslihat Yahudi Syiah ke atas orang-orang Islam Sunni.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Rabiulakhir 1445H
02 November 2023

Similar Posts

  • |

    AMBILLAH PENGAJARAN

    AMBILLAH PENGAJARAN # Agamawan berideologi Ikhwani 1. Matlamat tidak menghalalkan cara Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam… Ini semua HARAM. KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN. Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA. 2. Apa…

  • |

    MUSLIM KELIRU

    – ‘Kesetiaan dan Berlepas Diri’ – Warganet ‘miskin simpati’? Atas dasar kalimah syahadah ‘lailahaillallah’ lahirlah prinsip ‘Kesetiaan dan Berlepas Diri’ yang dituntut atas setiap Muslim. Prinsip ini juga disebut sebagai Wala’ dan Bara’. Setiap Muslim wajib menzahirkan kesetiaannya kepada orang-orang beriman, mencintai dan menyokong mereka (Wala’). Dalam masa yang sama,…

  • |

    HATI YANG BAIK

    Sekiranya lembaran-lembaran Al-Quran tidak akan disentuh kecuali oleh mereka yang suci maka demikian jugalah makna-makna Al-Quran tidak akan difahami kecuali oleh jiwa-jiwa yang murni. Dan sekiranya malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing maka demikian jugalah dengan makna-makna yang disukai oleh malaikat tidak akan menusuk masuk ke…

  • |

    DUNIA IBARAT PULAU

    DUNIA IBARAT PULAU Sekumpulan manusia menaiki kapal yang berlayar di lautan sebelum singgah di sebuah pulau. Kapten kapalnya mengizinkan para penumpangnya turun untuk membuang hajat tetapi dia mengingatkan mereka supaya jangan terlalu lama kerana kapal akan belayar semula dalam sedikit masa. Mereka yang lambat akan ditinggalkan. Para penumpang kapal itu…

  • |

    UCAPAN KUFUR: ANAK-ANAK TAK MINTA DILAHIRKAN

    “Anak-anak tak minta dilahirkan. Ibu dan ayahlah yang memilih untuk melahirkan mereka. Jadi jangan nak ungkit tentang penat lelah mengandung dan sakit payah melahirkan.” Demikian kenyataan tular di media sosial daripada sebahagian pihak yang meluahkan perasaan tentang masalah keluarga yang dihadapi. Perlu ditegaskan bahawa perkataan sebegini tidak wajar kerana bertentangan…

  • |

    BAHANA RIBA

    Segelintir masih mempertahankannya dengan istilah-istilah berbunyi Islamik. Sedangkan Allah ﷻ memerangi pemakan riba. Firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡب مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ. “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut)…