|

LIMA RUKUN BERSYUKUR

LIMA RUKUN BERSYUKUR

Terdapat lima rukun bagi mensyukuri sesuatu nikmat yang ALLAH ﷻ berikan kepada kita.

PERTAMA:

Memperakui nikmat itu.

KEDUA:

Memperakui ALLAH ﷻ sebagai pemberi nikmat itu.

KETIGA:

Memperakui individu yang menjadi sebab musabab sampainya nikmat itu kepada kita.

KEEMPAT:

Menggunakan nikmat itu pada jalan yang diredai ALLAH ﷻ.

KELIMA:

Menceritakan tentang nikmat itu kepada orang lain sekiranya aman daripada keburukan dan hasad.

Manusia sering alpa terhadap banyak nikmat yang ALLAH ﷻ berikan kepada mereka.

Antara nikmat yang sering dilalaikan ialah kesihatan dan masa lapang.

Barangkali seseorang itu sihat tubuh badannya tetapi dia tidak memanfaatkan kesihatannya itu dalam apa yang diredai ALLAH ﷻ.

Demikian barangkali seseorang itu mempunyai masa lapang tetapi dia tidak memanfaatkannya dalam hal-hal ketaatan kepada ALLAH ﷻ dan keredaanNya. Sebaliknya dia memilih untuk menghabiskan masanya dalam hal-hal lagha dan sia-sia di dunia dan akhirat.

Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Rabiulakhir 1443H /
23 November 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    KAMI MELIHAT ENGKAU DARIPADA KALANGAN ORANG-ORANG YANG BAIK

    Demikian apa diucapkan kepada Nabi Yusuf – alaihissalam. Sebaik dua kali ia diucapkan kepadanya “Kami melihat engkau daripada kalangan orang-orang yang baik.” Dalam ayat 36 dan ayat 78, surah Yusuf. Kali pertama diucapkan kepadanya semasa beliau dalam penjara manakala kali kedua semasa di istana! Dua keadaan yang jauh berbeza; di…

  • |

    KEBIJAKSANAAN

    Kebijaksanaan ialah: “Melakukan apa yang sepatutnya, mengikut cara yang sepatutnya serta pada waktu yang sepatutnya.” [Ibnu al-Qayyim, Madarij al-Salikin] Ibnu Uthaimin menambah: “Dan di tempat yang sepatutnya.” [Syarah al-Aqidah al-Saffariniyyah] Firman Allah ﷻ: ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ. “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan.” [Al-Quran, al-Nahl, 16: 125] Kata…

  • |

    SYUKUR ATAS NIKMAT KEAMANAN & KETENTERAMAN

    SYUKUR ATAS NIKMAT KEAMANAN & KETENTERAMAN Rusuhan besar-besaran dan huru-hara yang kita saksikan berlaku di negara Barat menuntut supaya kita bersyukur atas pelbagai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita terutamanya nikmat keamanan dan ketenteraman. Kebebasan dan hak tanpa batas kesudahannya hanya membawa kemusnahan. Slogan-slogan yang menjerat diri. Status negara maju…

  • | |

    PENUNTUT ILMU

    PENUNTUT ILMU Terdapat tiga tahap penuntut ilmu iaitu mereka yang: 1. Hafal dan faham; 2. Faham tanpa hafal; dan 3. Hafal tanpa faham. Kedudukan tahap-tahap ini adalah sama mengikut turutan di atas. Firman Allah ﷻ: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman serta orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama daripada kalangan…

  • |

    RACUN DOSA

    Dosa umpama racun. Sekiranya ia tidak membinasakan maka paling tidak ia akan melemahkan orangnya. Dan jika orangnya sudah jadi lemah maka dia tidak akan dapat melawan penyakit-penyakit yang datang. Berkata ulama besar Abdullah bin Mubarak (wafat 181H): رَأيْتُ الذُّنُوبَ تُمِيتُ القُلُوبِ، وَقَدْ يُورِثُ الذُّلَّ إدْمَانُهَا، وَتَرْكُ الذُّنُوبِ حَيَاةُ القُلُوبِ. “Aku…

  • | | | |

    TEGAHAN MEMBUAT BINAAN ATAS KUBUR

    Tidak ada sebarang bentuk binaan atas kubur pada zaman Sahabat Nabi ﷺ dan generasi awal Islam dahulu. Sebaliknya binaan-binaan atas kubur hanya diada-adakan kemudian pada zaman Kerajaan Buwaihiyyah, Syiah sekitar kurun keempat Hijrah. Para ulama sepakat akan larangan membuat binaan atas kubur. Kata Imam al-Syaukani: اعْلَمْ أنَّه قَدْ اتَّفَقَ النَّاسُ،…