| |

ISTILAH WAHABI & SYIAH BERPISAH TIADA

ISTILAH WAHABI & SYIAH BERPISAH TIADA

Berbeza pendapat sesama saudara Muslim, sesama Ahli Sunah satu perkara.

Tetapi jangan pula sampai bersekongkol
dengan SYIAH menggelar saudara Muslim – Wahabi.

Bagi SYIAH, seseorang Muslim itu sama ada dia SYIAH atau ‘Nasibi’ – Wahabi.

Bagi mereka, “Anda sama ada bersama kami atau LAWAN kami.”

Lihat sahaja apa yang berlaku di Iraq, Syria dan Yaman. Umat Islam (Sunni) di sana saban hari DIBUNUH dan DISEMBELIH oleh SYIAH tanpa diskriminasi.

Asalkan Sunni, anda dan keluarga anda akan DIBUNUH.

Anda Hanafi? Maliki? Syafii? Hanbali – Wahabi??

SEMUANYA SAMA BAGI MEREKA!

Pendek kata, bagi mereka anda sama ada SYIAH atau Nasibi – Sunni – Wahabi.

Masih tak percaya?? Tunjukkan di mana masjid Sunni di IRAN.

Berikan walaupun SATU sahaja – jika ada – masjid Sunni di TEHRAN, IRAN. Tak kira sama ada jemaahnya Hanafi, Maliki, Syafii atau Hanbali – Wahabi..

Jawapannya TIADA.

TIDAK ADA walau SATU pun masjid Sunni di sana!

Malah, surau Sunni (bukan masjid) yang terakhir telah dirobohkan beberapa tahun lepas!!

Anda masih rasa aman dengan Syiah???

Sejarah 1400 tahun lalu telah menunjukkan bahawa golongan SYIAH adalah MUSUH DALAM SELIMUT bagi Umat Islam.

Usah LEKA dan jangan TERPEDAYA.

Orang yang TIDAK BELAJAR daripada SEJARAH berkemungkinan besar akan mengulangi kesilapan lalu.

Justeru, sedar atau tidak, menggelar sesama ahli Sunah sebagai Wahabi bererti anda BERSEKONGKOL dengan SYIAH memecahbelahkan Umat Islam.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Di pagi yang cerah.
21 Zulkaedah 1440 / 24 Julai 2019

أهل السنة في طهران: عيد بلا مساجد لإقامة الصلاة – https://www.qposts.com/أهل-السنة-في-طهران-عيد-بلا-مساجد-لإقامة/

Terjemahan:
Ahli Sunah di Tehran – Hari Raya tanpa masjid untuk mendirikan solat

Similar Posts

  • | |

    PENTING MENJAUHI SYIRIK

    PENTING MENJAUHI SYIRIK Kata Imam an-Nawawi: “Tidak akan kekal dalam api neraka orang yang mati atas tauhid. Ini merupakan kaedah yang disepakati oleh Ahli Sunah.” [Syarah Sahih Muslim 1/28] Pentingnya faham hakikat erti tauhid dan menjauhi segala bentuk syirik. Idris bin Sulaiman Kajang 12 Jamadilakhir 1443H / 15 Januari 2022

  • | |

    INDAHNYA ISLAM

    INDAHNYA ISLAM # Keutamaan Tauhid # Bahaya syirik # Wajibnya birrul walidain Kedua-dua mereka mendesak secara bersungguh-sungguh supaya dinafikan hak ALLAH ﷻ sedangkan ALLAH ﷻ memerintahkan supaya mereka tetap dilayan dengan sebaik-baiknya. Firman ALLAH ﷻ: وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي…

  • | |

    BANDAR SUCI MASHHAD, IRAN??

    Tanah Suci Islam hanya tiga: Sejak bila pula ditambah tanah suci baharu di Mashhad, Iran? Jelasnya ini termasuk dalam diayah sesat Syiah yang bertentangan dengan Islam. Padahal ajaran sesat Syiah sudah sekian lama diharamkan di tanah air Malaysia dan sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah dan lain yang bertentangan…

  • AKIDAH AL-MATURIDI?

    Di sesetengah tempat terdapat khatib yang berdoa: “Ya Allah, kukuhkanlah akidah umat seperti dirumuskan oleh Imam al-Asy’ari dan al-Maturidi.” Sebenarnya, banyak aspek yang boleh dibahaskan berkaitan perkara ini. Namun, persoalan yang ingin dilontarkan di sini ialah tentang akidah al-Maturidi. Akidah al-Asya’irah mungkin sudah diketahui umum, tetapi apakah yang dimaksudkan dengan…

  • | |

    HATI-HATI AL-QURAN SYIAH IRAN

    HATI-HATI AL-QURAN SYIAH IRAN PERINGATAN! Ada usaha sebahagian pihak mengedarkan naskhah Al-Quran terbitan Syiah Iran yang menyerupai naskhah terbitan Pusat Cetakan Al-Quran Raja Fahad di Madinah An-Nabawiyyah yang dikhuatiri mengandungi kesalahan dan penyelewengan. Diharap masyarakat awam berhati-hati dengan penyebaran Al-Quran terbitan ini. Barakallahu fikum. (Gambar dikongsi melalui whatsapp) Klik SHARE….

  • |

    USTAZ DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH!

    – Dakwaan jumpa Nabi secara jaga – Berbohong atas nama Nabi ﷺ Tular di media sosial seorang ustaz yang sebelum ini banyak mengemukakan dakwaan-dakwaan melampau seperti mengatakan bahawa Nabi Adam telah turun di Gunung Jerai (Kedah) dan ramai Sahabat Nabi ﷺ yang datang ke Tanah Melayu termasuklah Sayidina Uthman bin…