|

(2) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBAWA PEMIKIRAN EKSTREM

(2) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBAWA PEMIKIRAN EKSTREM

Kata UMK ““Di situ (Arab Saudi) tempat akan berlaku jahiliah!”

Tambah beliau lagi “Engkau akan dengar lagi tentang (bagaimana) Islam dan para pendakwah diperangi di negara Arab Saudi!”

Ini susulan kritikan beliau terhadap Arab Saudi yang baru-baru ini mengeluarkan arahan menghadkan penggunaan pembesar suara di luar masjid supaya ia digunakan hanya untuk azan dan iqamat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222486815671005&id=1588241794

Kritikan beliau ini menerima sambutan baik daripada sebahagian nitizen tanah air.

Malah seorang nitizen menambah “Arab Saudi bukan negara Islam!…. Berhala sudah (dibawa) masuk (ke dalam) bumi suci!”

Hakikatnya perkembangan ini merunsingkan.

Apa yang dapat disimpulkan daripada kenyataan-kenyataan di atas ialah bahawa bibit-bibit pemikiran ekstrem sehingga membawa kepada ideologi takfir sedang tersebar dalam kalangan masyarakat. Hal ini sepatutnya menggusarkan kita semua kerana ia menyentuh soal akidah dan soal keamanan di samping hubungan baik antara negara-negara Islam.

Kita tidak mahu pergolakan dan kerosakan yang berterusan berlaku di negara-negara Arab pada hari ini seperti di Iraq, Yaman dan Syria berjangkit ke negara kita.

Harus kita tahu bahawa pergolakan yang berlaku di sana adalah disebabkan oleh pertembungan ideologi serta pemikiran ekstrem sebahagian masyarakat di sana.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211278659754112&id=1588241794

Katakan tidak kepada ideologi takfir Ikhwan Muslimin.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211481702870063&id=1588241794

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Dhul Qaidah 1442H /
17 Jun 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ULAMA TAK BERSUARA?

    Antara fitnah akhir zaman serta kekacauan dan kecelaruan yang menimpa atas umat Islam ialah ketika mana timbulnya golongan awam dan jahil yang mengedepankan diri mereka dengan pandangan dan saranan buat seantero masyarakat. Golongan ini memberi pendapat dan komen malah mungkin sampai berfatwa secara melulu dan membuta sedangkan mereka tidak pernah…

  • |

    HIDUPKAN SUNAH MATIKAN BIDAAH (2)

    Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ: فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ. “Sesungguhnya barang siapa daripada…

  • |

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA Jawapan Lajnah Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi: “Tiada halangan, bahkan ia termasuk dalam adat-adat yang baik, untuk menggembirakan sesama saudara Muslim; tua dan muda. Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh Syariat yang murni.” Syeikh Abdul Aziz Bin Baz…

  • |

    ANAK-BERANAK YANG BERIMAN AKAN TINGGAL DALAM SYURGA YANG SAMA

    Suami, isteri dan anak-anak yang beriman akan ditempatkan dalam syurga yang sama walaupun barangkali pada asalnya tingkatan syurga mereka berbeza. Mereka yang berada dalam tingkatan syurga di bawah akan dinaikan ke dalam syurga di atas supaya dapat bersama dengan ahli keluarga mereka yang lain. Firman Allah ﷻ: وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ…

  • |

    AMBILLAH PENGAJARAN

    AMBILLAH PENGAJARAN # Agamawan berideologi Ikhwani 1. Matlamat tidak menghalalkan cara Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam… Ini semua HARAM. KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN. Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA. 2. Apa…

  • |

    ARAB SAUDI BENARKAN JUALAN ARAK?

    Sejak dua menjak ini timbul desas-desas di medsos bahawa negara Arab Saudi akan membenarkan jualan minuman beralkohol. Sejauh mana benar atau tidak, wallahuaklam. Hanya sahaja dikhuatiri desas-desus ini psyop untuk memburukkan negara berkenaan oleh anasir-anasir Syiah dan Ikhwan yang sangat benci negara berkenaan. Kerana apa yang pasti, negara tercinta ini…