|

ISLAM BUKAN AGAMA IKUT PEGANGAN MAJORITI

Muslim disuruh ikut perintah Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ.

Firman Allah ﷻ:

وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَٱحۡذَرُواْۚ فَإِن تَوَلَّيۡتُمۡ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ

“Dan taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul, dan awaslah, sesungguhnya jika kalian berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan dengan jelas nyata.”

[Al-Quran, al-Maaidah, 5:92]

Sabda Rasulullah ﷺ:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللهِ وُسنَّةُ رَسُولُهِ

“Aku tinggalkan buat kalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Sunah RasulNya,”

[Hadis Hasan. Riwayat Imam Malik]

Justeru dalam apa jua perselisihan, Muslim bukan disuruh supaya melihat dan mengambil pendirian majoriti, sebaliknya disuruh supaya mengembalikan perselisihan tersebut kepada Al-Quran dan al-Sunah.

Firman Allah ﷻ:

فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ

“Jika kalian berselisihan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kalian mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunah) RasulNya.”

[Al-Quran, al-Nisa, 4:59]

Allah jua pemberi taufik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Jamadilakhir 1446H
31 Disember 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    SABAR

    Seorang Muslim perlu sabar menghadapi musibah. Sabar adalah wajib sehinggalah musibah yang melanda itu hilang dan diangkat oleh Allah ﷻ. Justeru perlu dielakkan perkataan-perkataan seperti berikut: Firman Allah ﷻ: وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ “Bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” [al-Quran, al-Anfal, 8:46] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • |

    KEDUDUKAN HADIS SEBAGAI HUJAH

    Hadis menjadi hujah dengan sendirinya. Hadis sahih tidak perlu kepada sokongan daripada pendapat mana-mana ulama atau mazhab untuk diamalkan. Malah pendapat ulama dan mazhab itulah yang perlu kepada sokongan dalil daripada Al-Quran dan hadis. Kata Imam al-Syafie: وَيَجِبُ أنْ يُقْبَلَ الخَبَرُ فِي الوَقْتِ الَّذِي ثَبَتَ فِيهِ وَإنْ لمَ يَمْضَ عَمَلٌ…

  • |

    AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA JANGAN KONTRADIK

    Umum mengetahui bahawa agama Islam bersifat syumul dan sempurna. Berdasarkan firman Allah: ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ. “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian.” [Al-Quran, al-Ma’idah, 5:30] Pihak di sebelah sana mengakui akan hal ini. Berdegar-degar kedengaran mereka berkata “Agama Islam sudah sempurna!” Ironinya, mereka kemudiannya membuat tokok-tambah,…

  • | |

    HADIS SAHIH SYÍAĤ

    HADIS SAHIH SYÍAĤ Berbeza dengan Ahli Sunah, golongan Syĩaħ mempunyai kaedah mereka yang tersendiri bagi menentukan sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak. Syĩaħ membahagikan hadis kepada sahih, dipercayai (muwath’thaq), lemah (daif) serta tertolak (mardud) atau palsu (makdhub). Bagi Syĩaħ hadis sahih ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul…

  • |

    JIHAD PERANG: SATU RENUNGAN

    Semasa peringkat dakwah di Mekah, jihad perang tidak disyariatkan kerana kaum Muslimin lemah waktu itu. Oleh itu, Nabi ﷺ mengarahkan supaya para Sahabat sabar menahan diri dalam menghadapi kezaliman dan penindasan musuh walaupun sampai ada nyawa tidak berdosa dibunuh. [Sahih Bukhari, no. 5858] Mencabar musuh yang lebih kuat menyalahi syariat…