|

(1) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBURUK-BURUKKAN ARAB SAUDI

(1) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBURUK-BURUKKAN ARAB SAUDI

# UMK Membuat tuduhan liar

# Keliru tentang isu menghadkan penggunaan pembesar suara masjid

# Arab Saudi tempat akan berlaku jahiliah?

Banyak tuduhan-tuduhan beliau terhadap Arab Saudi bersifat melampau dan melulu.

Beliau mengambil rujukan daripada laporan akhbar BBC (syarikat penyiaran British) tentang isu Arab Saudi menghadkan penggunaan pembesar suara di luar masjid supaya ia digunakan hanya untuk azan dan iqamat lalu beliau memberi komentar yang mengelirukan kerana gagal memahami isu sebenar.

Beliau menimbulkan persepsi seolah-olah azan tidak lagi dibenarkan dilaungkan secara kuat di Arab Saudi termasuklah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kerana para ulama di sana sudah rosak dan telah menjual agama mereka. Banyak lagi tuduhan-tuduhan jelek beliau.

Sebagai bukti pembohongan beliau, berikut adalah laungan azan Subuh di Masjidil Haram, Mekah dan di Masjid Nabawi, Madinah pada hari ini, Selasa, 16 Jun 2021:

https://www.youtube.com/watch?v=Z4n4agiYsp8

https://www.youtube.com/watch?v=tSXVf-GPKAc

Baru-baru ini Kementerian Agama di Arab Saudi mengarahkan supaya dihadkan penggunaan pembesar suara di luar masjid untuk azan dan iqamat sahaja.

https://www.moia.gov.sa/MediaCenter/News/Pages/11101442_2.aspx

Untuk makluman, negeri Selangor telah lama mendahului Arab Saudi dalam penetapan ini. Arahan DYMM Sultan Selangor – semoga Allah terus memelihara Baginda – menyatakan “Penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah di seluruh Negeri Selangor hendaklah dihadkan di dalam bangunan masjid dan surau sahaja dan tidak di luar kawasan masjid dan surau KECUALI untuk laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Larangan ini adalah bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.”

https://www.facebook.com/selangorroyaloffice/posts/279118002581387

Walau bagaimanapun, paling mengejutkan UMK berkata “Di situ (Arab Saudi) tempat akan berlaku jahiliah!”.

Kenyataan ini mirip apa yang dikatakan oleh Said Qutub, tokoh Ikhwan Muslimin dan pembawa ideologi takfir dari Mesir yang berkata:

البشرية عادت إلى الجاهلية، وارتدّت عن لا إله إلا الله.

– في ظلال القرآن، 2/1057

“Manusia telah kembali ke zaman jahiliah dan telah murtad daripada lailahaillallah.”

Sedar atau tidak, ini merupakan ucapan takfir ke atas sesama saudara Muslim.

Hakikatnya daripada rakaman ini, UMK telah menyingkap topeng sebenar beliau sebagai Ikhwani pembenci Arab Saudi yang sanggup melemparkan bermacam-macam tuduhan dan persepsi buruk terhadap Arab Saudi gara-gara kebencian beliau terhadap negara berkenaan, lebih-lebih lagi setelah ulama besar di sana mengeluarkan fatwa yang menyesatkan kumpulan Ikhwan Muslimin ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221060143085082&id=1588241794

Rakaman penuh UMK memburuk-burukkan Arab Saudi:

https://fb.watch/6aEwJRA66c/

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
05 Dhul Qaidah 1442H /
16 Jun 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    AJARAN TUAN GURU

    – Selawat Masyisyiah – Ustaz keturunan Nabi ﷺ Dalam sebuah video tular seorang yang dikatakan daripada keturunan Nabi ﷺ yang baru-baru ini datang ke Malaysia, kelihatan beliau mengajarkan bacaan selawat yang dinamakannya ‘Selawat Masyisyiah’. Kata beliau “Ada sebahagian ulama yang mengatakan bahawa termasuk selawat yang dapat sangat mendekatkan kepada Sayyidina…

  • |

    AGAMA HAWA NAFSU

    Hawa nafsu senantiasa mendorong manusia ke arah kejahatan. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan.” [Al-Quran, Yusuf, 12:53] Oleh itu, ada manusia yang terlalu tunduk kepada hawa nafsunya hingga dia taat memujanya dan menjadikannya sebagai sembahannya. Lalu apa yang buruk dilihat baik…

  • |

    MEMPERKECILKAN DOSA

    – Jangan dilihat kecilnya dosa tetapi lihatlah Maha BesarNya Tuhan Memperkecilkan dosa menunjukkan rasa kurang takut kepada Allah ﷻ. Ia merupakan antara sifat orang fasik dan munafik. Ini berbeza dengan orang Mukmin yang takut berdosa dan melihat sekecil-kecil dosanya sebagai sesuatu yang besar. Ia menunjukkan kesempurnaan rasa takutnya kepada Allah…

  • |

    SUNAH RASULULLAH DIDAHULUKAN ATAS PENDAPAT LAIN

    Kata Imam al-Syafie: ‌أَجْمَعَ ‌الْمُسْلِمُونَ عَلَى أَنَّ مَنْ اسْتَبَانَتْ لَهُ سُنَّةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ لَهُ أَنْ يَدَعَهَا لِقَوْلِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ. “Umat Islam telah sepakat bahawa barang siapa sudah terjelas baginya Sunah Rasulullah ﷺ maka dia tidak boleh meninggalkannya kerana mengambil pendapat orang lain.” [I’lam…

  • |

    RIBA SEBAB KENAIKAN HARGA BARANG

    Ramai mungkin mengeluh tentang kenaikan harga barang semasa. Harga rumah, harga kereta, barang keperluan harian dan sebagainya. Sedar atau tidak ia kesan daripada riba yang diamalkan hampir dalam semua sektor ekonomi. Sedangkan Allah ﷻ telah mengingatkan tentang perkara ini dalam firmanNya ﷻ: يَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰاْ وَيُرۡبِي ٱلصَّدَقَٰتِ “Allah susutkan (kebaikan…

  • |

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2 Hampir sahaja keadaan negara pada hari ini seperti yang disabdakan oleh Nabi salllalahu alaihi wasallam, يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ إِلَى قَصْعَتِهِمْ. قَالَ: قِيلَ: مِنْ قِلَّةٍ؟ قَالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ…