|

AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA JANGAN KONTRADIK

Umum mengetahui bahawa agama Islam bersifat syumul dan sempurna.

Berdasarkan firman Allah:

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ.

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian.”

[Al-Quran, al-Ma’idah, 5:30]

Pihak di sebelah sana mengakui akan hal ini.

Berdegar-degar kedengaran mereka berkata “Agama Islam sudah sempurna!”

Ironinya, mereka kemudiannya membuat tokok-tambah, mereka-reka amalan ibadah yang Nabi ﷺ dan para Sahabat tidak pernah ajarkan atau lakukan, lalu berkata “Inikan baik, apa salahnya?”

Sedangkan tindakan itu jelas kontradik dengan pengakuan mereka sendiri.

Daripada Allah juga kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
22 Jamadilawal 1447H
13 November 2025
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    HUKUM BOIKOT BARANGAN ORANG KAFIR

    Ada dua keadaan: Keadaan Pertama:Jika Diarah oleh Pemerintah Jika pemerintah sesebuah negara Islam memerintahkan supaya barangan tertentu atau barangan negara-negara tertentu diboikot maka rakyat negara tersebut wajib mentaati arahan itu. Selari dengan firman Allah ﷻ: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah…

  • |

    JANGAN MARAH

    # Menahan diri ketika marah Marah merupakan antara bentuk hasutan syaitan yang boleh menimbulkan banyak keburukan dan mudarat. Kerana itu terdapat banyak nas menjelaskan cara-cara untuk mengatasi penyakit ini serta mengurangkan kesan-kesan buruknya. Akhirnya, seseorang yang dapat mengawal dirinya ketika marah merupakan insan yang hebat dan berjaya. Ini berbeza dengan…

  • |

    SYAITAN SURUH CERAI

    Peningkatan trend perceraian bagi pasangan Islam saban tahun dilihat semakin membimbangkan. Demikian laporan akhbar baru-baru ini berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dalam membicarakan soal talak cerai, Nabi ﷺ bersabda: إِنَّ ‌إِبْلِيسَ ‌يَضَعُ ‌عَرْشَهُ ‌عَلَى ‌المَاء ثمَّ يبْعَث سراياه فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلَتُ كَذَا وَكَذَا…

  • |

    KETURUNAN NABI ﷺ

    – Cara betul menilai seseorang Baru-baru ini ada yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran dakwaan yang mengatakan bahawa individu dalam gambar yang dilampirkan merupakan keturunan Rasulullah ﷺ daripada susur jalur zuriat Syeikh Abdul Qodir al-Jailani (ulama mazhab Hanbali, wafat 561H). Saya berpandangan bahawa memastikan kebenaran dakwaan ini tidak penting kerana…

  • |

    PERISTIWA ISRAK MIKRAJ: KEMUSYKILAN & PERSOALAN BUAT ASYAIRAH

    Dalam hadis Peristiwa Israk Mikraj yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi ﷺ bersabda: فَفَرَضَ اللهُ عَلَى أُمَّتِي خَمْسِينَ صَلَاةً، فَرَجَعْتُ بِذَلِكَ، حَتَّى مَرَرْتُ عَلَى مُوسَى، فَقَالَ: مَا فَرَضَ اللهُ لَكَ عَلَى أُمَّتِكَ؟ قُلْتُ: فَرَضَ خَمْسِينَ صَلَاةً، قَالَ: فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ، فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا تُطِيقُ ذَلِكَ، فَرَاجَعَنِي فَوَضَعَ شَطْرَهَا، فَرَجَعْتُ إِلَى…