Red hexagon connects to majority structure of others

Takkan majoriti orang semua salah

Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran.

Kebenaran ialah apa yang menepati dalil Al-Quran dan hadis sahih tanpa mengira berapa ramai yang menerimanya atau menolaknya.

Hanya kerana sesuatu pendapat itu diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu; sedikit atau ramai maka ia bukan dalil yang menunjukkan kebenarannya atau kebatilannya.

Maka setiap pendapat perlu kepada dalil yang menyokongnya dan kenyataan seseorang itu bukanlah dalil melainkan sabda Nabi ﷺ.

Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Rejab 1442H /
03 Februari 2022

Similar Posts

  • |

    USTAZ WUHAN

    USTAZ WUHAN Tersebutlah cerita ceramah di sebuah masjid … Seorang penceramah berkata: “Tuan-tuan…Coronavirus dah disebut dalam al-Quran dan hadis semenjak 1400 tahun yang lepas…Allah telah pun memberi peringatan dan amarannya…” Lalu dia membaca firman Allah: وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ … وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ “Dan kami ingatkan manusia… wahnan ‘ala wahn” (Luqman, 31:…

  • |

    TERAPI AL-FATIHAH?

    – Hidupkan al-Sunah – Jauhi tokok tambah – ‘Doa Perlindungan Anak’ Ada ustazah menyarankan ‘Terapi al-Fatihah’ buat anak sebelum ke sekolah iaitu dengan cara menyapu muka anak dan memeluknya dengan membaca al-Fatihah. Hasil terapi ini menurut ustazah itu wajah anak akan berseri dan gembira ke sekolah di samping mendapat perlindungan…

  • |

    EVOLUSI CAPAL

    Mutakhir ini terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan simbol capal pada kopiah mereka sebagai cara menzahirkan rasa cinta kepada Nabi ﷺ. Walhal perlu ditegaskan bahawa simbol capal ini tiada asasnya dalam ajaran Islam sama sekali. Menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ bukan dengan bersimbol-simbol sebaliknya dengan beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sepenuhnya…

  • | |

    WALI ALLAH?

    Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia. Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai. Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat…

  • | |

    Tiga Peringkat Akidah Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari Menurut Ibnu Kathir

    Kata Imam Ibnu Kathir: Syeikh Abu al-Hasan al-Asy’ari telah melalui tiga keadaan: Keadaan pertama: Keadaan beliau berpegang dengan akidah Muktazilah, yang kemudiannya beliau tinggalkan. Keadaan kedua: Menetapkan tujuh sifat akliah (akal), iaitu hayat (kehidupan), ilmu, qudrah (kekuasaan), iradah (kehendak), sama’ (pendengaran), basar (penglihatan) dan kalam (percakapan). Beliau mentakwilkan sifat-sifat khabariah…

  • DALIL YANG BUKAN DALIL

    – Zawq, kasyaf, ilham, mimpi, majoriti, al-Sawad al-A’zam, jumhur ulama, khilaf Umat Islam sejak dahulu sepakat mengatakan bahawa sumber dalil agama ialah Al-Quran dan as-Sunah. Tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perbahasan hal-hal agama khususnya di media sosial akan mendapati bahawa kini telah muncul pelbagai bentuk dalil lain yang dijadikan sebagai…