Different
|

HADIS SEMUA BIDAAH SESAT

– Faedah & pengajaran
– Bidaah hasanah

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, katanya:

Rasulullah ﷺ apabila berkhutbah, kedua-dua matanya memerah, suaranya meninggi, tampak sekali kemarahan baginda sehingga seakan-akan baginda sedang memberi peringatan kepada sebuah pasukan tentera dengan berkata ‘Musuh akan datang menyerang kalian pada waktu pagi atau pada waktu petang nanti’.

Baginda ﷺ kemudian bersabda:

فَإِنَّ ‌خَيْرَ ‌الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ.

“Sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara ialah apa yang diada-adakan dan setiap bidaah sesat.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

FAEDAH & PENGAJARAN

Hadis di atas antara lain menggambarkan bagaimana Nabi ﷺ menyampaikan khutbahnya iaitu dengan suara yang lantang lagi kuat sehingga kedua-dua mata baginda ﷻ jadi merah dan kelihatan baginda ﷺ dalam keadaan marah.

(Barangkali ini yang kurang dalam khutbah-khutbah Jumaat yang disampaikan pada hari ini yang menyebabkan tidak kurang daripada hadirin yang lena semasa khutbah disampaikan)

Baginda ﷺ seolah-olah sedang berbicara dengan sebuah pasukan tentera dan memberi amaran kepada mereka tentang musuh yang tidak lama lagi akan datang menyerang.

(Masakan ada yang akan mengantuk jika komandan tentera memberitahu tentang musuh yang semakin hampir menyerang)

Dengan nada yang begitu serius Nabi ﷺ mengingatkan para sahabat tentang peri pentingnya berpegang kepada kedua-dua Al-Quran dan al-Sunah, dan bahawasanya ia sebaik-baik petunjuk dan pedoman bagi Muslim.

Ternyata sejurus selepas itu baginda ﷺ memberi amaran akan bahaya perkara-perkara baharu yang diada-adakan serta direka-reka dan ditokok-tambah dalam agama.

Nabi ﷺ secara tegas dan jelas menekankan bahawa setiap bidaah adalah sesat.

Wajar diperhatikan di sini bahawa perkara ini tidak hanya disebut sekali malahan ditegaskan oleh Nabi ﷺ berkali-kali, dan bukan dalam pertemuan-pertemuan biasa tetapi sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat saban minggu.

Dengan kata lain, sabda Nabi ﷺ bahawa ‘setiap bidaah sesat’ ditegaskan dengan cara:

1. Kedua-dua mata baginda ﷺ memerah;

2. Suara meninggi;

3. Dalam keadaan marah;

4. Seolah-olah baginda ﷺ sedang berbicara dengan sebuah pasukan tentera;

5. Seolah-olah baginda ﷺ sedang memberi ingatan tentang musuh yang semakin hampir menyerang;

6. Bukan sekali atau dua tetapi berulang-ulang kali;

7. Dalam khutbah Jumaat yang dihadiri oleh sekalian para sahabat / kaum Muslimin.

KESIMPULAN

Renung sejenak, adakah sabdanya bahawa ‘setiap bidaah sesat’ yang ditegaskan dengan cara yang sebegini rupa wajar dinafikan dengan pandangan yang menyatakan bahawa ‘bukan semua bidaah sesat’?

Apa yang pasti, tiada sama sekali dalil sahih yang menyokong pandangan ini malahan petunjuk-petunjuk yang ada dalam cara-cara di atas menafikannya.

——————-

Sanggahan Dalil-Dalil Bidaah Hasanah:

BIDAAH HASANAH

——————-

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
11 Safar 1444H
08 September 2022

Similar Posts

  • |

    HUBUNGAN HAMAS-IRAN

    Pemimpin Hãmãs, Ismail Haniyeh, menjelaskan bahawa perang antara Hãmãs dan Israel antara lain bertujuan untuk melemahkan Israel dan mengalihkan perhatiannya. Ia bagi mengelakkan pertembungan langsung antara Israel dan Iran, kata beliau. (Lihat video di lampiran) Dalam perkembangan lain, jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Ramadan Syarif mendedahkan bahawa Taufan al-Aqsa yang dilancarkan…

  • |

    DR. YOUSUF AL-QARADAWI

    https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/pfbid0DuZkU6Fd24eb9vFjoiVP3SuymeSNGYE1dRP9mcEd1edEQQVnKAxJtz2bKrJJzFv1l Dr. Yousuf al-Qaradawi (DYQ) sudah lebih setahun meninggal dunia. Ramai orang waktu beliau meninggal dunia termasuk para asatizah dan ilmuan mengucapkan takziah dan ada yang sampai mengadakan solat jenazah ghaib. Tidak kurang yang memuji dan mengangkat beliau sebagai seorang sarjana hebat, menggelar beliau al-Allamah (tokoh ulama besar) serta menobatkan…

  • |

    MELAMPAU DALAM AGAMA

    MELAMPAU DALAM AGAMA # Ghuluw menghormati guru & orang soleh Banyak penyimpangan dan kesesatan yang timbul dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam akibat sikap melampau dan berlebih-lebihan dengan guru dan orang soleh. Sikap melampau ini membuatkan mereka mengagung-agungkan individu-individu tertentu seperti Ali, al-Husain dan al-Badawi di Mesir, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani…

  • |

    BAHANA RIBA

    Segelintir masih mempertahankannya dengan istilah-istilah berbunyi Islamik. Sedangkan Allah ﷻ memerangi pemakan riba. Firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡب مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ. “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut)…

  • |

    LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH?

    LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH? # Qias dengan bayi yang baru lahir Sekalipun terdapat pandangan yang mengharuskan supaya dilaungkan azan buat jenazah yang baru diturunkan ke dalam kubur atas alasan mengqiaskannya dengan bayi yang baru lahir tetapi sebetulnya amalan ini tidak disyariatkan. Ini kerana ibadah yang bersifat Ta’abbudi iaitu ibadah yang…