|

TANDA ALLAH SAYANG

Rata-rata manusia mengimpikan kehidupan yang mewah dan senang kerana beranggapan bahawa ia adalah baik dan bagus.

Adapun hidup yang dihimpit kesusahan dan keperitan maka ia dilihat sebagai sesuatu yang buruk dan tidak baik.

Hakikatnya, pandangan sebegini tidak tepat.

Ini kerana dunia bagi Muslim bukanlah syurga yang dipenuhi kesenangan dan kemewahan bahkan boleh jadi ia adalah sebaliknya.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

‌الدُّنْيَا ‌سِجْنُ المؤمنِ وجنَّةُ الكافرِ

“Dunia ialah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Justeru lumrah sekiranya Muslim berdepan dengan pelbagai pancaroba kesusahan dan keperitan di dunia untuk dia mengharunginya dengan kesabaran.

Kesusahan dan keperitan itu akan menjadi asbab dia memperoleh pahala yang banyak serta kafarah dihapuskan dosa-dosanya.

Semua itu adalah baik buat Muslim.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ تَعَالَى بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ ‌عَجَّلَ ‌لَهُ ‌الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَافِيَهُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Jika Allah menginginkan kebaikan buat hambaNya maka Dia akan segerakan hukumannya di dunia. Dan jika Allah menginginkan keburukan buat hambaNya maka Dia akan tangguhkan balasan atas dosanya ke Hari Kiamat.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Di samping menjelaskan keadaan orang-orang beriman, hadis di atas turut menjelaskan keadaan bagi orang-orang kafir.

Barangkali kehidupan dunia mereka dikelilingi kemewahan dan kesenangan tetapi itu bukan petanda baik bagi mereka.

Kerana ia menjadi asbab dosa-dosa mereka terus bertambah sehingga di akhirat mereka mendapat balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ غَٰفِلًا عَمَّا يَعۡمَلُ ٱلظَّٰلِمُونَۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمۡ لِيَوۡمٖ تَشۡخَصُ فِيهِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ

“Dan janganlah engkau menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim (kafir); sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka (pada Hari Kiamat).”

[Al-Quran, Ibrahim, 14:42]

Dalam ayat lain, Allah ﷻ berfirman:

لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ مَتَٰعٞ قَلِيلٞ ثُمَّ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ

“Jangan sekali-kali engkau terpedaya dengan usaha orang-orang kafir di negeri (yang membawa keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit lalu tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3: 196-197]

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang jika diberi kesenangan mereka bersyukur dan jika mendapat kesusahan mereka bersabar.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Safar 1445H
30 Ogos 2023

Similar Posts

  • |

    *SIAPA ITU MUSLIM YANG BENAR?*

    *SIAPA ITU MUSLIM YANG BENAR?* . Dalam isu pemerintahan. . Dia mengajak kepada ketaatan, bukan pemberontakan. . Dia menolak hizbiyyah perpecahan, bukan bersekongkol bersama. . Mengundi parti bukan kerana parti. . Dia mengundi parti pemerintah semata-mata untuk menjaga kesatuan dan keamanan. . Dia membenci kemungkaran pemerintah, dalam masa yang sama,…

  • |

    Akaun Media Sosial Rasmi

    HEBAHAN Boleh like, follow dan subscribe akaun-akaun Ustaz Idris Sulaiman – hafizahullah – di bawah: youtube.com/@dridrissulaiman instagram.com/dridrissulaiman tiktok.com/@dridrissulaiman Untuk mengikuti video-video dakwah terbaru yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Semoga usaha ini diberkati Allah ﷻ . Barakallahufikum. ADMIN

  • |

    SYEIKH NASIRUDDIN AL-ALBANI

    – Kebenaran ialah apa yang diakui lawan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah (1914 – 1999) merupakan antara tokoh yang tidak asing, berasal dari Albania dan berhijrah ke Syria sebelum menetap di Jordan. Beliau mendapat pujian dan pengiktirafan daripada banyak pihak; kawan dan lawan. Antaranya ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa…

  • |

    MENGKRITIK & MENGUTUK NEGARA TANAH SUCI

    Ada pihak-pihak di media sosial yang mengkritik dan mengutuk secara terbuka negara Tanah Suci, Arab Saudi dengan dakwaan bahawa ia tidak lagi mengikut hukum syariat dan kini sudah semakin liberal. Tidak dinafikan negara itu ada kelemahan dan kesalahan. Tetapi harus difikirkan apakah maslahat di sebalik kritikan terbuka sebegini? Adakah ia…

  • |

    Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan hafizahullah: “Hari datang silih berganti manakala umur hayat terus berkurang. Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu sedangkan apa yang akan datang tidak diketahui. Sebaliknya apa yang ada ialah waktu yang engkau berada padanya.” Justeru jangan dilepaskan peluang yang ada di tangan. Dr. Idris bin SulaimanKajang05…