|

BERSABAR, DIUJI ATAU MEMPEROLEH KEJAYAAN: MANA AFDAL?

Ujian ialah persiapan Mukmin untuk memperoleh kejayaan di dunia.

Dikatakan bahawa Imam al-Syafie ditanya tentang yang mana afdal; sama ada bersabar, diuji atau memperoleh kejayaan? Beliau berkata “Mendapat kejayaan merupakan darjat para nabi, sedangkan kejayaan itu tidak diperoleh melainkan sesudah diuji. Jika diuji maka hendaklah bersabar, dan jika seseorang itu bersabar maka itulah resepi kejayaan.”

Dengan kata lain, untuk berjaya maka seseorang itu akan diuji sedangkan untuk diuji seseorang itu perlu bersabar.

Maka sabar ialah tangga kejayaan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Ramadan 1444H
26 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    MENGAPA EKONOMI ORANG KAFIR MAJU MAKMUR?

    Secara prinsipnya perlu ditegaskan bahawa apa jua ketetapan Allah ﷻ tidak boleh dipersoalkan oleh manusia (Al-Quran, 21:23). Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa segala nikmat yang Allah ﷻ berikan kepada orang-orang kafir dengan ditangguhkan hukuman seksa ke atas mereka maka ia adalah ISTIDRAJ buat mereka. ISTIDRAJ ialah kelebihan dan kenikmatan…

  • |

    AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA JANGAN KONTRADIK

    Umum mengetahui bahawa agama Islam bersifat syumul dan sempurna. Berdasarkan firman Allah: ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ. “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian.” [Al-Quran, al-Ma’idah, 5:30] Pihak di sebelah sana mengakui akan hal ini. Berdegar-degar kedengaran mereka berkata “Agama Islam sudah sempurna!” Ironinya, mereka kemudiannya membuat tokok-tambah,…

  • |

    TIGA SEBAB KEBENARAN DITOLAK

    Kata Syeikh Ibnu Uthaimin: “Tiga sebab kebenaran ditolak; kedangkalan, kelalaian dan niat buruk.” Kedangkalan yakni kecetekan pemahaman; kejahilan. Kelalaian yakni cuai; tidak bersungguh-sungguh mencari kebenaran. Niat buruk maksudnya tidak jujur mencari kebenaran, taasub dan mengikut hawa nafsu. [Syarah al-Kafiah al-Syafiah, 2/108] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin…

  • |

    SABAR

    Seorang Muslim perlu sabar menghadapi musibah. Sabar adalah wajib sehinggalah musibah yang melanda itu hilang dan diangkat oleh Allah ﷻ. Justeru perlu dielakkan perkataan-perkataan seperti berikut: Firman Allah ﷻ: وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ “Bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” [al-Quran, al-Anfal, 8:46] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….