Man's hand holds lens with coronavirus title on it against background with world map of infection
|

USTAZ WUHAN

USTAZ WUHAN

Tersebutlah cerita ceramah di sebuah masjid …

Seorang penceramah berkata:

“Tuan-tuan…Coronavirus dah disebut dalam al-Quran dan hadis semenjak 1400 tahun yang lepas…Allah telah pun memberi peringatan dan amarannya…”

Lalu dia membaca firman Allah:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ … وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ

“Dan kami ingatkan manusia… wahnan ‘ala wahn” (Luqman, 31: 14)

“Wahnan itu Wuhan tuan-tuan. Allah dah sebut.”

“Lihat lagi dalam Al-Quran” dia menyambung.

Lalu dia membaca firman Allah:

ثُمَّ أَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قُرُونًا آخَرِينَ

“Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka Qurunan akharin.” (Mukminun, 23:42)

“Qurunan itu Corona lah tuan-tuan… Allah dah kata dia akan menciptakannya” kata sang ustaz.

“Dalam hadis pun sudah disebut tuan-tuan…” dengan penuh yakin dia berkata.

Lalu dia membaca sabda Nabi:

وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ

“Lalu Allah akan campakkan dalam diri kamu al-Wahn” (Riwayat Abu Daud. Sahih)

Dengan nada suara tinggi dia berkata:

“al-Wahn itu Wuhan di China lah tuan-tuan!!”

Kesudahannya dia berkata:

“Jadi macam mana kita nak minta perlindungan Allah? Mari saya ajarkan doanya.”

Kemudian dia membacakan doa (doa musafir):

اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا

“Ya Allah, hawwin ‘alaina” (Riwayat Abu Daud. Sahih)

Salah seorang hadirin berkata dalam dirinya:

“Hawwin?? Oh, Wuhan.”

Begitulah kisah mengarut yang disampaikan oleh seorang sahabat saya AH, dengan sedikit olahan daripada saya.

PENGAJARAN

Ilmu ini melibatkan soal-soal Agama, maka lihatlah daripada siapa kita mengambil Agama kita. Elakkan diri daripada penglipur lara – penglipur lara para penunggang Agama.

Gambar lampiran:

Bukti Coronavirus telah pun diceritakan dalam buku Muqaddam kanak-kanak. (tepuk dahi)

Idris bin Sulaiman
Kajang
Mengharapkan keberkatan hari Jumaat dengan berselawat, berdoa dan solat Jumaat
20 Jamadil Akhir 1441H / 14 Februari 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • ORANG AWAM TAK PERLU TAHU DALIL?

    Kenyataan ini mengelirukan. Benar orang awam tidak wajib mengetahui dalil kerana Allah ﷻ hanya membebankan hambaNya dengan apa yang mereka mampu sedangkan bukan semua orang mampu tahu dan faham dalil. Tetapi ini sama sekali tidak bererti bahawa orang awam tidak patut diajar tentang dalil. Bukankah mengetahui dalil akan menambahkan ilmu…

  • |

    YAHUDI SERANG GAZA PALESTIN

    Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin dan segerakanlah hukumanMu ke atas golongan pelampau yang menindas. Berikan perlindungan dan keamanan buat kaum Muslimin di sana. Awas tipu daya Yahudi laknatullah yang dibantu kelompok-kelompok dukungan Syiah Iran untuk menimpakan bala bencana buat Ahli Tauhid dan Sunah atas nama jihad supaya Yahudi…

  • DALIL YANG BUKAN DALIL

    – Zawq, kasyaf, ilham, mimpi, majoriti, al-Sawad al-A’zam, jumhur ulama, khilaf Umat Islam sejak dahulu sepakat mengatakan bahawa sumber dalil agama ialah Al-Quran dan as-Sunah. Tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perbahasan hal-hal agama khususnya di media sosial akan mendapati bahawa kini telah muncul pelbagai bentuk dalil lain yang dijadikan sebagai…

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…

  • |

    WAJIB INGKAR KEMUNGKARAN

    Sabda Nabi ﷺ: مَن رَأَى مِنكُم مُنكَراً فَليُغَــيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَان. “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengingkarinya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya, dan jika dia masih tidak mampu maka hendaklah dengan…

  • |

    KITAB PALING PENTING UNTUK DIBACA

    – Kitab yang ‘mahjur’ Tular sebuah gambar karikatur pelukis terkenal tanah air yang memperlihatkan penjawat-penjawat awam dari pelbagai latar belakang masing-masing mengisi masa lapang untuk membaca buku-buku ilmu. Apa yang ingin dikatakan di sini ialah tajuk-tajuk yang tertera di muka hadapan buku-buku tersebut. Saya merasa sedikit ralat. Ini kerana kitab…